Home > Pemakanan > Keselamatan & Kualiti Makanan > Keracunan Makanan > Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella

Keracunan Makanan Oleh Bakteria Salmonella

Agen penyebab

Bakteria daripada kumpulan Salmonella

Punca

  • Manusia
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat)
  • Haiwan liar dan haiwan peliharaan.

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Daging ayam dan produk yang berasaskan ayam
  • Telur dan hasil telur
  • Susu dan hasil tenusu (keju, krim, kastard dan susu mentah)

Cara rebakan

  • Pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan
  • Pencemaran silang pengendali makanan daripada haiwan.

Tanda-tanda

  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Loya

Tempoh jangkitan

Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 – 36 jam)

Cara pencegahan

  • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (>75°C)
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separa masak
  • Gunakan peralatan yang berasingan (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan
  • Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan.
Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan
Penyemak : Sanimah binti Abdul Rahman