A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Rekod Perubatan
  6. /
  7. Laporan Perubatan SPIKPA

Laporan Perubatan SPIKPA

Laporan Perubatan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerjaan Asing (SPIKPA)

Pengenalan

Semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia diwajibkan untuk memiliki polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) bagi mendapatkan rawatan kemasukan wad dan pembedahan di hospital-hospital KKM melalui Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA). Pelaksanaan SPIKPA adalah secara cashless, dimana setiap pekerja asing yang dimasukkan ke wad hospital-hospital KKM tidak perlu membayar deposit sebarang atau mengemukakan surat jaminan (Guarantee Letter) daripada syarikat insurans. Pekerja asing hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri iaitu pasport bagi proses pengesahan di kaunter daftar masuk hospital.

1. Third Party Claim Administrafor (TPCA)

Semua tuntutan bil hospital pekerja asing akan dibuat oleh hospital kepada syarikat insurans yang berkenaan melalui Third Party Claim Administrafor (TPCA) dengan mengemukakan bil hospital dan Laporan Perubatan. Setelah dokumen lengkap diperolehi, syarikat insurans akan membuat bayaran bil hospital dan Laporan Perubatan kepada hospital yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, Laporan Perubatan bagi pesakit pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA hendaklah disediakan oleh Pegawai Perubatan terlebih dahulu sebelum bayaran Laporan Perubatan dibuat. Laporan Perubatan tersebut hendaklah dikemukakan kepada TPCA bersama-sama dengan bilangan pesakit pekerja asing tersebut bagi tujuan tuntutan atau bayaran rawatan perubatan dan bayaran penyediaan Laporan Perubatan kepada syarikat insurans yang berkenaan.

Bayaran rawatan perubatan dan Laporan Perubatan akan dibayar oleh syarikat insurans kepada Unit Hasil, Hospital dan seterusnya menguruskan bayaran balik penyediaan Laporan Perubatan kepada Pegawai Perubatan yang berkenaan. Carta Aliran Kerja Penyedian Laporan Perubatan oleh Pegawai Perubatan dan Prosedur Bayaran Balik Laporan seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 prosedur penyediaan Laporan Perubatan dan bayaran balik kepada Pegawai Perubatan ini hanya terpakai bagi pesakit pekerja asing yang dilindungi di bawah SPIKPA.

2. Syarat – Syarat Tuntutan Bayaran Balik Penyediaan Laporan Perubatan (BTPL)

2.1 Syarat – syarat tuntutan bayaran balik penyediaan Pakar/Skim Perlindungan Insurans Pekerja Asing (SPIKPA):

  1. Borang BA.KKM/BTPL dilengkapkan selepas Laporan Perubatan disiapkan
  2. Bagi permohonan di para iii borang format CH 1/ 2010 yang telah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengarah Hospital. Tuntutan bayaran balik Laporan Perubatan tertakluk kepada had ½ daripada gaji hakiki bulanan Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Pakar.
  3. Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi kelulusan bayaran tidak melebihi ½ daripada gaji hakiki bulanan.

2.2 Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Tuntutan:

  1. Borang BA. KKM/BTPL dilengkapkan selepas Laporan Perubatan disediakan (Lampiran 3)
  2. Borang Format CH 1/2010
  3. Surat kelulusan Bahagian Kewangan, KKM
  4. Salinan Kad Pengenalan dan salinan Akaun Bank yang disahkan (bagi Pegawai yang pertama kali membuat tuntutan)

3. Caj Laporan Perubatan

Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 – Bagi warga asing.

Jadual Caj Bayaran

Jenis Laporan

Warganegara (RM)

Warga Asing (RM)

Laporan Ringkas / Pendapat Disediakan oleh Pegawai Perubatan

40.00

120.00

Laporan Ringkas / Pendapat Disediakan oleh Pakar

80.00

240.00

Pendapat Lengkap Disediakan oleh Pakar

*200.00 -1000.00

*400.00 – 2000.00

* Bergantung kepada kerumitan menyediakan laporan perubatan.

Caj bagi Warga Asing adalah dua kali ganda daripada caj warganegara mengikut Perkara 3.4. Caj Pelbagai (Jadual H Bahagian 2 , 3 dan 4) di bawah Peruntukan Perintah Fee (Perubatan) Pindaan 2003 Caj Baru Bagi Pesakit Orang Asing.

Rujukan

  1. Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 – Garispanduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014
  2. Akta Fi 1951 – Perintah Fi (Perubatan)(pindaan) 2003.
  3. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 16/2010 – Garispanduan Laporan Perubatan di Hospital – hospital dan Institusi Perubatan
  4. Surat Edaran Bahagian Akaun Bil 7 Tahun 2014 – Garispanduan Tuntutan Bayaran Balik Penyediaan Laporan Perubatan Bagi Pegawai Perubatan Pakar
  5. Buku Jadual Fi Perubatan Warga Asing Secara Berperingkat Bagi Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014
Semakan Akhir : 11 Ogos 2017
Penulis : Pn. Hasnah Binti Ismail
Akreditor : Pn. Siti Ajar Binti Baharim

Artikel Berkaitan

Interaksi Dengan Anak Autisme

Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu.

Peralatan Perlindungan Diri

Peralatan perlindungan diri banyak digunakan di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti kawasan pembinaan, kilang pembuatan, dan hospital. Jabatan Perubatan Forensik mengamalkan pematuhan penggunaan peralatan perlindungan diri untuk melindungi kakitangan daripada jangkitan penyakit semasa menjalankan bedah siasat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,371,844

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia