A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lekangan Retina

Pengenalan

Retina merupakan lapisan nipis tisu saraf yang melapisi bahagian dalam mata dan amat sensitif pada cahaya. Apabila lekangan retina berlaku, lapisan retina akan terangkat dari kedudukan asal. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

Gambar menunjukkan retina yang lekang dan koyak

 

 

Gambarajah menunjukkan koyak pada retina

 

 

Gambar menunjukkan kawasan retina yang lekang

Tanda & gejala

Gejalanya termasuk:

  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
  • Peningkatan bilangan ‘floaters’ secara mendadak (tompok-tompok hitam kecil yang terapung di dalam medan penglihatan),
  • Melihat kilauan cahaya.
  • Pesakit seolah-olah melihat tabir turun atau terdapat sesuatu menghalang sebahagian dari medan penglihatan.

Komplikasi

Kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan kebutaan yang tidak boleh dipulihkan.

Rawatan

Koyakan retina yang kecil dengan sedikit atau tiada lekangan boleh dirawat dengan kaedah laser atau pembekuan (cryopexy).

Kebanyakan lekangan retina memerlukan pembedahan untuk melekatkan semula retina yang telah lekang kembali ke tempat asalnya. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan pada masa kini. Jenis pembedahan yang akan dilakukan bergantung kepada jenis dan tahap lekangan tersebut, dan bergantung juga kepada pilihan pesakit dan Pakar Bedah vitreo-retina itu sendiri.

Pelbagai kaedah mungkin boleh digunakan untuk memastikan retina dilekatkan semula dengan sempurna ke atas lapisan dalam mata termasuklah kaedah ‘Scleral buckling’, pembedahan vitrektomi dan pneumo-retinopeksi (menyuntik gas ke dalam mata).

Pencegahan

Sesiapa sahaja berisiko mendapat lekangan retina, tetapi ia lebih kerap terjadi di kalangan golongan tertentu. Ini termasuklah:

  • Orang yang mempunyai rabun jauh yang teruk (power cermin mata lebih dari 6 diopter)
  • Golongan yang berumur 50 tahun ke atas,
  • Orang yang pernah mengalami kecederaan yang teruk pada mata,
  • Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami lekangan retina.

Oleh yang demikian, golongan sebegini perlulah mendapatkan rawatan secepat mungkin sekiranya mereka mengalami gejala-gejala lekangan retina.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Kecederaan Mata

Pengenalan Kecederaan mata adalah merupakan kes kecemasan yang sering dirujuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,229,455

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia