A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu lozenges dan fungsinya

Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat. Ia mengandungi satu atau lebih ubat-ubatan biasanya berperisa manis. Fungsi lozenges adalah untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak.

Bahan aktif yang terkandung dalam lozenges memberi fungsi yang berbeza-beza. Setiap jenama dan jenis lozenges juga mempunyai bahan aktif yang tidak sama. Bahan-bahan aktif ini memberi kesan seperti kesan analgesik, anestetik, antiseptik, antimikrobial dan antitusif.

Bentuk lozenges yang berada di pasaran

Terdapat 2 jenis lozenges di pasaran iaitu lozenges yang dihasilkan melalui proses pembentukan (moulded) dan pemampatan (compressed).

Bagaimana ia bertindak

Lozenges bertindak dengan melarut perlahan-lahan apabila dihisap di dalam mulut atau boleh juga dikunyah dan ditelan.2 Lozenges yang sering digunakan memberi kesan setempat di dalam mulut. Ia juga boleh digunakan untuk kesan sistemik jika bahan aktif itu diserap melalui lapisan dalaman mulut atau ditelan.

Jenis-jenis lozenges

Lozenges Keras


Lozenges keras biasanya dianggap pepejal seperti gula-gula. Cara pembuatannya ialah melalui pemanasan gula, bahan aktif dan bahan-bahan pembawa yang lain. Lozenges jenis keras akan larut dalam tempoh masa 5 – 10 minit di dalam mulut.

Lozenges Lembut


Lozenges lembut mudah dikompaun dan berwarna serta berperisa. Ia boleh dikunyah, ditelan atau dibiarkan cair dalam mulut secara perlahan-lahan.

Lozenges Kunyah

   
Teksturnya adalah seperti lozenges lembut. Kebanyakan rumusan terdiri daripada gliserin, gelatin, dan air.

Terdapat pelbagai jenama lozenges di pasaran. Antaranye ialah Ricola, Difflam, Strepsils, Fisherman’s Friend, Wood dan lain-lain.

Bagaimana cara menggunakan lozenges

Hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap. Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.

Kesan sampingan lozenges

Tiada kesan sampingan yang serius pernah dilaporkan dengan penggunaan lozenges. Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang biasa berlaku adalah tidak serius seperti hipersensitiviti dan iritasi pada mulut.

Langkah berjaga-jaga

Tiada laporan menyatakan lozenges tidak sesuai digunakan semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi. Walau bagaimanapun, seperti semua ubat-ubatan lain, anda perlu mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor anda sebelum mengambil ubat ini jika anda mengandung atau menyusukan bayi.

Jika anda mengambil lebih daripada satu ubat sila dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sebelum mengambil lozenges.

Sila rujuk kepada doktor jika iritasi rongga tekak berterusan.

Semakan Akhir : 15 November 2013
Penulis : Hayati Alwani bt. Yahaya
Akreditor : Kobu a/l Thiruvanackan

 

Artikel Berkaitan

Ubat Anti-Keresahan

Pengenalan Ubat antikeresahan ialah ubat preskripsi menenangkan pesakit yang mengalami

Glucosamine

Nama generik Glucosamine Sulfat Kegunaan Untuk melegakan gejala osteoartritis, iaitu:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,226,400

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia