A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Warga Emas
  6. /
  7. Keperluan Pemakanan bagi Warga...

Keperluan Pemakanan bagi Warga Emas

Pengenalan

Kebaikan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan adalah penting untuk warga emas sebagaimana ia penting bagi golongan muda. Kebanyakan warga emas mempunyai keperluan nutrien yang khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan. Kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air adalah sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi bagi golongan warga emas.

Makronutrien

  • Sebahagian besar nutrien yang terdapat dalam diet seseorang individu adalah terdiri daripada makronutrien. Ia membekalkan tenaga dan nutrien penting yang diperlukan untuk memelihara kesihatan.
  • Makronutrien merupakan nutrien yang membekalkan kalori atau tenaga. Makronutrien terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
  • Setiap makronutrien tersebut membekalkan kalori, jumlahnya berbeza seperti berikut:
    • Karbohidrat membekalkan 4 kalori bagi setiap gram
    • Protein membekalkan 4 kalori bagi setiap gram
    • Lemak membekalkan 9 kalori bagi setiap gram

Serat

Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan bijian. Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Serat tidak larut akan mengikat kepada air. Ini dapat meningkatkan pukal dan melembutkan najis serta mempercepatkan pergerakan dalam usus.

Antara kebaikan serat kepada kesihatan termasuk:

  • Mencegah masalah sembelit
  • Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
    • Kolesterol dikeluarkan dari badan melalui perkumuhan asid hempedu. Serat larut akan terikat pada asid hempedu dan mengakibatkan kolesterol dikeluarkan dari badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya dikatakan dapat menurunkan paras kolesterol darah.
  • Mengurangkan risik penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser (contoh: kanser kolon).

Kandungan Serat Dalam Makanan Terpilih:

 

Makanan
Saiz hidangan
Berat (g)
Kandungan Serat (g)
Jambu batu 1 hiris kecil
60g
16.0
Kacang kuda ½ cawan
66
5.6
Kacang tanah ½ cawan
58
4.8
Kacang merah ½ cawan
100g
4.0
Kacang hijau ½ cawan
100g
4.0
Kacang dal ½ cawan
100g
4.0
Buah pir 1 biji saiz sederhana
166
4.0
Kacang panggang ½ cawan
95
3.8
Epal 1 biji saiz sederhana
138
3.7
Tempe 2 ketul kecil (50g)
50g
3.2
Oren 1 biji saiz kecil
120
2.8
Kacang pis (rebus) ½ cawan
68
2.8
Ubi kentang 1 biji saiz sederhana
110
2.6
Pisang 1 biji saiz sederhana
100
2.4
Badam 10 nuts
15g
2.3
Jagung 1 batang saiz sederhana
77
2.2
Tomato 4 ketul
200
2.2
Lobak merah ½ cawan
62
2.0
Prun 4 ketul
28g
2.0
Bayam ½ cawan
60g
1.7
Kacang Pis ½ cawan
80g
1.6
Bendi ½ cawan
64
1.6
Kobis ½ cawan
60
1.4
Roti Tinggi Serat 1 hiris
28
1.3
Barli 2 sudu besar
26g
0.8
Oat 2 sudu besar
12g
0.2

 

Saranan Pengambilan Nutrien :

Saranan pengambilan serat adalah sebanyak 20 hingga 30 g/ hari.

Vitamin dan Mineral Yang Penting Bagi Warga Emas

Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang. Warga emas disarankan untuk mengambil vitamin dan mineral mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI).

Vitamin A (Retinol)

Vitamin A diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut:

  • Untuk menghasilkan pigmen retina (mata).
  • Sistem imun badan berfungsi dengan baik.

Sumber Vitamin A Dalam Makanan:

 

Makanan
Saiz hidangan
Kandungan retinol (µg)
Hati ayam 1 ketul (50g)
8237
Hati lembu 1 ketul (saiz kotak mancis – 50g)
4469
Telur 1 biji saiz sederhana (50g))
161
Susu penuh krim 2 sudu besar
56
Ikan bawal hitam 1 saiz kecil (90g)
24
Ikan kembung 1 saiz sederhana (120g)
16
Susu tepung skim 1 sudu besar
4

 

Karoten merupakan pro-vitamin A yang boleh ditukarkan kepada vitamin A (retinol). Ia terdapat dalam tumbuhan, terutamanya sayuran berdaun hijau, merah, kuning dan buah berwarna oren

 

Makanan
Saiz hidangan
Kandungan karoten (µg)
Sawi 1 cawan (90g)
2374
Bayam 1 cawan (50g)
2314
Kobis Cina 1 cawan (80g)
853
Lobak merah 1 biji saiz sederhana (110g)
2356
Labu 1 cawan (140g)
1432
Betik 1 hiris saiz sederhana(160g)
1843
Tembikai 1 hiris saiz sederhana (240g)
547
Mangga ½ saiz sederhana (240g)
630
Pisang 2 biji saiz sederhana (185g)
289
Peria 1 cawan (125g)
175
Oren 1 biji saiz sederhana (135g)
97
Labu air 1 cawan (115g)
12

 

Kekurangan vitamin A yang kronik boleh menyebabkan :

  • Rabun malam
  • Hilang selera makan
  • Kulit kering dan kasar
  • Sistem imun menjadi lemah
  • Mata kering

Saranan pengambilan nutrien (RNI):

  • Lelaki (? 60 tahun) : 600µg RE/ hari
  • Wanita (? 60 tahun) : 600µg RE/ hari

Vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh badan untuk fungsi berikut :

  • Membantu badan melawan jangkitan
  • Mengurangkan risiko penyakit
  • Membantu dalam penyerapan ferum

Kandungan vitamin C dalam makanan terpilih :

 

Makanan
Saiz hidangan
Kandungan vitamin C (mg)
Betik 1 hiris saiz sederhana (160g)
112.8
Jambu batu 1 biji saiz kecil (60g)
89.3
Kobis 1 cawan (70g)
36.3
Oren 1 biji saiz sederhana (135g)
30.7
Mangga 1 biji saiz sederhana (230g)
30.5
Belimbing 1 biji saiz kecil (115g)
26.1
Tomato 2 biji saiz sederhana (110g)
25
Petai ½ cawan (60g)
19.5
Salad 1 cawan (55g)
14.9
Ulam raja ½ cawan (17g)
10.9
Pegaga ½ cawan (20g)
10.3
Timun 1 cawan (136g)
9.4

 

Kekurangan vitamin C yang kronik boleh menyebabkan :

  • Skurvi
  • Kurang selera makan
  • Gusi berdarah
  • Keletihan
  • Kemurungan

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :

  • Lelaki (? 60 tahun) : 70 mg/ hari
  • Wanita (? 60 tahun) : 70 mg/ hari

Asid folik

Asid folik diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :

Sumber asid folik dalam makanan :

 

Makanan
Saiz hidangan
Kandungan asid folik (µg)
Kacang hijau kering ½ cawan (100g)
622
Kacang merah kering ½ cawan (100g)
363
Hati ayam 1 ketul (50g)
294
Hati lembu 1 ketul (saiz kotak mancis – 50g)
145
Sawi 1 cawan (60g)
112
Bayam, dimasak ½ cawan (60g)
88
Kacang merah panggang ½ cawan (120g)
61
Ginjal lembu 1 ketul (saiz kotak mancis – 50g)
50
Kacang pis hijau ½ cawan (80g)
47.2
Kacang panjang 1 cawan (120g)
39
Telur 1 biji saiz sederhana (50g)
23.5
Daging tanpa lemak 2 ketul (saiz kotak mancis – 100g)
8

 

Kekurangan asid folik yang kronik boleh menyebabkan :

  • Anemia
  • Lemah
  • Keletihan
  • Sukar untuk menumpukan perhatian
  • Kerengsaan
  • Nafas pendek (shortness of breath)
  • Kecelaruan fikiran (dementia)
  • Kemurungan

Saranan pengambilan nutrien (RNI):

  • Lelaki (? 60 tahun) : 400µg
  • Wanita (? 60 tahun) : 400µg

Kalsium

Kalsium diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :

  • Untuk membina dan mengekalkan kesihatan gigi dan tulang
  • Untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang
  • Untuk membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang.
  • Untuk mengekalkan imbangan homeostasis kalsium
  • Untuk membantu dalam pembekuan darah secara normal
  • Untuk mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung

Sumber kalsium dalam makanan :

 

Makanan
Saiz hidangan
Kalsium (mg)
Sardin dengan tulang 2 ketul (130g)
295
Dadih 1 tub (150ml)
284
Tauhu (tofu) 1 ketul (152g)
205
Susu segar 1 cawan (200ml)
204
Kailan 1 cawan (60g)
112
Bayam 1 cawan (60g)
73
Keju 1 ketul
50
Susu soya 1 cawan (200ml)
38.4
Badam 10 biji (15g)
32
Ikan bilis tanpa kepala 10 ketul
15

 

*Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium dan kesihatan tulang.

Kekurangan kalsium yang kronik boleh menyebabkan :

  • Pengecutan otot
  • Sakit otot
  • Kekejangan
  • Kebas di tangan dan kaki
  • Osteomalasia (tulang lembut)
  • Osteoporosis

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :

  • Lelaki (?60 tahun) : 800 mg
    (>65 tahun) : 1000 mg
  • Wanita (?60 tahun) : 1000 mg

Zat besi

Zat besi diperlukan oleh badan untuk fungsi berikut :

  • Untuk menghasilkan sel darah merah
  • Untuk mengangkut oksigen dalam badan
  • Penting untuk fungsi otak terutamanya bagi pembelajaran dan daya ingatan

Sumber zat besi dalam makanan :

 

Makanan
Saiz hidangan
IRON ( mg)
Kerang 10 biji (100g)
13.2
Peria 1 cawan (130g)
7.9
Kacang kuda ½ cawan (100g)
6.9
Tauhu goreng 1 ketul (90g)
6.6
Kangkung 1 cawan (80g)
4.2
Pucuk paku 1 cawan (85g)
4.1
Bihun 1 cawan (100g)
3.4
Bayam 1 cawan (60g)
3.0
Ayam 1 ketul saiz sederhana (100g)
2.8
Daging lembu tanpa lemak 2 ketul (saiz kotak mancis -100g)
2.2
Roti gandum penuh 2 hiris (50g)
1.6
Kismis ¼ cawan (40g)
1.4
Telur 1 biji saiz sederhana (50g)
1.2
Ikan bilis 10 ekor
0.2

 

Kekurangan zat besi yang kronik boleh menyebabkan :

  • Kulit pucat
  • Badan lemah
  • Lesu
  • Anemia

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :

  • Lelaki ( ? 60 tahun) : 14 mg
  • Wanita ( ? 60 tahun) : 11 mg

Zink

Zink diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :

  • Membantu proses penghadaman karbohidrat, lemak dan protein
  • Mencegah pengurangan sensitiviti deria rasa dan hidu

Sumber zink dalam makanan :

 

Makanan
Saiz hidangan
Zink (mg)
Hati, ginjal (lembu, ayam-itik) 2 ketul (saiz kotak mancis -100g)
4.2 – 6.1
Daging (lembu, khinzir ) 2 ketul (saiz kotak mancis -100g)
2.9 – 4.7
Kacang (seperti kacang tanah, kacang hazel, walnut dsbnya.) ½ cawan (100g)
2.9 – 7.8
Ayam-itik 1 ketul saiz sederhana (100g)
1.8 – 3.0
Telur (ayam, itik) 2 biji saiz sederhana (100g)
1.1 – 1.4
Kacang (seperti kacang merah, kacang hijau, dal dsbnya) ½ cawan (100g)
1.0 – 2.0
Makanan laut 3 – 4 ketul kecil (100g)
0.5 – 5.2
Bijirin bijian penuh ½ cawan (100g)
0.5 – 3.2
Produk tenusu (susu, keju) 1 gelas/ 1 hiris
0.4 – 3.1
Roti putih 2 hiris (50g)
0.9
Ubi kentang (pelbagai) 1 biji saiz sederhana (100g)
0.3 – 0.5
Sayur-sayuran 1½ cawan (100g)
0.1 – 0.8
Buah-buahan 1 biji saiz sederhana (100g)
0 – 0.2

 

Kekurangan zink yang kronik boleh menyebabkan :

  • Penyembuhan luka yang lambat
  • Kehilangan deria rasa

Saranan pengambilan nutrien (RNI) :

  • Lelaki (? 60 tahun) : 6.7 mg
    ? 65 tahun : 6.2 mg
  • Wanita (? 60 tahun) : 4.9 mg
    ? 65 tahun : 4.2 mg

Air

Air diperlukan untuk meningkatkan fungsi badan. Ia membantu dalam:

  • Penghadaman, penyerapan, peredaran (darah mengandungi 80% air) atau perkumuhan (urin mengandungi 97% air)
  • Mengawal suhu badan serta sebagai pelincir sendi dan organ dalaman seperti usus dan perut.

Pengambilan air adalah penting untuk warga emas kerana mereka kurang rasa haus. Saranan pengambilan air : 6 – 8 gelas sehari atau 1.5 – 2 L sehari

Semakan Akhir : 11 Mac 2009
Penulis : Rohida bt. Saleh Hudin
Junidah bt. Raib
Faulina bt. Khamison

Artikel Berkaitan

Diet Bagi Pesakit Jaundis (Sakit Kuning)

Seseorang yang mengalami jaundis atau penyakit kuning dinasihatkan untuk mengawal pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. Amalkan minum air sebanyak 2-3 liter sehari dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun hijau.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,818

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia