A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Ketidaksuburan Lelaki

Ketidaksuburan Lelaki

Pengenalan

Apabila satu pasangan tidak berjaya memperolehi zuriat selepas mencuba untuk hamil selama satu ke dua tahun, ia berkemungkinan akibat masalah yang disebabkan oleh salah seorang dari pasangan atau keduanya ataupun masalah yang tidak dapat dikenalpasti puncanya. Masalah berkaitan lelaki menjadi punca utama dalam 20% masalah kesuburan  sementara ia menjadi penyumbang bersama dalam 30-40% kes-kes kesuburan.  Dalam kebanyakan situasi, ia ditakrifkan sebagai masalah sperma yang tidak normal namun ia boleh juga dikaitkan dengan masalah yang lain seperti masalah fungsi ereksi dan ejakulasi pramatang.

Analisa sperma yang tidak normal mungkin disebabkan oleh bilangan sperma yang rendah, kurang pergerakan sperma dan kurang sperma yang rupabentuk normal. Lain – lain masalah yang boleh dikenalpasti adalah isipadu sperma yang sedikit, terdapat sel darah merah atau bilangan sel darah putih yang banyak. Terdapat juga kes di mana ketiadaan sperma dalam analisa air mani walau selepas ujian dilakukan berulang kali.

Faktor – faktor risiko

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi parameter sperma. Ini termasuklah merokok, masalah kegemukan, amalan gaya hidup yang kurang sihat, masalah persekitaran yang boleh memudaratkan, pengambilan dadah (recreational drugs) dan ubatan tertentu. Dua sebab utama adalah kesan toksin secara terus terhadap sperma dan peningkatan suhu yang menyebabkan kurang pergerakan sperma. Toksin adalah disebabkan oleh rokok, dadah atau ubatan, hiduan atau pendedahan terhadap bahan kimia dan asap yang merbahaya atau terdedah kepada radiasi.

Manakala peningkatan suhu boleh disebabkan oleh kegemukan, pendedahan yang lama pada haba panas seperti memandu dalam jangkamasa yang panjang / berbasikal perpanjangan / rawatan spa dan kerjaya yang tertentu.  Penyebab yang lain adalah jangkitan seksual yang boleh mengakibatkan halangan pada laluan keluar sperma atau bacaan sperma yang tidak normal. Dalam sesetengah kes, ia boleh disebabkan oleh masalah genetik dan kalau sedemikian ada risiko masalah yang sama boleh berlaku kepada anak.

Penilaian asas

Ujian analisa air mani adalah satu-satunya ujian yang perlu dilakukan. Adalah dinasihatkan agar ujian ini dilakukan di tempat yang ada makmal tersebut. Ia hendak dilakukan selepas tiga ke lima hari tanpa hubungan seks. Jika sampel dikeluarkan di tempat lain selain tempat ujian, ia hendaklah dihantar ke makmal dalam masa satu jam dan disimpan dalam kadar suhu 370C. Sekiranya keputusan adalah tidak normal, ujian hendaklah diulangi selepas tiga bulan. Mereka yang mempunyai keputusan ujian yang tidak normal biasanya akan dilihat oleh doktor untuk pemeriksaan klinikal yang melibatkan pemeriksaan pada bahagian kemaluan terutamanya buah zakar (testis).

Berpandukan pemeriksaan tersebut, ujian seterusnya mungkin akan dijalankan seperti ujian darah bagi menilai paras hormon, imbasan ultrasound, ujian genetik dan ujian sperma yang  lebih maju dan terperinci.

Diagnosa

Diagnosa bagi masalah ketidaksuburan lelaki merujuk kepada kurang bilangan sperma (oligospermia), kekurangan bilangan sperma yang teruk (severe oligospermia), ketiadaan sperma (azoospermia). Biasanya terdapat juga keabnormalan yang lain di dalam parameter air mani.

Langkah Pencegahan

Pencegahan termasuklah mengekalkan gaya hidup yang sihat, mengurangkan berat badan, amalan senaman yang regular, mengamalkan pemakanan yang sihat, berhenti merokok dan hentikan pengambilan dadah (recreational drugs).

Elakkan testis dari terdedah kepada haba secara berpanjangan. Pengambilan supplemen dan anti-oksidan boleh membantu dalam setengah-setengah keadaan. Perbincangan bersama pakar perubatan mungkin diperlukan mengenai ubatan alternatif bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Rawatan

Sekiranya hanya terdapat sedikit pengurangan dalam bilangan sperma, kehamilan secara semulajadi masih boleh berlaku atau kaedah permanian berhadas (IUI) boleh menjadi pilihan.  Dalam kes-kes yang teruk, kaedah persenyawaan secara bantuan adalah  diperlukan iaitu suntikan sperma ke dalam telur atau  ICSI (intra-cytoplasmic sperm injection).

Dalam kes ketiadaan sperma dalam pengeluaran air mani, pengambilan sperma secara terus dari testis melalui pembedahan kecil akan dilakukan. Harus diingat bahawa tidak semua masalah ketidaksuburan lelaki boleh dirawat.

Semakan Akhir : 20 Januari 2014
Penulis : Dr. Kannappan a/l Palaniappan

 

Artikel Berkaitan

Ogos 2011

13th August 2011 Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) is conducting an

J

Jadual Imunisasi Jambatan & Gigi Palsu Jarak Menonoton TV &

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,368,769

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia