A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kesihatan Bayi Baru Lahir

Kesihatan Bayi Baru Lahir

Soalan 1

Apakah punca bayi tersedak susu?

Jawapan 1

Punca bayi tersedak susu adalah seperti berikut :

  • Bayi/kanak-kanak tidak sihat
  • bayi/kanak-kanak dengan kecacatan kogenital yang menyebabkan kesukaran untuk makan atau menelan
  • teknik penyusuan yang tidak betul

Sila layari Portal MyHEALTH untuk mendapat maklumat lanjut:

http://myhealth.moh.gov.my/?p=8180

Soalan 2

Bayi saya berusia 40 hari. Beberapa hari yang lalu dia selalu merengek seolah-olah kelaparan. Susu badan saya amat kurang (hampir tiada langsung). Apabila saya memberi bayi susu formula, dia akan tersedak dan muntah berlendir dengan banyak. Adakah susu yang diberi tidak sesuai atau berkaitan dengan masalah kesihatan lain?

Jawapan 2

Banyak faktor yang menyebabkan bayi tersedak susu atau menghadapi masalah penyusuan. Antara sebab bayi muntah selepas diberi susu formula ialah alahan kepada susu formula atau pun jeluak(reflux). Jika ia disebabkan jeluak, tidak bahaya dan biasanya hilang dalam masa umur 3 bulan yang pertama.
Pastikan juga yang lubang puting botol susu tidak besar sangat – susu sepatut bertitik sahaja dari botol. Jangan letak botol di atas bantal dan selalu pandang pada muka bayi dan botol susu supaya pastikan tidak ada angin dihisap yang oleh menyebabkan anak muntah selepas menyusu.

Seandainya bayi anda selalu muntah (walaupun susu diberi dalam kuantiti yang sedikit), berat badan tidak meningkat, kulit kering, kencing kurang dan tidak kencing, sila bawa bayi anda ke klinik/hospital dengan SEGERA untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

 

Semakan Akhir: 23 September 2014

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,008,161

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia