Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
- Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
- Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
- Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO)
- Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, – Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
- Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
- Selesa dengan diri sendiri
- Selesa dengan orang lain
- Selesa dengan persekitaran
- Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
- Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?
- Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan. [Klik]
Klik untuk menilai risiko kesihatan anda
Semakan akhir | : | 17 April 2014 |
Penulis | : | Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir |
Penyemak | : | Dr. Eni Rahaiza bte. Muhamed Ramli |