Home > Laman Utama > Kelemumur

Kelemumur

Download:

 

  1. Kelemumur adalah keadaan biasa yang berlaku pada kulit kepala.
  2. Ia terjadi kerana sel kulit kepala anda bertukar dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya.
  3. Perubahan ini akan menyebabkan pengeluaran sel mati dan seterusnya menyebabkan kulit kepala bersisik.
  4. Kelemumur sukar untuk disembunyikan juga agak memalukan apabila dilihat. Kulit kepala anda akan menjadi gatal, merah atau seperti terbakar.
  5. Kelemumur berlaku kerana pertumbuhan kulat yang berlebihan, iaitu Pitirosporum ovale yang biasa terdapat di kulit dan kulit kepala.
  6. Terlalu banyak sebum, iaitu minyak semulajadi yang dihasilkan dari kelenjar kulit juga boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.
  7. Sebab lain kelemumur wujud adalah kerana perubahan hormon selepas baligh dan keadaan kulit kepala berminyak.
  8. Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Pengeluaran minyak yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Tekanan perasaan
  • Daya imuniti yang rendah

Bagaimana untuk merawat kelemumur?

Gunakan syampu anti kelemumur dua atau tiga kali seminggu. Urut kulit kepala anda dengan syampu dan pastikan anda tidak menggunakan kuku.

Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:

  • Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel
  • Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur
  • Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Syampu berkandungan ketoconazole (anti kulat) membantu mengurangkan berbagai jenis kulat
  • Syampu anti kulat mengandungi kimia yang mampu merawat dan mencegah kelemumur. Syampu ini selalunya memerlukan penggunaan yang kerap dalam masa seminggu dan boleh mengambil masa enam minggu untuk berkesan. Pastikan anda memberus rambut anda dengan lembut dan bilas rambut anda dengan sempurna.

Berjumpalah doktor jika kelemumur masih berterusan selepas anda menggunakan syampu khas, atau kulit anda menjadi semakin teruk dan berjangkit ke bahagian kulit lain.

Anda mungkin memerlukan rawatan khusus atau rujukan kepada pakar kulit.

K
Kanser Paru-Paru

Kanser Payu Dara

Kanser Serviks

Katarak

Kecederaan Lutut Semasa Bersukan

Kegagalan Fungsi Jantung

Kelemumur

Kesan Alkohol Terhadap Mental & Fizikal Manusia

Kesan Karbon Monoksida Terhadap Janin

Kesan Negetif Stres

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes

Kudis Tekanan