A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Kesan Peningkatan Umur Wanita...

Kesan Peningkatan Umur Wanita Dan Rizab Ovari

Kebiasaanya, semasa lahir terdapat kira-kira satu hingga dua juta folikel (telur) di dalam ovari, dan jumlah itu berkurangan kepada sekitar 30000-500000 folikel semasa akil baligh. Pada tahun-tahun reproduktif dalam kehidupan seseorang, bilangan folikel primordial akan berkurangan pada kadar 1000 folikel untuk setiap bulan.

Kebanyakan folikel pramatang merosot pada setiap peringkat perkembangan berbeza dan hanya kira-kira 400-500 folikel akan mengalami proses ovulasi pada masa ini. Selepas umur seseorang mencapai 30 tahun, tahap kesuburan mereka akan mula berkurangan dan dianggarkan bilangan folikel boleh jatuh di bawah paras kritikal (kira-kira 25000 folikel) ketika umur mereka sekitar 37.5 tahun.

Putus haid secara puratanya berlaku pada usia 51 tahun, apabila hanya kira-kira 1000 folikel kekal dalam ovari. Pengurangan kuantiti telur dalam ovari dikenali sebagai “kehilangan rizab ovari.” Perlu ditekankan bahawa bukan sahaja kuantiti tetapi kualiti telur juga akan menurun dengan peningkatan  usia.

Berdasarkan fakta ini, kita menyedari bahawa kemuncak kadar kesuburan bermula dari remaja sehingga umur mereka sekitar akhir 20-an dan kemudian menurun. Selepas umur mencecah 30 tahun, peluang untuk hamil mula berkurangan manakala risiko untuk mengalami keguguran mula meningkat dan pada usia 40 tahun sejumlah besar wanita akan mengalami kesukaran untuk hamil.

Pada usia 45 tahun, Cuma segelintir wanita yang akan mengalami kehamilan yang berjaya dan melahirkan bayi. Faktor-faktor persekitaran juga menyumbang kepada penuaan ovari-pramatang, terutamanya apabila mereka mempunyai tabiat merokok. Faktor-faktor lain termasuk pendedahan terbuka kepada kemoterapi, radiasi, logam berat, racun serangga dan bahan kimia.

Umur ibu adalah petunjuk terbaik untuk mengenalpasti kualiti telur. Terdapat pelbagai ujian perubatan yang boleh disediakan untuk mengenalpasti rizab ovari seseorang. Ujian-ujian ini boleh memberikan maklumat sama ada perubahan yang berkaitan dengan usia seseorang terhadap ovari mereka telah mula berlaku ataupun tidak dan pada masa yang sama ujian ini tidak dapat memberi petunjuk sama ada kehamilan adalah mungkin bagi mereka. Contoh kepada ujian perubatan ini termasuk pemeriksaan ultra-bunyi untuk mengira bilangan folikel dan analisis hormon.

Walau bagaimanapun ia adalah penting untuk menyedari bahawa wanita dengan rizab ovari yang sedikit mempunyai peluang yang lebih rendah untuk hamil berbanding dengan  wanita yang mempunyai  rizab ovari yang normal di dalam kumpulan umur yang sama.

Rujukan:

  1. Baird D T, Collins J, Egozcue J, et al. Fertility and ageing. Hum Reprod Update, 2005, 11: 261–276 3 Broekmans F J, Knauff E A, te Velde E R, et al.
  2. Female reproductive ageing: Current knowledge and future trends. Trends Endocrinol Metab, 2007, 18: 58–65 2.
Semakan Akhir : 31 Mac 2017
Penterjemah : En. Tajul Ariffin Isa
Akreditor : Dr. Noraihan Bt. Mohd Nordin

Artikel Berkaitan

Berdengkur

Berdengkur ditakrifkan sebagai bernafas dengan menghasilkan bunyi keras disebabkan oleh

Kecederaan Mata

Pengenalan Kecederaan mata adalah merupakan kes kecemasan yang sering dirujuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,243,902

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia