A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pengenalan

Setelah mencapai usia 65 tahun, anda boleh mengalami perubahan ketara dalam corak tidur anda. Ramai golongan warga emas tidur kurang daripada 8 jam semalam. Namun demikian jumlah keperluan jam untuk tidur berbeza antara satu sama lain

Sekiranya berlaku perubahan ketara pada kitaran bangun dan tidur seseorang, keadaan ini dipanggil insomnia atau kesukaran untuk tidur lena.

Sebab-sebab berlakunya insomnia adalah:

  • Penyusutan pada sel-sel otak
  • Pengurangan aliran darah ke otak
  • Penyakit seperti jangkitan kuman dalam air kencing atau paru-paru
  • Kesan sampingan ubat
  • Masalah emosi/ psikologikal
  • Ketidakupayaan fizikal
  • Perubahan kepada persekitaran seperti berpindah di tempat baru
  • Kekurangan aktiviti yang merangsangkan pada siang hari

Di kalangan warga emas ramai yang mengalami masalah insomnia

Tanda-tanda gangguan tidur

Masalah tidur boleh dikenali melalui tanda-tanda berikut

  • Sukar untuk melelapkan mata
  • Susah untuk mengekalkan kenyenyakan tidur
  • Terjaga lebih awal dari lazimnya
  • Masih merasa letih lesu keesokan pagi
  • Kerap terjaga diwaktu malam

Komplikasi

Gangguan pada corak tidur boleh mengakibatkan:

  • Letih-lesu
  • Tidak berminat menguruskan diri
  • Kurang daya tahan sakit
  • Gangguan tumpuan
  • Keresahan dan gelisah
  • Perubahan emosi termasuk menjadi murung

Rawatan

Menangani masalah tidur boleh dilakukan secara:

Tanpa melibatkan penggunaan ubat:

  • Doktor memerlukan maklumat lengkap mengenai punca kepada perubahan corak tidur anda sebelum sebarang cadangan dikemukakan
  • Rekodkan corak tidur anda di dalam diari tidur seperti yang disyorkan doktor
  • Amalkan latihan relaksasi sebelum masuk tidur
  • Belajar teknik amalan tidur yang berkesan
  • Kerap meminum susu sebelum tidur
  • Elakkan menggunakan bilik tidur untuk aktiviti selain dari tidur dan hubungan kelamin

Rawatan menggunakan ubat khusus:

  • Doktor anda boleh membantu dengan memberi ubat khusus membantu anda tidur secara memuaskan.

 

Kumpulan Sokongan

Sleep Society of Malaysia

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Farahida Bt. Mad Dai
Penyemak : Dr. Mazni Bt. Mat Junus

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,298,812

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia