A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kerajaan belum buat keputusan...

Kerajaan belum buat keputusan isu menu kantin

Berita Harian

Rabu, 27/04/2011

Kerajaan belum buat keputusan isu menu kantin

IPOH: Kerajaan belum membuat keputusan muktamad berhubung menu makanan berkhasiat yng sesuai dijual di kantin sekolah termasuk nasi lemak secara bergilir kerana belum ada perbincangan dengan semua pihak berkaitan setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan membuat keputusan mendadak sehingga menyusahkan banyak pihak termasuk pengusaha kantin, sebaliknya mengambil kira pelbagai aspek dan akan memberi masa berpatutan kepada pengusaha mengubah suai menu mereka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri Pelajaran, berkata beliau akan bermesyuarat dengan pegawai kementeriannya dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu berkhasiat yang sesuai dijual di sekolah.

"Mana yang difikirkan sesuai dan enak dimakan dan tidak membawa kesan terlalu ketara kepada kegemukan tidak perlu halang dan seka, lagipun makanan di sekolah itu sebahagian daripada pemakanan seharian.

"Sekolah adalah sebahagian saja masanya, yang lain di luar sekolah dan menjadi tanggungjawab keluarga membimbing anak mereka supaya tidak mengambil makanan terlalu berlemak dan kandungan zat kurang," katanya semalam.

Beliau mengulas desakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mahu Kementerian Kesihatan menarik semula keputusan menetapkan jualan nasi lemak dua kali seminggu mengikut garis panduan ditetapkan kementerian itu.

Muhyiddin berkata, peranan untuk mengelakkan kegemukan pelajar sekolah tidak harus terbatas kepada kantin atau pengurusan sekolah semata-mata, tetapi harus dipikul bersama termasuk pakar pemakanan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memberi nasihat kepada pelajar serta keluarga mengenai menu seimbang.

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,268,129

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia