A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Penyakit Hidung, Telinga &...
  8. /
  9. Kurang Pendengaran di Kalangan...

Kurang Pendengaran di Kalangan Dewasa (Bukan dari Lahir)

Pengenalan

Kebanyakan masalah hilang pendengaran di kalangan dewasa adalah berpunca daripada masalah yang didapati selepas lahir dan bukannya faktor genetik.

Definisi

Ia didefinisikan sebagai ketidakupayaan seseorang itu untuk mendengar pada satu atau kedua-dua telinga.

Ada 3 jenis masalah kurang pendengaran:

  • Masalah pendengaran konduktif – masalah ini berpunca daripada masalah pada bahagian telinga luar atau tengah
  • Masalah pendengaran sensori neural – masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit di bahagian telinga dalam iaitu koklear dan saraf koklear yang menghantar bunyi ke otak
  • Kombinasi penyakit konduktif dan sensorineural

Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba adalah keadaan bahaya. Ia di definisikan sebagai kehilangan pendengaran yang progresif pada satu atau dua telinga dalam tempoh tiga hari. Rawatan kecemasan perlu diberikan.

Sebab-sebab

Punca punca masalah pendengaran konduktif :

  • Jangkitan pada salur telinga (otitis externa)
  • Saluran telinga yang tersumbat disebabkan oleh benda asing, tahi telinga atau tumor
  • Kebocoran gegendang telinga disebabkan oleh trauma atau jangkitan kuman
  • Pengumpulan cecair di bahagian telinga tengah
  • Otosclerosis
  • Tumor di telinga

Hilang pendengaran dan rasa tersumbat pada sebelah telinga tanpa rasa sakit mungkin tanda-tanda awal penyakit tumor di belakang hidung( Nasopharyngeal carcinoma)

Punca-punca masalah pendengaran sensori neural :

  • Presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh usia)
  • Masalah disebabkan bunyi bising
  • Ubat-ubatan
  • Kecederaan di kepala
  • Jangkitan di otak serta selaput otak
  • Kencing manis

Tanda dan Gejala

  • Hilang pendengaran pada satu atau kedua-dua telinga

Gejala-gejala berkaitan :

  • Tinnitus atau bunyi berdesing
  • Telinga berair dan bernanah
  • Sakit telinga
  • Pendarahan dari telinga
  • Pening kepala / hilang keseimbangan (vertigo)
  • Sakit kepala

Komplikasi

Seseorang yang mengalami masalah hilang pendengaran mungkin mengalami masalah-masalah berikut :

  • Masalah semasa berkomunikasi terutama di persekitaran yang bising
  • Telinga berdesing (tinnitus)
  • Susah untuk menonton televisyen atau mendengar radio pada tahap biasa kekuatan bunyi (normal volume).
  • Cepat marah dan letih disebabkan oleh perlu menumpukan perhatian yang lebih untuk mendengar
  • Rasa pening atau masalah keseimbangan

Rawatan

Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan punca-punca penyebab masalah tersebut:

  • Rawatan perubatan : ubat titik telinga, pencucian telinga oleh pakar ENT (untuk mengeluarkan tahi telinga, nanah, bendasing)
  • Pembedahan dalam kes-kes tertentu

Masalah pendengaran sensori neural tidak boleh dirawat, oleh sebab itu pencegahan adalah lebih penting

Dalam sesetengah kes masalah sensori neural, pembedahan pacakan koklear boleh membantu pesakit

Pencegahan

Pencegahan daripada jangkitan kuman adalah berdasarkan penjagaan telinga yang baik

  • Tabiat mengorek telinga adalah tidak digalakkan
  • Elakkan air memasuki telinga dalam kes gegendang pecah atau pun telinga yang dijangkiti kuman
  • Berenang di kolam renang awam mendedahkan seseorang kepada jangkitan telinga
  • Elakkan daripada berenang atau menyelam untuk sesiapa yang mempunyai masalah telinga

Pencegahan untuk penyakit sensori neural

  • Elakkan daripada terdedah kepada bunyi bising seperti penggunaan walkman dengan tahap bunyi yang tinggi, menembak atau mesin-mesin yang mengeluarkan bunyi bising.( gunakan alat perlindungan telinga yang betul).

Rehabilitasi

Khidmat nasihat alat bantu dengar oleh pegawai pemulihan pertuturan (Audiologist)

Khidmat nasihat pegawai pemulihan pertuturan (speech therapist) diperlukan dalam sesetengah kes

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Iskandar Hailani
Penyemak : Dato’ Dr. Narizan Ariffin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,293,089

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia