A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lidah Anak Saya Pendek?

Lidah pendek atau tongue tie sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap. Lidah pendek berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenelum terlalu pendek.

Pengenalan

Lidah pendek atau tongue tie sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap.  Lidah pendek  berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenulum terlalu pendek. Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.

Empat fungsi utama lidah ialah untuk percakapan, penyusuan, percernaan serta melakukan aktiviti sosial. “Jika lidah anak anda didapati tidak berfungsi secara normal, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan awal”.

Ciri-ciri fizikal lidah pendek ialah

  • hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar

  • hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah

  • lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan

  • hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit

  • hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas

  • tidak boleh digulung ke belakang

Fungsi Lidah Lidah Normal Lidah Pendek/ Tongue Tie
Pertuturan Otot-otot lidah berupaya membuat pelbagai gerakan seperti mengembang, mengecut, menggulung, dan mengubah bentuknya untuk menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan. Contoh: “Vokal Tinggi” merujuk kepada bunyi yang dibuat apabila lidah melengkung ke bumbung mulut, dan “vokal rendah” dihasilkan apabila kedudukan  lidah rendah dan rata di dalam mulut. frenulum yang sangat pendek akan memberi kesan kepada kualiti pertuturan kanak-kanak. Pergerakan lidah yang terhad akan menyebabkan:

  • sebutan kurang tepat
  • kelajuan yang tidak sekata
  • intonasi dan ritma terganggu
  • sebutan kurang jelas
Pengunyahan dan penelanan Lidah amat penting semasa proses pencernaan makanan semasa dalam mulut:

  • Lidah merupakan organ deria rasa.
  • Menghisap cecair dan mengunyah makanan (bersama-sama dengan otot pipi untuk memindahkan makanan di sekeliling mulut, dan  mengawal pergerakan makanan antara gigi atas dan bawah sehingga makanan dikunyah)
  • Menolak makanan semasa menelan
  • Membersihkan mulut daripada sisa makanan
  • Kanak-kanak dengan lidah pendek gagal atau sukar mengendalikan makanan dalam mulut. Mereka akan menolak makanan yang mempunyai tekstur yang sukar diproses.
  •  Karies gigi boleh berlaku kerana lidah tidak dapat membersihkan sisa makanan di celah gigi, bawah lidah dan ruang gusi-pipi.
Penyusuan Penyusuan yang selesa Bayi anda mungkin mempunyai lidah pendek, jika:

  • Gagal atau sukar menghisap puting semasa penyusuan bayi menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang optima.
  • Puting susu ibu luka dan melecet setiap menyusu bayi.
Aktiviti Sosial Lidah digunakan untuk aktiviti sosial seperti isyarat, meniup, menjilat dan  lain-lain.
  • Kanak-kanak khususnya mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam rutin bermain dan menggunakan isyarat yang melibatkan pergerakan lidah.
  • Kanak-kanak yang lebih besar  mungkin berasa malu atau rendah diri dengan masalah lidah yang mereka hadapi kerana sukar untuk menyebut perkataan tertentu.

Peranan Terapis Pertuturan dan Bahasa

Langkah 1: Terapis Pertuturan-Bahasa akan menilai dan merekod maklumat pesakit baru seperti berikut:

  • Mengenal pasti maklumat pesakit (nama, umur, butir-butir keluarga, dll)
  • Sejarah termasuk sejarah keluarga
  • Sejarah pemakanan, penyusuan awal
  • Perkembangan pemakanan terkini
  • Pergerakan Lidah
  • Kebersihan mulut dan gigi
  • Kawalan air liur
  • Penilaian pertuturan
  • Perkembangan Bahasa

Langkah 2: Terapis akan menentukan keperluan pembedahan atau tidak

  • Sekiranya memerlukan pembedahan, pesakit akan dirujuk semula kepada doktor.

Langkah 3: Merancang objektif terapi selepas pembedahan. 

Fakta Berkaitan Pembedahan

  • Tidak semua pesakit dengan lidah pendek akan menjalani pembedahan.
  • Pembedahan akan dilakukan hanya apabila perlu.
  • Selain aduan pesakit atau penjaga, pemeriksaan doktor dan penilaian terapis akan menentukan samada kanak-kanak ini perlu menjalani pembedahan atau tidak untuk membebaskan frenulum. Pembedahan dijalankan dengan persetujuan pesakit atau penjaga.
  • Pembedahan melibatkan guntingan tisu dan pembiusan oleh doktor pakar.

Tujuan  Latihan Lidah Selepas Pembedahan

Latihan dilakukan bertujuan:

  • Membentuk hujung lidah, ketinggian dan unjuran, di dalam dan di luar mulut.
  • Meningkatkan kesedaran kinestetik untuk mengetahui bahagian mulut yang lain, apa yang boleh dilakukan dari aspek struktur dan tekstur.
  • Melatih lidah berkaitan pergerakan membersihkan rongga mulut supaya sempurna.

 Antara latihan yang disyorkan:

  • Gerakkan lidah keluar-masuk mulut. Ulang 10X.
  • Regang lidah ke arah hidung, kemudian turun ke arah dagu. Ulang.
  • Jilat bibir bawah dan  bibir atas dengan hujung lidah dalam kedudukan mulut terbuka. Ulang 10X. Boleh dilakukan secara berasingan. Anda boleh letak jem atau perasa di bibir untuk menarik minat anak menjilat.
  • Gerak lidah untuk menolak otot pipi dari dalam mulut
  • Gerak lidah ke kiri dan kanan sisi mulut
  • Gerak lidah untuk menyentuh lelangit atas

Tips Latihan Lidah

  • Tips 1: Bincang dengan Terapis Pertuturan-Bahasa sebelum melakukan sebarang latihan. Syor daripada terapis amat penting supaya  latihan tersebut sesuai dengan anak anda
  • Tips 2: Lakukan dalam bentuk permainan yang menyeronokkan bersama anak anda.
  • Tips 3: Lakukan selama 5 hingga 10 minit  sebanyak dua atau tiga kali setiap hari.
  • Tips 4: Gunakan gambar, video dan memberikan tunjuk ajar yang betul dan tepat.
  • Tips 5: Beri galakkan dan pujian kepada usaha anak anda.
  • Tips 6: Libatkan ahli keluarga yang lain untuk memberi kerjasama.

“Adakah percakapan anak saya akan pulih apabila melakukan latihan lidah sahaja tanpa pembedahan?”

Latihan lidah sahaja tidak dapat menjanjikan kualiti pertuturan menjadi lebih baik memandangkan banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi sebutan seseorang. Segera bertemu dengan Terapis Pertuturan-Bahasa di hospital berdekatan untuk mendapat penilaian  awal.

Rujukan

  1. Carmen.F (1998). Tongue Tie- From Confusion to Clarity: A Guide to the diagnosis and Treatment of Ankyloglossia. Publisher: Tandem Publications
  2. Dental Health (2011). Tongue-tie. Retrieved from  http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Tongue-tie
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Norhafillah bt Abdul Rahman
Akreditor : Zaidi bin Ya’acob
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Urtikaria

Apakah itu urtikaria? Urtikaria atau gegata adalah keadaan di mana

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,230,933

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia