A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

 

  1. Leukemia adalah kanser sel darah putih yang tidak normal, dimana sel darah putih dihasilkan dengan banyak oleh sumsum tulang yang kemudian menjadi sel leukemia.
  1. Sel darah yang dihasilkan dalam sumsum tulang dipanggil sel stem. Apabila matang, sel stem menjadi sel darah yang berlainan dan setiap satu ada fungsinya tersendiri iaitu:
  • Sel darah putih – Untuk melawan jangkitan dan penyakit. Sel darah putih juga dipanggil leukosit. Badan kita ada beberapa sel darah putih seperti granulosit, monosit dan limfosit. Ia menjadi sel utama kepada sistem pertahanan badan atau sistem imun. Kebanyakan sel darah putih dihasilkan di sumsum tulang; ditemui dalam darah dan tisu limfa.
  • Sel darah merah – Berfungsi membawa oksigen ke tisu diseluruh badan.
  • Platelet – Membantu pembekuan darah bagi mengawal pendarahan.
  1. Sel darah akan matang dalam sumsum tulang dan kemudian berpindah  ke salur darah. Jangka hayat sel darah normal ialah kira-kira 120 hari.
  1. Tidak seperti sel darah normal, sel leukemia tidak mati dalam tempoh sepatutnya. Oleh kerana ia tidak mati atau musnah, ia akan berebut tempat dengan sel darah putih, darah merah dan platelet yang normal. Ini menyebabkan sel normal sukar menjalankan tugas mereka dengan baik.

Diagnosis

  1. Leukemia boleh dikesan melalui pemeriksaan yang berikut:
  • Pemeriksaan fizikal – Doktor akan memeriksa tanda-tanda penyakit seperti pucat, pendarahan, pembengkakan kelenjar limfa, limpa atau hati.
  • Ujian darah – Ujian makmal darah menyeluruh bagi memeriksa jumlah sel darah putih, sel darah merah dan platelet. Leukemia menyebabkan paras sel darah putih terlalu tinggi, manakala paras platelet dan hemoglobin (sel darah merah) rendah.
  • Jika keputusan darah disyaki Leukemia, pengambilan darah dari sum-sum tulang dan biopsi akan dilakukan untuk mengesahkan penyakit dan jenis Leukemia. Ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum ke dalam tulang punggung leper untuk mendapatkan sampel darah dari sum-sum tulang dan cebisan tulang. Pakar hematologi akan menguji sampel darah dari sum-sum tulang untuk melihat kehadiran sel Leukemia. Ujian ini sangat penting untuk mengesahkan sama ada penyakit itu Leukemia.

 

L

Leukemia

Liposuction

 

Artikel Berkaitan

Kanta Lekap

Download: PENGENALAN Kanta lekap digunakan untuk tujuan pembetulan penglihatan, rawatan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,224,631

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia