A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal...

Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal Kepada Kesihatan Awam

Pengenalan

Dewasa ini, isu pengurusan sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik menjadi masalah peringkat nasional. Ini adalah ekoran jumlah sisa yang dihasilkan adalah banyak. Justeru, pada 1 September 2015, kerajaan telah mula menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Pengasingan sisa pepejal dipunca merupakan satu proses ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih mesra alam.  Mengikut Seksyen 74, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, orang awam harus melakukan pengasingan sisa pepejal dan kegagalan berbuat demikian, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM1000.00. Seksyen 108 (2) (g) pula menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab individu mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula sekaligus mengelakkan lambakan sisa di pusat pelupusan.

Apakah maksud pengasingan sisa pepejal di punca?

Pengasingan sisa pepejal di punca adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di punca mengikut komposisi sisa pepejal iaitu KERTAS, PLASTIK dan LAIN – LAIN BAHAN KITAR SEMULA ( kaca/seramik,tin aluminium/besi/logam, sisa elektronik/barang elektrik lain,bahan fabrik/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya), dan SISA BAKI (sisa makanan,lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor).

Komposisi Sisa

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), penyumbang utama kepada komposisi sisa pepejal adalah sisa makanan. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan komposisi sisa pepejal di Malaysia daripada isi rumah.

BIL

KOMPONEN

KOMPOSISI (%)

1

Sisa Makanan

44.5

2

Plastik

13.2

3

Kertas

8.5

4

Lampin

12.1

5

Sisa Taman

5.8

6

Kaca

3.3

7

Tekstil

3.1

8

Lain-lain

9.7

Sumber: Survey on Solid Waste Composition, Characteristics and Existing of Solid Waste Recycling in Malaysia Final Report, 2012

Sisa pepejal di rumah perlu diasingkan mengikut komposisi sisa pepejal seperti berikut :

  1. Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
  2. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik.
  3. Lain-lain iaitu :-
    • Kaca/Seramik – botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
    • Tin aluminium/besi/logam lain – tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
    • Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
    • Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
    • Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
  4. Sisa Baki – sisa makanan, lampin pakai buang, tisu kotor dan lain – lain.

Amalan Pengasingan Dan Objektifnya

Pengasingan sisa pepejal di punca adalah bertujuan untuk: 

  • Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan;
  • Membantu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut; 
  • Pengasingan sisa di rumah dan amalan 3R juga telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan;
  • Mengelakan pembuangan bahan yang boleh kitar semula;
  • Mengurangkan peruntukan wang Negara untuk proses pelupusan sisa pepejal; 
  • Meningkatkan kadar kitar semula
  • Negara pada tahap yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;  Mengurangkan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar;
  • Memelihara sumber alam semulajadi;
  • Memudahkan proses pengurusan dan perawatan sisa pepejal selanjutnya;
  • Mendidik masyarakat agar menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber ekonomi, tenaga, dan nilai artistik.

Bagaimana untuk mengasingkan sisa pepejal di rumah?

Secara mudahnya sisa pepejal perlu diasingkan kepada sisa yang boleh dikitar semula dan sisa baki ( sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan). Sisa pepejal di rumah perlu diasingkan mengikut komposisi sisa pepejal seperti berikut :

  1. Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.
  2. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik.

    Melalui penerapan dan pembudayaan kitar semula (3R- reduce, reuse, recycle) dan pengasingan sisa pepejal isi rumah ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk.

    Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber – sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar. Kerjasama, sokongan dan penglibatan masyarakat secara aktif dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal isi rumah ini adalah salah satu faktor utama kejayaan program ini. Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020.

Pengasingan Sisa dan impak kepada kesihatan awam

Pembiakan Aedes yang boleh menyebabkan denggi adalah berpunca dari bekas-bekas yang boleh menakung air. Kebanyakan bekas-bekas yang boleh menakung air ini adalah daripada bekas-bekas atau sisa yang boleh kitar semula. Bekas-bekas yang boleh menakung air ini akan menyebabkan pembiakan Aedes dan boleh menyebabkan Denggi. Selain itu, dengan pengasingan sisa yang bermula di dapur dan di punca boleh mengurangkan risiko perebakan penyakit-penyakit seperti leptospirosis, denggi serta lain-lain penyaklit yang berpunca dari persekitaran yang tidak sanitasi.

1
Foto 1: Pengasingan Sisa
2
Foto 2: Sisa pepejal (Tin dan botol)
3
Foto 3: Tong kitar semula

Rujukan

  1. Survey on Solid Waste Composition, Characteristics and Existing of Solid Waste Recycling in Malaysia Final Report.(2012).
Semakan Akhir : 3 Ogos 2016
Penulis : Kayrul Hidayah bt. Mansor
Akreditor : Mohamad Ridzuan bin Mohd Salleh

 

Artikel Berkaitan

Melecur

Melecur atau luka lecur adalah kecederaan pada kulit / lapisan kulit  akibat  terdedah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,107,028

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia