A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesihatan Primer

  1. DEMAM
  1. Apakah faktor yang boleh menyebabkan anak saya kerap demam dan apakah yang perlu saya lakukan?

Faktor yang boleh mempengaruhi kanak-kanak kerap demam adalah seperti kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan di mana terdedah kepada tempat awam, keadaan persekitaran yang tidak terkawal dan kebersihan yang tidak dijaga dengan sempurna.

Memandangkan anak kerap demam cadangan terbaik ialah untuk mendapatkan rawatan dan nasihat Pakar Kanak-kanak untuk pengesahan sama ada anak tuan/puan mengalami demam biasa atau kerap demam akibat gejala penyakit lain.

  1. Apakah cara atau prosedur yang perlu dilakukan bagi mendapatkan rawatan Pakar Kanak-kanak di hospital kerajaan ?

Rawatan Pakar Kanak-kanak memerlukan surat rujukan. Surat rujukan boleh diperolehi dari doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta.

 

  1. JANGKITAN SILANG
  1. Bagaimankah cara yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan silang kanak-kanak di tadika atau pusat penjagaan

Jangkitan silang di tadika dan pusat penjagaan boleh dielakkan dengan mengamalkan perkara seperti berikut :

  • Sentiasa mengamalkan kebersihan dan keselamatan kanak-kanak
  • pembuangan sisa buangan am dengan cara yang betul
  • pencucian tangan sebelum dan selepas melakukan sebarang pengendalian kanak-kanak dan memegang peralatan.
  • Menggunakan losyen dan ubatan yang bersesuaian yang dibenarkan semasa kerja penyucian dan pembersihan
  • Elakkan tadika atau tempat penjagaan kanak-kanak yang sesak
  • Menggalakkan kanak-kanak sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
  • Pengambilan diet yang seimbang dan sihat
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah demam?

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

  1. Bagaimanakah demam merebak dan kenapa ia berlaku?

Demam kebiasaannya disebabkan oleh virus dan kuman yang terdapat di alam semulajadi. Ia boleh merebak melalui sentuhan, titisan cecair dan gigitan serangga. Sistem immunisasi kanak-kanak yang belum matang menyebabkan mereka lebih mudah untuk mendapat jangkitan.

  1. Bagaimanakah cara untuk mencegah jangkitan demam virus dan kuman?

Melalui penjagaan kesihatan kerana badan yang sihat, cergas dengan amalan pemakanan yang baik dapat melawan jangkitan serta dapat mengelakkan gejala demam yang teruk.

  1. Apakah pakaian yang sesuai bagi anak saya yang demam?

Pakaikan anak dari pakaian kain yang nipis seperti kain kapas berlengan pendek, longgar dan pasangkan kipas atau pastikan pengudaraan yang baik (good ventilation)

  1. Bagaimanakah cara untuk menurunkan suhu badan dan apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya anak demam?

Perkara yang perlu dilakukan di rumah ketika demam dan dapat menurunkan suhu badan adalah :

  • Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
  • Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
  • Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam
  • Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan
  • Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
  • Mengelap bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

(rujuk myportal health topik demam (still in progress) )

Tuan/puan digalakkan membawa anak untuk pemeriksaan di Klinik Kesihatan berhampiran kediaman apabila anak demam. Doktor yang memeriksa anak kebiasaannya akan menilai sama ada anak perlu ujian darah atau sebaliknya. Sekiranya anak puan tidur sepanjang hari, demam tidak berkurangan meskipun diberi ubat demam dan menjadi lemah, sila bawa anak ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan dengan segera.

  1. Batuk dan Selesema
  1. Adakah ubat batuk dan ubat selesema selamat untuk diberi kepada kanak-kanak?

Ubat batuk dan selesema TIDAK BOLEH diberi sama sekali kepada kanak-kanak DI BAWAH UMUR 2 TAHUN. Jika boleh, elakkan juga di kalangan kanak-kanak lebih dari 2 tahun.

  1. Doktor menasihatkan bahawa ubat batuk tidak boleh diberi kepada bayi umur 2 tahun ke bawah disebabkan ubat batuk boleh menyebabkan mengantuk dan boleh menyebabkan pengsan. Adakah ini benar?

Ubat batuk juga boleh menyebabkan gangguan pada kadar pernafasan dan jika diberi terlebih dos, kanak-kanak boleh berhenti nafas dan seterusnya pengsan.

  1. Mengapa kanak-kanak batuk? Apakah puncanya?

Apabila berlaku jangkitan paru-paru atau tekak, batuk akan berlaku untuk mengeluarkan kahak tersebut. Ini adalah mekanisme semula jadi badan untuk mengeluarkan bendasing dari saluran pernafasan kita.

Ada banyak punca yang menyebabkan batuk. Jika kanak-kanak hanya batuk sebelah malam, ianya mungkin disebabkan oleh “post nasal drip” (hingus hidung meleleh ke tekak semasa tidur dan membuatkan tekak gatal).

Batuk yang disebabkan oleh demam selsema, kebiasaannya tidak perlu sebarang ubat dan akan sembuh secara spontan dalam masa 3-5 hari.

JIKA ubat batuk diperlukan, HANYA boleh diberikan di bawah pemantauan pakar.

  1. Jika kita cuba menghentikan kanak-kanak daripada batuk dan selesema dengan memberi ubat batuk, apakah kesannya?

Jika memberi ubat batuk dan kahak tidak dapat keluar, penyakit boleh menjadi lebih mudarat.

  1. Berapa kerap kanak-kanak menghidapi batuk dan selsema dalam setahun?

Pada amnya, kanak-kanak boleh menghidapi selesema lebih kurang 5-6 kali setahun.

  1. Kenapa kanak-kanak menghidapi selesema?

Batuk dan selesema (Upper Respiratory Tract Infection=URTI) biasanya disebabkan oleh jangkitan virus dari persekitaran ataupun jangkitan daripada orang lain yang menghidapi selesema.

  1. Bagaimana mencegah kanak-kanak daripada menghidapi batuk dan selesema?

Elakkan berhubung dengan orang yang mempunyai batuk/selesema. Pastikan penghawa dingin diservis mengikut waktu dan periksa serta cuci filter penghawa dingin dengan kerap bagi mengurangkan virus yang berlegar di persekitaran. Selesema yang berpanjangan juga boleh disebabkan oleh masalah alahan. Namun alahan biasanya disertai oleh gejala lain seperti kegatalan hidung, mata berair, kegatalan kulit atau alahan makanan.

  1. Bagaimana selesema terjadi?

Terjadi disebabkan lapisan dan kelenjar dalam hidung keradangan, menghasilkan hingus serta lubang hidung menyempit. Rembesan hidung yang meleleh ke salur pernafasan boleh menyebabkan batuk. Lubang hidung dan salur pernafasan yang menyempit akibat keradangan serta mukus yang banyak menyebabkan pernafasan berbunyi.

  1. Perlukah selesema diubati?

Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya akan hilang dalam tempoh 1-2 minggu bergantung kepada sistem daya ketahanan kanak-kanak melawan penyakit.

  1. Anak saya berumur 6 bulan, oleh kerana selesema yang tidak pulih hampir sebulan, perlukah berjumpa dengan Pakar Pediatrik?

Memandangkan penyakit yang dihadapi oleh bayi anda masih belum pulih selepas 2 minggu, anda perlu memandang serius akan perkara ini dan membawa bayi anda berjumpa Pakar kanak-kanak.

  1. Anak saya yang berumur 1 tahun yang dihantar ke ‘baby care centre’ sering menghidapi selesema, apakah puncanya?

Jika kanak-kanak tersebut dihantar ke ‘baby care centre’ kemungkinan untuk dijangkiti URTI akan meningkat lebih tinggi kerana mempunyai kontak yang lebih kerap dengan kanak-kanak yang kurang sihat. Bayi juga berkemungkinan untuk mendapat jangkitan yang berulang kali.

  1. Anak saya yang berumur 4 bulan menghidapi batuk dan selesema lebih daripada 2 minggu. Kebelakangan in juga mendapati bayi demam dan berat badan bayi tidak meningkat semasa pemeriksaan berkala. Perlukah dibawa berjumpa pakar?

Sekiranya terdapat kerencatan pertumbuhan bayi dan kemungkinan menghidapi jangkitan pneumonia/peradangan paru-paru, eloklah bayi dibawa berjumpa dengan Pakar Pediatrik secepat mungkin.

  1. Bayi berumur sebulan didapati selalu mengeluarkan bunyi berdehit ataupun berdengkur ketika bernafas. Kadang-kadang muntah dan batuk-batuk ketara pada waktu malam. Adakah. ini merupakan serangan asma?

Kanak-kanak berumur 3 bulan ke bawah boleh mengalami masalah tersumbat hidung (nasal congestion) khususnya pada waktu sejuk seperti waktu malam. Ini akan menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas dan kerap batuk. Ianya bukan panyakit asma.

Kami mencadangkan kamu membawa bayi untuk berjumpa dengan Pakar Pediatrik untuk pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada masalah lain.

 

  1. BAYI SAKIT MATA
  1. Mengapa bayi berumur kurang satu tahun mengalami sakit mata dan mengeluarkan tahi mata, mata juga tidak boleh dibuka apabila bangun dari tidur. Bagaimana untuk mengelakkannya?

Sakit mata ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman. Ia boleh dielakkan dengan mengamalkan amalan kebersihan seperti sentiasa membasuh tangan setelah membuat sesuatu perkara sebelum menyentuh bayi. Dalam hal ini, puan perlu membawa anak puan ke klinik yang berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan awal atau untuk dirujuk ke hospital jika perlu. Ini kerana sakit mata boleh menyebabkan komplikasi yang lebih memudaratkan dan perlu dikenalpasti untuk rawatan yang sewajarnya.

  1. BENDASING DALAM HIDUNG
  2. Jika terdapat bendasing di dalam rongga hidung atau telinga bayi berumur kurang setahun, apakah tindakan yang perlu diambil ?

Bagi bayi yang berumur kurang setahun yang disyakki terdapat bendasing di dalam rongga hidung atau telinga dan mempunyai tanda dan gejala yang mengganggu pernafasan dan pendengaran bayi, ia boleh menyebabkan masalah seperti jangkitan kuman dan sebagainya. Kami cadangkan bayi tersebut dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut bagi membolehkan bayi dinilai untuk rawatan yang sewajarnya atau dirujuk ke hospital jika perlu.

 

  1. TIDAK BERAK SELAMA SEMINGGU DAN KURANG KENCING
  2. Adakah normal bagi bayi berumur kurang setahun tidak buang air besar dan tidak kencing lebih 24 jam dan apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Bagi bayi berumur kurang setahun yang tidak membuang air besar hingga seminggu berkemungkinan adalah normal jika hanya diberi susu ibu. Walau bagaimanapun, jika bayi tidak membuang air kencing lebih 24 jam adalah tidak normal dan dianggap sebagai hal kecemasan. Oleh itu bayi perlu dibawa segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan dan rawatan yang selanjutnya.

 

  1. G. MAKLUMAT UBATAN
  2. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat mengenai ubat-ubatan?

Sebelum anda meninggalkan bilik doktor dengan preskripsi yang baru, pastikan anda benar-benar faham mengapa anda diberikan ubatan. Ahli farmasi anda akan memastikan anda menerima maklumat yang berharga mengenai cara anda perlu mengambil dan bagaimana untuk mengendalikan kesan-kesan sampingan.

Artikel Berkaitan

HIV / AIDS

Soalan 1 Bagaimana virus Human Immuno Virus (HIV) boleh merebak?

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,279,749

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia