A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kemurungan (Kanak-Kanak)

Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau masalah tingkahlaku.

Pengenalan

  • Kanak-kanak tidak terkecuali dalam menghadapi masalah emosi ini.
  • Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau masalah tingkahlaku.
  • Kanak- kanak yang mempunyai risiko mengalami kemurungan termasuk mereka yang:
    • Mengalami situasi yang tertekan seperti  dipulau oleh keluarga
    • Mengalami kehilangan orang yang tersayang seperti kematian ahli keluarga yang terdekat
    • Mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah penyakit kemurungan
    • Mempunyai sejarah psikiatri pada peringkat awal kanak-kanak seperti Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan, Masalah Pembelajaran, dan Gangguan Keresahan (Anxiety)

Apakah tanda-tanda kemurungan

Perubahan boleh ditunjukkan dalam

  1. Kelakuan
    • Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
    • Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
    • Terpinggir / terasing
    • Marah dan suka bermusuh
    • Hubungan yang tegang
    • Kerapkali tidak hadir ke sekolah
    • Hendak lari dari rumah
    • Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
  2. Perasaan /Emosi/Pemikiran
    • Perasaan tidak puas hati
    • Kurang tumpuan
    • Kurang keyakinan diri
    • Rasa diri tidak berguna
    • Bosan
    • Tertekan kerana disingkir
    • Cepat marah
  3. Perubahan Fizikal
    • Tiada tenaga
    • Perubahan corak masa tidur atau makan
    • Sakit fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
    • Perubahan berat badan

Bilakah seseorang itu perlukan bantuan

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan apabila:

  • Kanak-kanak mengalami  perasaan sedih  yang berlarutan 
  • Kanak-kanak mengalami hilang rasa seronok yang berterusan
  • Emosi yang negatif mengganggu aktiviti harian mereka

Bolehkah kemurungan membawa kepada masalah lain

Kemurungan pada diri kanak-kanak boleh membawa kepada:

  • Gangguan dalam proses tumbesaran
  • Gangguan dalam fungsi seperti:
    • Proses pembelajaran
    • Jalinan perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru-guru
  • Masalah gangguan tingkah laku yang serius
  • Penyalahgunaan bahan terlarang seperti merokok, mengambil minuman keras, dan dadah
  • Mencederakan diri sendiri
  • Risiko membunuh diri

Bolehkah kita berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak sedemikian?

  • Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi kemurungan adalah sangat mustahak
  • Bantuan psikologi mesti diberikan untuk membantu kanak-kanak ini:
    • Belajar berfikiran positif . Beri panduan kepada mereka untuk membetulkan corak pemikiran yang negatif.
    • Berhadapan dengan perubahan, kekecewaan,  ketakutan, dan kemarahan secara positif
    • Membentuk kemahiran sosial yang positif
  • Kaunseling di peringkat individu, keluarga dan sekolah juga adalah penting
  • Rawatan ubatan mungkin diberikan oleh Pakar Psikiatri jika perlu

Bolehkah kemurungan dicegah?

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang positif untuk kanak-kanak seperti:

  • Membantu kanak-kanak menghadapi cabaran hidup secara positif
  • Memberi sokongan psikologi apabila kanak-kanak itu tersebut menghadapi masalah
  • Menyediakan satu perhubungan yang saling menerima, mesra, responsif dan mempercayai.
  • Menunjukkan contoh teladan yang baik di dalam memberi panduan dan pengawasan terhadap kanak-kanak.
  • Menyediakan persekitaran yang mesra dan harmoni.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Aminah binti Kassim
Penyemak : Dr. Nurulwafa binti Hussain

 

Artikel Berkaitan

Bimbang & Takut

Resah, bimbang dan takut adalah sesuatu yang biasa di kalangan kanak-kanak dan biasanya ia tidak akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,274,052

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia