A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAKAN VS BUDAYA: SATU MARCAPADA

Makan penting untuk memastikan kelangsungan hidup. Setiap benda yang hidup di dunia ini perlu makan bagi memenuhi keperluan fisiologi. Maslow merupakan antara individu yang menjadi rujukan dan terkenal kerana mengetengahkan Hierarchy of Needs Theory dalam Psikologi Perkembangan Manusia.

Makan merupakan tingkah laku individu ataupun perbuatan satu-satu benda yang bernyawa. Makan penting untuk memastikan kelangsungan hidup. Setiap benda yang hidup di dunia ini perlu makan bagi memenuhi keperluan fisiologi. Maslow merupakan antara individu yang menjadi rujukan dan terkenal kerana mengetengahkan Hierarchy of Needs Theory dalam Psikologi Perkembangan Manusia. Teori ini telah menjadi salah satu daripada bahan rujukan yang sering kali disebut dalam kajian dan penulisan di seluruh dunia. Kegagalan untuk memenuhi keperluan asas dalam tempoh yang lama akan membawa akibat yang tidak diingini oleh individu yang terlibat. Tubuh badan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan akhirnya akan mengalami kegagalan. Keperluan fisiologi adalah keperluan yang paling mustahak dan perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Sumber: Google
Sumber: Wikipedia

Budaya merupakan kualiti pada seseorang individu ataupun masyarakat. Ia terhasil daripada perkara yang dititik beratkan sebagai sesuatu yang dianggap terbaik dalam bentuk perlakuan. Budaya memainkan peranan dalam menyumbang kepada tabiat makan individu.

Di Malaysia, premis-premis makanan seperti rangkaian restoran dan gerai makanan yang dimiliki oleh pelbagai etnik tumbuh bagaikan cendawan disebabkan kepelbagaian kumpulan etnik di seluruh negara. Berbeza dengan gerai makanan yang diusahakan secara kecil-kecilan, tempoh operasi rangkaian makanan gergasi dan terkenal mampu untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan kepada pelanggan sehingga awal pagi.

Premis makanan yang sibuk dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan menunjukkan bahawa masyarakat akan keluar dan menikmati makanan di luar selagi harga yang dipamerkan adalah berpatutan. Terdapat juga beberapa program televisyen sama ada di dalam ataupun di luar negara mempromosikan makanan yang enak sebagai hidangan kegemaran di setiap negeri. Dalam erti kata lain, ini secara tidak langsung mendedahkan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya gemar mencuba makanan dan telah dibudayakan dengan pelbagai pilihan makanan.

Sumber: Google

Rakyat Malaysia amat bertuah kerana mempunyai sumber makanan yang banyak dan pelbagai. Kepelbagaian makanan yang mudah diperoleh telah menjadi sebahagian daripada cara hidup, budaya dan kebiasaan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan apabila nasi lemak, roti canai dan hor fun / min nan iaitu mi yang diperbuat daripada bahan tepung beras ataupun bijirin, menjadi antara makanan yang paling terkenal dan digemari oleh majoriti rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan ini secara berterusan setiap hari akan memberikan kesan yang tidak baik, kepada kesihatan individu.  Jumlah pengambilan kalori yang terkandung di dalam makanan individu setiap hari akan semakin meningkat dan menyumbang kepada cara pemakanan yang tidak sihat. Budaya pemakanan yang tidak sihat ini jika tidak ditangani dengan baik akhirnya akan menyebabkan masalah yang lebih berat seperti mana yang dialami oleh Malaysia pada masa ini.

                                

Sumber: Google

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 17 Mac 2014, Yang Berhormat, Datuk Seri S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia semasa Kongres Antarabangsa Obesiti ke- 12 pada tahun 2014 , menyebut tentang hasil dapatan National Health and Morbidity Survey 2011 yang menunjukkan bahawa taburan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Diseases NCDs) dan faktor risiko NCD termasuklah obesiti semakin meningkat. Dianggarkan lebih kurang 2.5 juta orang dewasa di Malaysia. Taburan obesiti di Malaysia telah meningkat bermula 4.4% pada tahun 1996 kepada 14% pada tahun 2006 dan meningkat lagi secara berperingkat kepada 15.1% dalam tahun 2011.

Menurut satu kajian baru yang telah diterbitkan The Lancet pada Mei 2014, Malaysia telah diletakkan di tangga teratas sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk yang mengalami masalah kegemukan iaitu 45.3% daripada keseluruhan populasi diikuti dengan Korea Selatan (30.7%) dan China (28.3%). Ini merupakan realiti sebenar yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pembudayaan pemakanan yang tidak sihat telah menjadi kebiasaan dan menyebabkan lahirnya masyarakat yang mengalami masalah kegemukan.

RUJUKAN:

  1. Becker, Anne E, Culture and Eating Disorders Classification, International Journal of Eating Disorders,40: S111-S116, Wiley InterScience, 2007
Semakan Akhir : 6 Februari 2017
Penulis : Pn. Suzanah binti Abdul Hamid
Akreditor : Hj. Hairol Kamal b. Abd. Rahman

Artikel Berkaitan

Keterampilan Diri

Apakah maksud keterampilan diri? Keterampilan diri adalah cara kita melihat

Latah

Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,320,141

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia