A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Left Panel MS
  4. /
  5. Soalan Lazim MS
  6. /
  7. Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

Masalah Kesihatan Kanak-Kanak

  1. ASMA
  1. Mengapa setelah berulang kali ke klinik mengambil nebulizer namun doktor tidak membekalkan inhaler atau ubatan kepada anak saya?

Doktor yang merawat akan mengetahui keadaan kesihatan anak anda dengan lebih baik. Berdasarkan kepada tahap kesihatannya, doktor akan mencadangkan cara rawatan yang terbaik. Kekerapan mengalami masalah asma akan diambilkira sebelum inhaler diberikan. Dicadangkan agar membawa anak semasa mengalami masalah kesihatan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang sama. Ini akan membantu doktor berkenaan menilai tahap kesihatan anak anda sebelum mencadangkan rawatan yang terbaik.

  1. PENYAKIT BERJANGKIT

RSV

  1. Apakah Respiratory Syncytial Virus (RSV)?

Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan bawah (lower respiratory tract). Ia menyebabkan peradaan paru-paru.

  1. Bagaimanakah Respiratory Syncytial Virus (RSV) boleh berjangkit?

Jangkitan RSV adalah melalui titisan cecair dari cecair saluran pernafasan.

  1. Adakah Respiratory Syncytial Virus (RSV) bahaya?

Ia boleh mendatangkan komplikasi merbahaya kepada beberapa golongan berisiko tinggi terutamanya mereka yang menghidapi penyakit paru-paru yang kronik (chronic lung disease).

Contoh kanak-kanak yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang dilahirkan pra-matang (tak cukup bulan), bayi yang mengalami kecederaan ‘barotrauma’, memerlukan bantuan pernafasan melalui ventilator atau memerlukan bantuan oksigen melebihi 28 hari. Bayi-bayi yang mengalami masalah jantung kongenital juga menghadapi risiko komplikasi akibat jangkitan RSV. Jangkitan RSV sendiri boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan seterusnya menyebabkan ‘bronchiolitis obliterans’ di mana pesakit memerlukan bantuan oxygen secara beterusan.

 

Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit tangan, kaki dan mulut?

Sila layari laman Web Portal MyHealth : Hand,Foot,Mouth Disease (HFMD)

 

Chicken Pox (Cacar air)

  1. Apakah itu Chicken Pox dan apakah penyebabnya?

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air. Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit pada semua peringkat umur dan lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.

  1. Bagaimana Chicken Pox merebak?

Ia boleh merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti dan juga berlaku melalui sentuhan dengan bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala yang tercemar dengan virus chicken pox. Penghidap chicken pox boleh merebakkan virus dari 48 jam sebelum ruam timbul sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.

Sebaiknya puan melaporkan kepada pihak taska atau sekolah berkaitan dengan demam chicken pox anak puan supaya pihak sekolah boleh mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

 

  1. Bayi alahan “allergic” susu
  1. Doktor telah memberitahu yang anak saya mengalami alahan kepada susu lembu, apakah tindakan yang patut saya ambil ?

Bayi yang mengalami alahan susu lembu akan mengalami pengurangan berat badan atau tiada perubahan berat badan dan mengalami cirit birit serta muntah-muntah. Biasanya masalah ini perlu disahkan oleh doktor kanak-kanak. Oleh itu, bayi perlu diberi susu formula bayi yang khas untuk bayi yang alah kepada susu lembu. Susu ini boleh didapati di pasaran. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh merujuk portal Myhealth >alahan protein susu lembu<

 

  1. EPILEPSI
  1. Anak saya telah disahkan mengidap sawan “epilepsy” oleh doktor, apakah rawatan yang akan diberikan kepada anak saya?

Setelah anak disah menghidap sawan, doktor akan memulakan rawatan menggunakan ubat-ubatan untuk mengelakkan sawan daripada berulang. Oleh itu anak tuan/puan perlu mendapatkan rawatan susulan daripada mana-mana Doktor Pakar Kanak-Kanak yang berdekatan. Keterangan lebih lanjut boleh merujuk portal Myhealth >Epilepsy

 

  1. PROLONGED JAUNDICE
  2. Perlukah Thyroid Function Test (TFT) diulangi untuk Prolonged Jaundice jika Thyroid Stimulating Hormone (TSH) adalah normal semasa lahir?

Tidak perlu diulangi TFT dalam situasi tersebut. Jika doktor rasa bayi mempunyai ciri-ciri Congenital Hypothyroidism ataupun keputusan TFT yang memerlukan pemantauan untuk congenital hypothyroidism, contohnya Down Syndrome, maka ulangan TFT diperlukan.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,214,346

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia