A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Psikologi Kaunseling
  6. /
  7. Umum
  8. /
  9. Lain-lain
  10. /
  11. Kesan Emosi Terhadap Mangsa...

Kesan Emosi Terhadap Mangsa Gangguan Seksual

Pengenalan

Gangguan seksual adalah salah satu masalah yang berlaku di dalam masyarakat samada di tempat kerja atau di rumah. Lelaki selalunya dianggapganguan 1 sebagai pemangsa manakala perempuan sebagai mangsa gangguan seksual. Namun tidak dapat dinafikan bahawa perkara yang sebaliknya juga boleh berlaku. Pemangsa tidak mengira umur, agama, bangsa serta status mangsa. Apa yang agak memalukan adalah kanak-kanak turut menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid dalam bukunya “Gangguan Seksual” menyatakan bahawa gangguan seksual adalah merupakan perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu individu lain. Keadaan ini menyebabkan mangsa berasa terancam, dihina, dipermalukan, dicabul maruah atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman di sesuatu tempat. Manakala Wilson (1955) mengaitkan gangguan seksual ini dengan perilaku pekerja lelaki yang berbentuk seksual dan biasanya atas dasar kuasa jawatan yang disandang oleh lelaki berkenaan.

Faktor – faktor

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya isu atau masalah gangguan seksual ini. Antara faktor atau penyebab tersebut adalah tarikan fizikal atau personaliti yang menarik. Bentuk badan yang menarik dan seksi adalah menjadi idaman setiap individu terutamanya golongan wanita. Pemangsa yang tertarik dengan bentuk fizikal seseorang individu akan mencuba untuk menghampirinya dan melakukan gangguan seksual.

Selain itu, cara pemakaian individu turut mengundang ke arah gangguan seksual yang tidak diingini. Ada wanita yang suka berpakaian seksi dan mencolok mata. Mereka dengan sengaja ingin mendedahkan bahagian badan mereka dengan anggapan ia adalah seksi dan menarik. Namun secara tidak langsung perbuatan mereka menyebabkan gangguan pada diri mereka dari pelbagai aspek.Emotional Impact On Sexual Harassment Victims2

Pergaulan sosial yang tidak ada batasan juga merupakan penyebab gangguan seksual. Dalam zaman moden ini lelaki dan perempuan beramah mesra dan bergaul tanpa mengira batasan. Ekoran daripada pergaulan itu akan mendorong kepada berlakunya gangguan seksual.

Selain itu kuasa turut menjadi faktor gangguan seksual. Di kebanyakan tempat, lelaki biasanya memegang kuasa atau jawatan yang tertinggi berbanding wanita. Kuasa yang dimiliki boleh mendorong mereka memenuhi naluri sekdual dengan melakukan gangguan seksual terhadap anggota bawahan.

Di samping itu, budaya masyarakat setempat juga turut merupakan pendorong ke arah gangguan seksual. Lelaki yang takut hilang status/kuasa akan bersikap ego apabila dicabar oleh individu lain. Hal ini disebabkan lelaki mahu dilihat hebat di mata lelaki lain. Hal tersebut akan menyebabkan mereka membuli secara seksual golongan perempuan yang lemah. Sekiranya mereka berjaya, mereka akan berasa puas dan bangga serta ego kelelakiannya akan menjadi lebih tinggi.

Kesan – kesan

  1. Psikologi

Kesan gangguan seksual bukan hanya pada masa gangguan tersebut berlaku. Malah ia turut memberi kesan yang mendalam dan adakaPsychologicallanya untuk jangka masa yang panjang. Terdapat beberapa kesan yang boleh dikaitkan dengan gangguan seksual, antaranya adalah kesan psikologi dan kesan emosi.

Kesan psikologi adalah seperti mangsa akan hilang motivasi. Individu yang rajin bekerja akan hilang motivasi untuk berbuat demikian selepas menjadi mangsa gangguan seksual selain hilang minat dalam sesuatu perkara atau dirinya sendiri.

Kemungkinan besar individu tersebut juga akan mempunyai parasaan untuk membunuh diri, mengasingkan diri dan suka berada berseorangan. Dia akan mengalami kemurungan dan trauma. Ada juga mangsa yang akan berasa rendah diri dan bersalah serta dirinya tidak lagi sempurna seperti sebelum gangguan seksual dan menjijikkan. Mereka juga turut dipinggirkan oleh masyarakat

  1. Emosi

EmotionalDari segi emosi, mangsa gangguan seksual akan menanggung malu kerana masyarakat akan memandang serong terhadap mereka. Mereka juga akan hidup dalam ketakutan mengenangkan perkara yang telah berlalu dan takut untuk meneruskan kehidupan seperti dahulu. Secara tidak langsung ia akan memberi kesan negatif terhadap kerjaya individu tersebut. Mangsa tersebut akan mengalami tekanan dan sekiranya tidak dirawat berkemungkinan besar akan menjurus kepada komplikasi yang lain.                                  

Peranan Individu dan Organisasi Dalam Mengendalikan Gangguan Seksual

  1. Individu

IndividualIsu ini perlu ditangani secara bersama demi menjamin keharmonian dan ketenteraman masyarakat terutamanya golongan wanita. Namun ia memerlukan peranan dan sokongan pelbagai pihak untuk mengatasinya. Antaranya adalah penglibatan diri sendiri dan organisasi yang amat penting dalam menangani isu ini.

Kaum wanita perlu mengelak daripada bekerja lebih masa terutamanya apabila berseorangan. Cuba mencari alternatif lain seperti membawa balik kerja yang belum disiapkan ke rumah. Namun sekiranya terpaksa atau tiada pilihan lain pastikan kehadiran diketahui oleh orang lain.

Cara pemakaian yang mencolok mata serta yang tidak sesuai turut mengundang bahaya. Berpakaianlah secara sopan dan sesuai mengikut keadaan.

Gaya komunikasi dan perilaku turut menjadi elemen yang penting dalam konteks gangguan seksual. Ada kebarangkalian penyampaian mesej dengan bahasa lisan dan bukan lisan yang tidak betul disalah anggap oleh penerima mesej. Jadi, adalah menjadi tanggujawab seseorang individu untuk menyampaikan mesej dengan gaya yang betul.

Kita juga seharusnya menjadi asertif. Sekiranya kita berasa diri kita menjadi mangsa gangguan seksual maka adalah lebih elok untuk kita berterus terang memberitahu perkara tersebut kepada pemangsa dan kawan-kawan yang lain agar mereka sedar akan perkara tersebut. Mangsa perlu tampil ke depan dan adukan setiap gangguan seksual kepada pihak atasan atau pengurus sumber manusia. Keadaan ini dapat mengelak peristiwa tersebut berlaku secara berulang-ulang serta mempastikan pemangsa menerima hukuman setimpal.

  1. Organisasi

OrganizationOrganisasi merupakan rumah kedua bagi sesetengah pekerja tidak kira swasta atau kerajaan. Oleh itu, majikan perlu mempastikan tempat dan suasana bekerja adalah selamat. Contohnya kedudukan ruang kerja (work station) seseorang individu tidak terasing daripada pekerja yang lain.

Selain itu, organisasi juga bertanggungjawab untuk menyediakan peraturan bertulis mengenai isu tersebut dan pastikan ia sampai ke semua golongan pekerja.Tidak hanya cukup setakat mengadakan peraturan bertulis tetapi organisasi perlu memastikan peraturan tersebut dikuatkuasakan. Misalnya jangan memandang remeh aduan-aduan berkaitan gangguan seksual yang diterima.

Kesimpulannya kerjasama semua lapisan masyarakat adalah amat penting untuk membendung masalah ini.                              

Rujukan :

  • com/pages/punca.-faktor gangguan seksual di tempat kerja-html
  • Gangguan seksual di tempat kerja.blogspot.com/p/kesan.html
  • Kod amalan untuk mencegah & membasmi gangguan seksual di tempat kerja
  • google.com/search?q=gangguan +seksual & newwindow
Semakan Akhir : 5 Januari  2016
Penulis : Hema Nair a/p Suppariam
Akreditor : Ruhana binti Mahmod

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,235,369

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia