Home > Dewasa > Kecederaan > Lemas

Lemas

Pengenalan

Lemas adalah keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air.

Walau bagaimanapun, kekurangan oksigen dalam darah boleh mengakibatkan kerosakan tisu dan mati otak.

Apakah gejala-gejala lemas?

Gejala-gejalanya bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain termasuklah:

  • Batuk
  • Tercungap-cungap
  • Muntah
  • Nafas berbunyi
  • Kulit kebiruan
  • Tidak sedarkan diri.

Apakah kesan-kesan akibat lemas?

Situasi lemas boleh mengakibatkan keadaan seperti:

  • Jangkitan paru-paru
  • Kerosakan kekal tisu otak.

Bagaimana saya boleh membantu mangsa hampir lemas?

  • Nilai keadaan sekeliling sama ada mempunyai bahaya atau tidak.
  • Nilai tahap kesedaran mangsa.
  • Minta bantuan
  • Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa
  • Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada)
  • Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak bernafas
  • Segera dapatkan bantuan perubatan.

Bagaimana saya boleh mencegah lemas dan hampir lemas?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah tragedi lemas dan hampir lemas adalah:

  • Belajar berenang
  • Elakkan berenang tanpa teman (terutama kanak-kanak)
  • Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot dan beriadah di air.
  • Memasang pagar disekeliling kolam atau kawasan berisiko tinggi untuk lemas bagi mengelakkan kanak-kanak lemas.
  • Menyediakan “life guard” di kawasan berisiko tinggi.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Muhammad Fadhli Mohd Yusoff
    Dr. Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah