A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lawatan Ke Klinik Pergigian Untuk Kanak-Kanak

Membawa anak ke klinik gigi boleh menjadi suatu aktiviti yang membuahkan hasil dan menyeronokkan jika ianya di rancang terlebih dahulu.

Lawatan Ke Klinik Pergigian Untuk Kanak Kanak : Apakah Langkah-Langkah Supaya Ia Membuahkan Hasil?

Membawa anak ke klinik gigi boleh menjadi suatu aktiviti yang membuahkan hasil dan menyeronokkan jika ianya di rancang terlebih dahulu.Hakikat nya kebanyakkan kanak-kanak takut untuk melawat klinik gigi.kerana ada pengalaman yang kurang baik. Antara sebab berlaku demikian adalah kerana kebanyakan mereka ke klinik gigi hanya apabila terdapat sakit, yang memerlukaan gigi terpaksa di cabut pada lawatan pertama mereka. Pengalaman yang kurang baik akan menyebabkan kanak kanak mengingatinya sehingga alam dewasa.

Untuk menggelakan kejadian sedemikian dan persepsi tidak baik terhadap rawatan pergigian kita harus merancang lawatan ke klinik pergigian supaya kanak-kanak mengingatinya sebagai suatu pengalaman yang selamat dan menyeronokkan dan ingin kembali lagi.

Tip membawa kanak kanak ke klinik gigi dengan berhasil:

  1. Rancang kan membuat pemeriksaan awal

    Ibubapa seharusnya membawa kanak kanak untuk membuat pemeriksaan gigi bermula bila gigi susunya tumbuh atau seawal umurnya 1 tahun.. Lawatan awal membolehkan personel pergigian dan ibubapa membincangkan cara memupuk amalan kesihatan pergigian yang baik untuk anak-anak mereka sebelum terjadi apa-apa penyakit. Faedah lain adalah untuk membiasakan kanak kanak dengan suasana klinik sebelum kanak kanak itu mempunyai kerosakan dan kesakitan gigi dan menolak rawatan dalam suasana yang tidak biasa

  2. Temujanji secara berkala

    Kepentingan menepati temujanji yang di beri berkala iaitu setiap 6 bulan untuk pemeriksaan mesti di tekankan bagi tujuan :

    • Mengawal tumbesaran dan perkembangan oral
    • Mencegah karies atau penyakit gusi
    • Mengawal kendalian diri

    Semasa pemeriksaan gigi secara berkala jika terdapat sebarang kerosakan gigi yang masih kecil boleh di kesan dan di rawat segera dengan mudah. Kehadiran di klinik gigi secara teratur juga dapat membiasakan diri kanak kanak kepada persekitaran klinik dan personel pergigian serta mengingatkan ibubapa tentang penjagaan gigi yang betul.

  3. Maklumat yang betul dari ibubapa

    Sebelum kanak kanak di bawa untuk pemeriksaan gigi, ibubapa sepatutnya memberi penerangan tentang klinik gigi dan maklumat positif tentang rawatan pergigian kepada mereka. Jika mereka telah menonton filem atau jenaka yang tidak baik mengenai bidang pergigian, ibu bapa seharusnya membetulkan fakta yang tidak betul supaya kanak kanak itu tidak terpengaruh terhadap informasi yang salah.

Memilih klinik yang sesuai untuk di kunjungi   

Persekitaran di klinik gigi juga memainkan peranan bagi mendapatkan lawatan yang berhasil. Jika ada pilehan,eloklah memileh untuk pergi ke doktor gigi yang biasa merawat kanak-kanak. Antara sebabnya, doktor gigi yang begini biasanya akan memastikan klinik nya di gubah menjadi mesra kanak-kanak

Klinik gigi ideal yang mesra kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Anggota yang mesra dan peramah di kaunter

    Anggota yang bekerja di kaunter perlu ramah dan berhemah terhadap kanak-kanak yang mengunjungi klinik mereka. Kanak-kanak harus di sambut dengan senyuman mesra dan teguran sapa supaya mereka berasa selamat dan selesa di tempat baru dan seterusnya memberikan keyakinan terhadap semua anggota dan rawatan pergigian.

    Pada bilik menunggu di kaunter pendaftaran seeloknya di adakan sudut bermain kanak-kanak,untuk melukis, mewarna dan membaca semasa menunggu giliran Keadaan begini boleh mengalihkan fokus dan menghiburkan kanak-kanak supaya merasa tenang dan rileks ketika menunggu giliran untuk di rawat. Gambar-gambar poster yang mengandungi penyakit perubatan dan pergigian atau komplikasi rawatan dan penyakit yang boleh menakutkan kanak-kanak tidak digalakkan untuk di gantung di dinding.

  • Persekitaran bilik rawatan yang mesra kanak-kanak

    Di mana mungkin, persekitaran bilik rawatan mestilah mesra kanak-kanak. Dekorasi yang terang benderang pada pertama kali di lihat akan menghasilkan suasana positif. Bilik rawatan semestinya mempunyai kitaran udara angin yang baik bagi mengelakkan bauan antiseptik dan solven yang kuat hingga boleh menyebabkan kanak-kanak bertambah rasa apprehensif. Seberapa yang boleh alat-alat perkakas yang di gunakan juga di simpan di tempat yang tersembunyi tetapi mudah dicapai bagi mengurangkan ketakutan kanak–kanak apabila melihat alat-alat yang tidak biasa di lihat.Selain itu,kurang kan masa menunggu kanak-kanak di bilik menunggu kerana menunggu terlalu lama akan menambahkan kecemaskan dan kepenatan mereka.

    Apabila memanggil kanak-kanak ke bilik rawatan adalah lebih baik ia di jemput sendiri oleh doktor gigi memasuki bilik rawatan diiringi oleh ibunya.Kebanyakan kanak-kanak lebih merasa selamat dan konfiden jika bersama ibubapa.Apabila sudah beberapa kali lawatan, kesesuaian membenarkan ibubapa berada di bilik rawatan boleh di pertimbangankan. Sekira nya kehadiran mereka menambahkan kerjasama kanak-kanak terhadap rawatan maka mereka perlu berada di bilek rawatan dan sebaliknya.

Tips untuk doktor gigi bagi menyediakan klinik gigi mesra kanak-kanak

  • Memulakan berkomunikasi dengan topik yang sesuai

    Sebelum rawatan di mulakan, ibubapa dan kanak kanak perlu memulakan perbualan secara santai sambil perawat memerhatikan emosi mereka dan supaya mereka dapat menenangkan diri dalam persekitaran bilik rawatan. Perbualan yang kasual dengan kanak kanak seperti memuji pakaian mereka, menanyakan binatang kesayangan atau rancangan kegemaran boleh membina hubungan baik antara doktor dan pesakit. Bila pesakit telah merasa yakin barulah perawat bertanya soalan terbuka seperti apa khabar / apa khabar gigi kamu / apa masalah gigi adik? Doktor gigi harus menjadi pendengar yang baik untuk membina hubungan yang baik, untuk mengetahui kebimbangan utama kanak-kanak berkenan dan untuk membina kepercayaan bersama.Ingatlah pandangan mata ke mata adalah penting terutama pada lawatan pertama. Komunikasi yang baik merangkumi komunikasi ‘non verbal’ seperti ekpresi muka, bersimpati dan sentuhan yang minima.

  • Mengenalkan peralatan pergigian dan rawatan mengunakan kaedah Terangkan – Tunjukkan – Lakukan (tell – show – do)

    Sebagai kanak kanak adalah sesuatu yang normal untuk mereka merasa bimbang dan ingin tahu tentang rawatan yang bakal di jalankan. Oleh itu untuk kanak kanak yang kecil, harus di benarkan untuk mereka duduk di atas ribaan ibubapa semasa pemeriksaan ataupun rawatan di jalankan untuk meningkatkan keyakinan mereka. Untuk mengurangkan rasa bimbang pesakit dan menambah keyakinan , perawat perlu memberitahu apa yang akan di lakukan dan menunjukkan alat yang akan di gunakan secara bijaksana sebelum bermulanya sebarang rawatan.

    Konsep rawatan “ Terangkan, Tunjukkan, Lakukan “ seperti berikut boleh membantu rawatan di berikan kepada kanak-kanak:

    Terangkan : untuk memberi idea apa yang akan di lakukan mengunakan bahasa yang bersesuaian dengan umur pesakit berkenaan. Contohnya mengambil radiograf dengan mengatakan mengambil gambar , hanpis pergigian di panggil berus gigi elektrik dan sebagainya

    Tunjukkan : memperkenalkan peralatan yang akan di gunakan secara bijaksana dan cara melakukan rawatan kepada pesakit

    Lakukan : setelah ibubapa dan kanak-kanak faham barulah rawatan di jalankan perlahan lahan sambil memuji dan memberi arahan yang tegas tapi lembut supaya mereka dapat bekerjasama

     

                

    Setelah melakukan proses di atas biasanya rawatan pergigian yang ringkas seperti pemeriksaan gigi, membersihkan gigi dengan profilaksis, rawatan pencegahan dan tampalan ringkas. dapat di laksanakan

  • Teknik membiasakan diri dengan proses penyesuaian diri dan mencontohi model

    Jika kanak kanak yang datang sangat cemas dengan rawatan pergigian dan tidak dalam kesakitan mereka perlu melalui proses membiasakan diri yang dipanggil ’acclimatization’. Tujuan nya adalah untuk membiasakan dengan persekitaran klinik dan juga rawatan yang akan di jalankan.Sessi ini akan melibatkan sesi proses penerangan, menunjukkan peralatan dan proses rawatan, melihat model kanak kanak lain yang berani membuat rawatan, menonton persembahan video yang positif dan langkah langkah untuk mengurangkan sensitif terhadap rawatan.

    Dengan cara ini kanak kanak akan belajar dan menambah pengetahuan mengenai persekitaran klinik, membina hubungan baik dengan doktor gigi dan pembantunya dan meningkatkan keyakinan diri.

    Walau bagaimana pun ibu bapa perlu bersabar kerana proses ini akan melibatkan beberapa sesi sebelum rawatan sebenar dapat di jalankan.

    Antara peralatan untuk tampalan gigi

  • Berbincang mengenai pilihan rawatan terbaik bersama ibu bapa

    Jika seseorang kanak kanak datang ke klinik dengan kesakitan atau gejala yang memerlukan rawatan segera maka fokus utamanya adalah untuk mengurangkan kesakitan dan gejala tersebut. Perbincangan antara perawat dan ibubapa/ penjaga perlu dilakukan mengenai masalah yang di hadapi, tanda dan gejalanya, darjah keterukan penyakit, sikap kanak kanak dan kebolehan untuk berkerjasama dan pilihan rawatan yang ada. Dari perbincangan bersama inilah pilihan rawatan yang terbaik untuk kanak kanak dapat di berikan dan di persetujui bersama.

  • Rawatan untuk kes kecemasan Pergigian

    Kadang kala ada kes di mana kanak kanak ke klinik kerana memerlukan rawatan pergigian yang segera. Contoh – contoh rawatan kecemasan yang perlukan adalah seperti preskripsi ubat-ubatan, merawat pulpa,cabutan gigi, rawatan kecederaan tisu lembut atau kecederaan pergigian dan rawatan insisi dan saliran untuk nanah.

    Rawatan kecemasan diperlukan untuk mengurangkan kesakitan, mengawal jangkitan dari merebak dan memberhentikan pendarahan yang berlaku dari mukosa mulut dan kecederaan gigi.

    Rawatan kecemasan ini memang sukar untuk di laksanakan ke atas kanak kanak yang kecil dan tidak bekerjasama. Rawatan rawatan ini perlu di jalankan secepat mungkin , oleh itu perbincangan dan persetujuan perlu antara perawat dan ibubapa untuk melaksanakan rawatan ini. Untuk rawatan yang ringkas biasanya rawatan di jalankan menggunakan bius setempat di klinik berserta kekangan fizikal iaitu dengan memegang pesakit semasa rawatan oleh ibubapa sendiri.

    Untuk rawatan yang lebih komplek dan memerlukan masa rawatan yang lama, rawatan boleh di jalankan menggunakan bius am di dalam dewan bedah.

  • Menghargai kerjasama yang di berikan

    Kanak-kanak yang telah berjaya menjalani rawatan pergigian seperti pemeriksaan, penskaleran, tampalan atau cabutan perlu di beri pujian dan penghargaan. Dengan pujian yang di berikan semoga mereka lebih berkeyakinan dan mendapat galakan mengulangi kelakuan yang baik di masa akan datang. Sedikit cenderahati atau hadiah seperti pelekat gambar kartun, berus gigi atau belon akan menggembirakan mereka dan memberi semangat untuk kembali. Semoga dengan penghargaan ini kerjasama yang baik dapat di pupuk untuk memudahkan rawatan yang akan datang.

    Antara pelekat yang boleh di berikan kepada kanak-kanak sebagai hadiah atas kelakuan baik.

Semakan Akhir : 28 September 2016
Penulis / Penterjemah : Dr. Aminah bt. Marsom
Akreditor : Dr. Laila bt. Abd. Jalil

Artikel Berkaitan

Gigi Panjang

Tolong doktor, kenapa gigi saya semakin panjang? Ini adalah antara

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,218,361

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia