A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Cara Kerja
  6. /
  7. Ketahui Apa Itu Sick...

Ketahui Apa Itu Sick Building Syndrome

untitled

Pengenalan

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti pening kepala, pedih mata, lesu, sesak nafas, kulit menjadi gatal, apabila memasuki dan berada dalam sesebuah bangunan, sedangkan anda tidak mengalami apa-apa sakit pada masa itu.  Yang peliknya, anda akan kembali sihat seperti biasa beberapa jam atau selepas beredar daripada bangunan tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008) menjelaskan Sick Building Syndrome (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

Kajian menunjukkan Poor Indoor Environmental Quality (IEQ) adalah penyumbang kepada SBS. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada SBS:

  1. Bahan binaan bangunan.
    Bahan tersebut membenarkan mikroorganisma bercambah di dalamnya. Bahan tersebut juga melepaskan wap kimia yang menjadi punca iritasi kepada penghuni.
  2. Sanitasi yang buruk.
  3. kulat bumbung
    Gambar 1: Kulat di siling (Sumber: http://ocsjanitorial.com)
  4. Ozon (dihasilkan daripada mesin fotostat), pelarut organik dan formaldehyde di udara.
  5. mesin photostat
    Gambar 2: Mesin fotostat menghasilkan ozon
  6. Perkakasan atau produk yang digunakan atau diletakkan berdekatan bangunan yang mengeluarkan wasap atau gas menyebabkan dermatitis sentuhan.
  7. Sistem penyaman udara yang tidak diselenggara sempurna, pengudaraan yang tidak baik (karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya terkumpul di dalam bangunan).
  8. Pencemaran dari luar atau dalam bangunan yang disebarkan oleh sistem penyaman udara.
  9. Kulapuk, bacteria, kulat, dust mites dalam bangunan.
  10. kutu
    Gambar 3: Bacteria di bawa masuk ke dalam bangunan melalui kasut (Sumber: http://www.webmd.boots.com)
  11. Penyelenggaraan, pembersihan bangunan yang tidak teratur menyebabkan habuk fiber berkumpul.
  12. Pencahayaan dalam bangunan yang tidak mencukupi.
  13. Hurungan vermin (tikus, lipas, serangga lain)
  14. tikus
    Gambar 4: Tikus berlegaran di sekitar bangunan (Sumber: http://ateell.se)
  15. Faktor persekitaran (karbon monoksida daripada ekzos kereta yang diparkir berdekatan bangunan, suhu, kelembapan, bau, bunyi bising, elektro-magnetic field/vibration dalam bangunan, Volatile Organic Compound akan masuk dan berlegar melalui rekahan pada struktur yang tidak dibaiki).
    rekahan dinding
    Gambar 5: Rekahan pada bangunan yang tidak dibaiki
  16. ETS (Environmental Tobacco Smoke)
  17. merokok
    Gambar 6: Asap rokok yang dilepaskan di kawasan sekitar (Sumber: http://www.washingtonpost.com)

Tanda dan genjala

Tanda dan gejala SBS dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Kumpulan A :

  1. Sakit kepala
  2. Kelesuan
  3. Loya
  4. Pening

Kumpulan B :

  1. Sesak hidung
  2. Pembengkakan
  3. Gatal atau iritasi  (mata, hidung, tekak)
  4. Simptom sublklinikal (sakit kepala, lesu, nausea)

Kumpulan C:

  1. Batuk
  2. Nafas pendek
  3. Demam menggigil dan/atau lesu selepas memasuki bangunan tersebut
  4. Diagnosed infection

Rawatan dan pencegahan

  1. Penyelenggaraan bangunan dan persekitaran dalaman.
  2. Pihak pemaju dan operator pengubahsuai bangunan hendaklah tidak menggunakan bahan yang mengandungi bahan bertoksik.  Pemasangan peralatan dan kelengkapan pejabat hendaklah dipilih, disimpan, dikendalikan dan digunakan dalam keadaan di mana pelepasan emisi adalah minimum (penggunaan organic volatile yang minimum).
  3. Jika proses pengubahsuaian sedang berjalan, kawasan yang tidak perlu pengubahsuaian perlu dilindungi persekitarannya dari kawasan pengubahsuaian.
  4. Pengawalan serangga dilakukan oleh pihak operator berlesen.
  5. Pembersihan berkala perlu diamalkan bagi mengawal habuk dan kekotoran dalaman.
  6. Syarikat pembersihan pejabat wajib memperoleh CSDS (Chemical Safety Data Sheet).
  7. Larangan merokok di dalam bangunan termasuk rumah.
  8. Pihak majikan wajib mengadakan latihan, penyeliaan, menyediakan maklumat faktor serta cara mengelakkan SBS.
  9. Penyelenggaraan sistem pengudaraan berkala oleh syarikat yang cekap.
  10. Mengawal pembiakan kulat dengan cara mengawal kebocoran air dalam bangunan, mempastikan tidak ada kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap, kawalan kimia ke atas kulat.
  11. Memasang pembersih udara.

Rujukan

  1. Israeli, E., & Pardo, A. (2011). The sick building syndrome as a part of the autoimmune (auto-inflammatory) syndrome induced by adjuvants. Mod Rheumatol, 21, 235-239. doi: 10.1007/s10165-010-0380-9
  2. Jansz, J. (2011). Theories and Knowledge about Sick Building Syndrome. In Sabah A. Abdul-Wahab (Eds.), Sick Building Syndrome in Public Buildings and Workplaces (pp. 25-58). Location: Springer.
  3. Passarelli, G. R. (2009). Sick building syndrome: An overview to raise awareness. Journal of Building Appraisal, 5, 55-66. doi: 10.1057/jba.2009.20
  4. Health and Safety Executive. (1995). How to deal with sick building syndrome: Guidance for employers, building owners and building manager. Dicetak pada 29 Oktober 2015 dari http://www.hse.gov.uk/pUbns/priced/hsg132.pdf
  5. World Health Organization Regional Office for Europe. (2008). Sick Building Syndrome. Akses pada 1 September 2015 dari www.euro.who.int/Housing/pamphlets.how to handle sbs who http://www.vectair.com/files/2011/09/HSE%20-%20Sick%20Building%20Syndrome%20HSG132.pdf
Semakan akhir : 25 Mac 2016
Penulis : Padelin Rimpau
Akreditor : Tn. Hj. Rosnani bin Ab. Hamid

Artikel Berkaitan

Diabetes

Jalani ujian saringan diabetes sekiranya anda mempunyai tanda-tanda diabetes (keletihan, selalu haus, kerap kencing, susut berat badan, kabur penglihatan)

Kaedah-kaedah Rawatan Kesuburan

Kaedah rawatan kesuburan yang akan dilakukan sekiranya kehamilan tidak berlaku dalam 3 atau 4 bulan pertama selepas hubungan kelamin semasa subur.

Kembali Bekerja selepas Kecederaan

Pemulihan Perubatan (Carakerja) akan menilai keupayaan fizikal klien menggunakan alat-alat khusus dan menyeluruh. Ini termasuk penilaian julat pergerakan badan, toleransi semasa duduk yang statik, sensasi tangan dan ketangkasan tangan, kekuatan mengangkat dan menolak, ketahanan fizikal, emosi dan fungsi kognitif.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,231,645

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia