Home > Pemakanan > Keselamatan & Kualiti Makanan > Keracunan Makanan > Keracunan Makanan oleh Bakteria Campylobacter

Keracunan Makanan oleh Bakteria Campylobacter

Agen penyebab

Bakteria Campylobacter jejuni.

Punca

  • Usus haiwan
  • Air yang tercemar

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini:

  • Susu mentah
  • Daging unggas (ayam, itik dan burung)
  • Hati
  • Kerang mentah
  • Cendawan
  • Air yang tercemar

Cara keracunan makanan oleh Campylobacter Jejuni merebak

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Air yang tercemar
  • Pencemaran silang dari daging mentah ke makanan yang telah dimasak
  • Susu yang tidak dipasturkan dengan betul

Tanda-tanda

  • Cirit birit yang berdarah
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah

Tempoh jangkitan

Antara satu hingga sepuluh hari (biasanya 2 – 5 hari).

Pencegahan

  • Asingkan makanan yang mentah dan yang telah dimasak
  • Masak dengan sempurna sajian berasaskan daging dan unggas
Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan