Kemahiran Berunding

Apakah kemahiran berunding?

Kemahiran berunding merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mencapai sesuatu persetujuan. Kemahiran ini diperlukan apabila 2 orang yang mengharapkan sesuatu antara satu sama lain.

Kenapa kurang kemahiran berunding?

Kekurangan kemahiran berunding disebabkan oleh:

  • Kurang pengalaman
  • Tidak matang
  • Kurang mendapat peluang untuk berbincang
  • Kurang yakin
  • Harga diri yang rendah

Apa akan terjadi apabila anda kurang kemahiran berunding?

Anda tidak:

  • Mencapai apa yang anda harapkan
  • Berpuas hati dengan apa yang anda ada
  • Berkeyakinan pada diri sendiri
  • Meningkatkan harga diri

Bagaimana anda boleh mendapatkan kemahiran berunding?

Langkah-langkah berikut dapat membantu kemahiran berunding:

  • Tahu apa yang anda mahukan
  • Luahkan pendapat anda
  • Sediakan perancangan
  • Kenal pasti keperluan teman anda
  • Mendengar dengan penuh perasaan
  • Ajukan masalah
  • Mendidik bukan menggertak atau mengugut
  • Sabar
  • Bertolak ansur dan kreatif
  • Fikirkan orang lain seperti kawan anda
  • Ceburkan diri dalam semua aktiviti
  • Terima tanggung jawab jika dipilih

“Latihan Menghasilkan Kemahiran”

Kepada siapakah anda boleh minta bantuan?

Anda boleh memohon bantuan daripada:

  • Keluarga
  • Ahli keluarga yang anda percayai
  • Kaunselor
  • Guru – guru Agama

ATAU

Dapatkan bantuan pakar profesional:

  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Farahida binti Md Dai
Penyemak : Pn. Fariz Sakina Bt. Abdullah