A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Reproduktif
  6. /
  7. Kesan merokok terhadap kesuburan...

Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

Pengenalan

Rokok bukan sahaja memberi kesan berbahaya kepada sistem pernafasan dan kardiovaskular tetapi juga memberi kesan kepada kesuburan lelaki. Kesuburan lelaki merujuk kepada keupayaan manusia untuk menghasilkan sperma berkualiti tinggi dengan morfologi sperma, bilangan dan pergerakan yang normal. Walau bagaimanapun, merokok akan mengurangkan pengeluaran sperma dan memberi kesan kepada pergerakan sperma. Namun, merokok juga akan menghasilkan morfologi sperma yang tidak normal. Sperma adalah penting untuk menyuburkan telur dan meneruskan keturunan.

Morfologi, Bilangan dan Pergerakan Sperma

male-fertility-1 (bm)

male-fertility-2 (bm)

Gambar 1 menunjukkan julat bilangan sperma normal, morfologi dan pergerakan sperma.

Sumber: D. S. Guzick, J. W. Overstreet, P. Factor-Litvak et al., “Sperm morphology, motility, and concentration in fertile and infertile men,” New England Journal of Medicine 345, no. 19 (November 8, 2001).

Jadual 2: Julat Bilangan Sperma normal, Morfologi, dan Pergerakan Sperma

 
Bilangan
106/ml
Pergerakan
%
Morfologi
% normal
Subur > 48 > 63 > 12
Kurang Subur 13.5-48 32-63 9-12
Tidak Subur < 13.5 < 13.5 < 9

Sumber: Guzick et al., “Sperm Morphology, Motility and Concentration,” NEJM 345(2001)

Kandungan Dalam Asap Rokok

Asap rokok terdiri daripada pelbagai gas, cecair meruap dan zarah. Berikut adalah beberapa contoh bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok :

Aseton Terdapat dalam pengilat kuku
Asid asetik Terdapat dalam pewarna rambut
Ammonia Pencuci kelengkapan rumah
Arsenik Digunakan dalam racun tikus
Benzena Terdapat dalam simen getah
Butana Digunakan dalam bahan api cecair
Kadmium Bahan aktif dalam asid bateri
Karbon Monoksida Dibebaskan dalam asap ekzos kereta
Nikotin Digunakan sebagai racun serangga
Tar Bahan turapan jalan
Toluene Digunakan dalam pembuatan cat

Merokok dan Kesannya Terhadap Kesuburan Lelaki

Kajian menunjukkan lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma yang kurang berkualiti. Antara kesan-kesannya adalah:

  1. Bilangan sperma : Penurunan sebanyak 23% dalam kiraan sperma lelaki yang merokok.
  2. Pergerakan Sperma : Penurunan sebanyak 13% terhadap pergerakan sperma lelaki yang merokok.
  3. Morfologi Sperma : Lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma yang tidak normal.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, peratus kesuburan bagi lelaki yang merokok akan berkurang sekaligus memberi kesan tehadap kiraan sperma, pergerakan sperma dan morfologi sperma.

Risalah berkaitan Hebatnye Lelaki Tanpa Rokok (Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan

  1. D. S. Guzick, J. W. Overstreet, P. Factor-Litvak et al., “Sperm morphology, motility, and concentration in fertile and infertile men,” New England Journal of Medicine 345, no. 19 (November 8, 2001).
  2. http://www.healthematics.com/understanding-semen-analysis-results-whats-normal-whats-abnormal/
  3. http://www.infertilityny.com/sperm-morphology
  4. Guzick et al., “Sperm Morphology, Motility and Concentration,” NEJM 345 (2001)
  5. http://www.lung.org/stop-smoking/about-smoking/facts-figures/whats-in-a-cigarette
Semakan Akhir : 04 Januari 2016
Penulis/Penterjemah : Fatin Hanani bt. Baharuddin
Akreditor : Krishnan a/l Kanniah

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,194,097

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia