A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Terapi Bahasa & Pertuturan
  6. /
  7. Kumpulan Sokongan Keluarga

Kumpulan Sokongan Keluarga

Kumpulan sokongan keluarga merupakan kumpulan yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga pesakit.

Pengenalan

Kumpulan sokongan keluarga [Family Support Group (FSG)] merupakan kumpulan yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga pesakit. Kumpulan sokongan keluarga adalah medium untuk para ibu bapa, penjaga serta ahli keluarga pesakit bertemu dengan ibu bapa pesakit lain. Kumpulan sokongan ini dapat dijadikan tempat bagi berkongsi pendapat dan pengalaman para ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga dalam dalam membantu pemulihan pesakit.

Siapa Yang Terlibat

Kumpulan sokongan keluarga boleh terdiri daripada:

  • Penasihat/ Fasilitator (profesional atau ibu bapa)
  • Ibu bapa
  • Penjaga berdaftar
  • Ahli keluarga (contoh: kakak, abang, nenek, datuk)

Proses Pembentukan

Pembentukan kumpulan sokongan keluarga memerlukan perancangan yang baik bagi memastikan kumpulan sokongan tersebut berjaya ditubuhkan serta aktif menjalankan aktiviti yang melibatkan kumpulan sokongan.

Berikut merupakan antara panduan ringkas dalam membentuk atau menubuhkan kumpulan sokongan keluarga:

  • Menentukan kumpulan sasaran (contoh: ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga pesakit dengan masalah pendengaran, autisme, serebral palsi)
  • Melantik penasihat/ fasilitator bagi membantu merangka dan menubuhkan kumpulan sokongan keluarga yang telah dikenalpasti
  • Mengenalpasti ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga pesakit yang sesuai untuk menyertai kumpulan sokongan keluarga
  • Melantik ahli jawatankuasa yang terdiri daripada ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga pesakit
  • Penasihat/ fasilitator membantu memberi bimbingan kepada ahli jawatankuasa dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kumpulan sokongan keluarga seperti terapi berkumpulan, hari keluarga, kursus ibu bapa.
  • Memantau aktiviti-aktiviti yang melibatkan kumpulan sokongan bagi memastikan kumpulan sokongan keluarga sentiasa bergerak.

Kepentingan

Antara kepentingan kumpulan sokongan keluarga adalah:

  • Meningkatkan tahap penerimaan dan persediaan ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga dalam membantu pesakit
  • Menjadi medium perkongsian pengalaman ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga
  • Membantu memberi sokongan moral dan tenaga kepada ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga yang memerlukan
  • Membantu pesakit serta ahli keluarga menyesuaikan diri dalam peringkat komuniti/ masyarakat

Contoh Pengalaman

Hospital Sungai Buloh merupakan antara hospital rujukan bagi kes masalah pendengaran. Oleh sebab itu, pihak Jabatan Otorinolaringologi, Unit Audiologi dan Unit Pemulihan Pertuturan, Hospital Sungai Buloh telah menubuhkan Kumpulan Sokongan Keluarga bagi Ibu Bapa/ Penjaga Kanak-Kanak dengan Masalah Pendengaran.

Kumpulan sokongan ini terdiri ibu bapa/ penjaga kepada kanak-kanak dengan masalah pendengaran. Pakar Otorinolaringologi, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) terlibat sebagai penasihat dan fasilitator kepada kumpulan sokongan tersebut.

Beberapa aktiviti telah berjaya dijalankan dengan melibatkan kerjasama daripada pihak hospital dan juga kumpulan sokongan keluarga ini, antaranya:

  • Terapi berkumpulan
  • Sambutan Hari Raya
  • Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Ceramah Motivasi
  • Kursus Ibu Bapa/ Penjaga

Penubuhan Kumpulan Sokongan Keluarga bagi Ibu Bapa/ Penjaga Kanak-Kanak dengan Masalah Pendengaran di hospital ini telah mendapat reaksi positif daripada pihak ibu bapa/ penjaga sendiri. Ibu bapa/ Penjaga keseluruhannya berpuas hati dengan penubuhan kumpulan sokongan keluarga ini dan mengharapkan lebih banyak aktiviti akan dijalankan pada masa akan datang. Ini bagi meneruskan misi untuk membantu lebih ramai ibu bapa/ penjaga/ ahli keluarga yang memerlukan.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Rozila bt. Sumardi
Akreditor : Nurul Fatehah bt. Ismail
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Analisa Diatom Dalam Kes Mati Lemas

Dalam analisa diatom, terdapat dua persoalan yang penting untuk dijawab, iaitu Adakah mangsa mati sebab lemas ataupun dia telah mati sebelum masuk ke dalam air? Adakah mangsa sebenarnya mati lemas dalam sumber air di mana jasadnya dijumpai?

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,227,914

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia