Keterampilan Diri

Apakah maksud keterampilan diri?

Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini termasuklah:

  • Kepercayaan
  • Pemikiran
  • Perasaan

Ia adalah mengenai bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain.

Komponen keterampilan diri termasuk:

  • Penampilan secara fizikal
  • Pandangan anda terhadap diri sendiri dan orang lain.
  • Perasaan nilai diri dan keyakinan diri

Mengapa anda perlu mempunyai keterampilan diri yang positif?

Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:

  • Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda
  • Mempunyai harga diri yang tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri

Bagaimana anda tahu jika anda tidak mempunyai keterampilan diri yang baik?

Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:

  • Malu pada diri anda sendiri
  • Lebih bergantung kepada ibu bapa anda
  • Kurang berminat untuk berkawan
  • Takut untuk menjalinkan hubungan
  • Suka merendahkan diri anda sendiri
  • Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, merawat diri dengan mengambil ubat dan diet yang berlebihan

Apa akan jadi jika anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini?

Tidak berbuat apa-apa akan:

  • Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri
  • Merosakkan hubungan sosial anda
  • Menjadikan anda sedih
  • Membawa kepada kegagalan anda sebagai orang dewasa

Bagaimana cara anda ingin mempertingkatkannya?

Lakukan yang berikut:

  • Buatkan senarai perkara-perkara yang anda suka dan tidak suka tentang  diri anda
  • Memperkasakan perkara yang anda suka dan perbaiki perkara yang anda tidak suka
  • Mengamalkan fikiran positif
  • Amalkan cara hidup sihat
  • Terima kritikan sebagai komen berguna

Di manakah anda perlu mendapat pertolongan?

Anda boleh mendapat nasihat daripada:

  • Ibu bapa anda
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor
  • Guru Agama

ATAU

Dapatkan bantuan pakar daripada:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Yaacob
Penyemak : Pn. Shahidah Bt. Mohamed Makki