Keyakinan Diri

Apakah harga diri?

Harga diri adalah aset atau nilai diri yang menggambarkan perwatakan diri.

Mengapa perlu ada harga diri?

Nilai harga diri yang tinggi akan menjadikan anda:

  • Berkeyakinan
  • Bermotivasi
  • Dapat mengatasi masalah dengan baik

Harga diri membolehkan saya membuat pilihan semada menuju kejayaan atau kegagalan.

Dengan keyakinan diri yang baik saya mampu mencapai kejayaan.

Bagaimana saya dapat menilai harga diri sendiri?

Jika tiada harga diri, saya merasa:

  • Tidak yakin pada diri sendiri
  • Menyalahkan diri sendiri semasa mengalami kegagalan
  • Rasa bersalah
  • Merasakan diri tidak penting
  • Takut untuk memberi idea atau pandangan
  • Mengkritik diri sendiri
  • Rasa tidak selamat untuk menghadapi masa hadapan

Saya sentiasa memikirkan seperti:

  • Akan sentiasa diherdik oleh ibu bapa
  • Pencapaian diri yang lemah di sekolah
  • Saya merasakan:
    • Tidak dipedulikan
    • Diri dibuli
    • Diasingkan oleh guru-guru

Apakah kesan jika saya tidak menangani keadaan ini?

Kemungkinan:

  • Hilang keyakinan pada diri sendiri
  • Bertindak mengikut hawa nafsu untuk kepentingan diri sendiri
  • Rasa sedih
  • Sentiasa mahu mengembirakan orang lain
  • Cuba meniru
  • Merasa diri gagal
  • Gagal untuk menjadi dewasa
  • Kemungkinan berakhir dengan bunuh diri

Bagaimana untuk memperbaikinya?

Lakukan yang berikut:

  • Beri tumpuan pada kehendak dan kemahuan
  • Fokus dan tumpukan perhatian kepada kejayaan
  • Bina jati diri
  • Dapatkan bahan bacaan yang positif seperti buku mutiara kata
  • Fokus kepada kekuatan diri
  • Pamerkan kehebatan atau keistimewaan diri anda

Elakkan:

  • Mengkritik diri sendiri
  • Mudah mengalah atau merendah diri semata-mata untuk mengembirakan orang lain
  • Meniru orang lain

“Kegagalan itu bererti anda masih belum mencapai kejayaan”

Di manakah boleh saya mendapatkan bantuan?

Anda perlu mendapatkan nasihat dari:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor
  • Guru-guru agama

ATAU

Dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai-pegawai Profesional:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Yaacob
Penyemak : Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah