Home > Pemakanan > Keselamatan & Kualiti Makanan > Keracunan Makanan > Keracunan Makanan oleh Bakteria Bacillus Cereus

Keracunan Makanan oleh Bakteria Bacillus Cereus

Agen penyebab

Bakteria bacillus cereus.

Punca

  • Alam sekitar
  • Debu dan tanah
  • Rempah-ratus.

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Nasi
  • Nasi goreng
  • Makanan bijirin
  • Puding
  • Sayur-sayuran
  • Makanan berasaskan daging
  • Makanan berkanji.

Cara rebakan

  • Kaedah pengendalian dan hidangan makanan yang telah dimasak
  • Menyimpan makanan pada suhu bilik terlalu lama
  • Lebihan makanan tidak dipanaskan dengan sempurna

Tanda-tanda

  • Rasa loya dan muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit

Tempoh jangkitan

Antara 1 -6 jam (jenis akut, biasanya antara 1 -3 jam) dan antara 12-24 jam (jenis lewat).

Pencegahan

  • Panaskan makanan dengan sempurna sehingga susu didih
  • Simpan lebihan makanan di dalam peti sejuk
  • Jangan biarkan makanan terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik
Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. A’aisah bt. Senin
Norrani bt. Eksan
Penyemak : En. Badruzzaman bin Abdul Rahim