A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Dermatologi
  8. /
  9. Kelemumur dan Jangkitan Kulat...

Kelemumur dan Jangkitan Kulat di Kulit Kepala

Definisi kelemumur

Kelemumur adalah satu proses pengelupasan sel-sel kulit pada kulit kepala. Walaupun kelemumur boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala, namun tidak semua kegatalan kulit kepala yang dialami itu disebabkan oleh kelemumur.

Definisi jangkitan kulat pada kulit kepala

Jangkitan kulat pada kulit kepala biasanya dipanggil tinea capitis atau kurap kulit kepala. Ia adalah jangkitan kulat di folikel rambut kulit kepala dengan penglibatan jangkitan di batang rambut . Ia disebabkan oleh spesies kulat dalam genera kulat Microsporum dan Trichophyton.

Adakah kelemumur sejenis jangkitan kulat ?

Kelemumur bukan jangkitan kulat. Secara umumnya kelumumur dianggap sebagai satu proses fisiologi  pengelupasan kulit kepala. Kelemumur tidak berjangkit . Walau bagaimanapun , kelemumur sering dikaitkan dengan kulat yis yang dipanggil Malassezia , paling lazim ialah  M. restricta dan M. globosa ( Gemmer et al , 2002). Organisma kulat adalah sebahagian daripada flora kulit normal memakan minyak kulit pada kulit kepala. Kulat tidak menyebabkan sebarang masalah pada kulit kepala kebanyakan individu yang sihat. Jumlah populasi Malassezia yis adalah lebih tinggi di kepala berkelumumur berbanding kulit kepala tidak berkelemumur, ini menunjukkan bahawa yis Malassezia berperanan mencetuskan pengelupasan sisik kulit secara berlebihan pada kulit kepala. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik akan peranan pathophysiologi yis Malassezia terhadap kelemumur pada sesetengah individu.

Beberapa faktor tuan rumah yang menyumbang kepada kelemumur ialah:

  • Faktor genetik –ahli keluarga mengalami kelemumur secara genetik
  • Komponen emosi dan endokrin – seperti perubahan hormon dan tekanan emosi
  • Perubahan dalam kuantiti dan komposisi sebum – kulit kepala berminyak
  • Penyakit tertentu – Pesakit Parkinson, pesakit AIDS dengan sistem immuniti yang lemah

Jenis-jenis kulat yang menjangkiti kulit kepala

Terdapat dua ( 2 ) genera dermatophytes yang boleh menjangkiti kulit kepala

  1. Contoh Microsporum spesies
  • M.canis
  • M.audouinii     
  1.  Contoh Trichophyton species
  • T. schoenleinii
  • T. tonsurans

Jenis-jenis jangkitan kulat di rambut yang disebabkan oleh dermatophytes :

Secara umumnya, terdapat 2 jenis jangkitan kulat di rambut iaitu :

  1. Endothrix : Invasi elemen kulat terutamanya arthrospores ke dalam batang rambut.
  2. Endo-Ectothrix : Invasi elemen kulat iaitu hyphae dalam batang rambut dan pertumbuhan arthrospores dan / atau hyphae di sekitar batang rambut. Contoh dermatophytes ialah Microsporum canis.

Jangkitan kurap kulit kepala yang disebabkan oleh Microsporum canis

Microsporum canis menyebabkan ‘ gray patch tinea capitis’. Ia adalah jangkitan ‘ectothrix’ rambut. Arthrospores ( spora kulat) tumbuh mengelilingi batang rambut.

Tinea capitis menunjukkan keguguran rambut yang banyak disebabkan oleh M.canis

(Rujukan: Dr David Ellis, www.mycologyonline.adelaide.edu.au )

Pandangan mikroskopik Microsporum canis yang telah dikultur di makmal

(Rujukan: Dr David Ellis, www.mycologyonline.adelaide.edu.au )

Jangkitan kurap kulit kepala disebabkan oleh  Trichophyton tonsurans

Trichophyton tonsurans menyebabkan ‘black dot tinea capitis’. Jangkitan rambut secara ‘endothrix’    mengakibatkan helaian rambut terputus di permukaan atau di bawah permukaan kulit kepala. Arthrospores boleh didapati di dalam batang rambut.

Endotrix capitis tinea disebabkan oleh T. tonsurans

(Rujukan: Dr David Ellis, www.mycologyonline.adelaide.edu.au )

  Pandangan mikroskopik  T.tonsurans yang telah dikultur di makmal

(Rujukan: Dr David Ellis, www.mycologyonline.adelaide.edu.au )

Jangkitan kurap kulit kepala yang disebabkan oleh Trichophyton schoenleinii

Trichophyton schoenleinii menyebabkan jangkitan rambut jenis ‘favus’. Keruping kuning tebal membentuk dalam folikel rambut dan terdiri daripada elemen hyphae kulat . Jangkitan boleh  menyebabkan alopecia

Seorang kanak-kanak dengan jangkitan favus disebabkan oleh T. schoenleinii

(Rujukan: Paul La Porte , organisasi wikipedia)

Pandangan mikroskopik ‘ candelier favic ‘ T.schoenleinii

(Rujukan: Dr David Ellis, www.mycologyonline.adelaide.edu.au )

Untuk Kawalan Jangkitan kulat pada kulit kepala yang :

  • Dapatkan nasihat doktor kulit untuk rawatan
  • Amalkan kebersihan diri.
  • Jangan berkongsi tuala dan sikat.

Rujukan :

  1. Clinical Mycology, by William E. Dismukes, Peter G. Pappas, Jack D. Sobel, edition 2003.
  2. Clinical Microbiology and Infectious Diseases, by W. John Spicer, 2nd edition.
  3. Dr David Ellis of University Adelaide, Australia(www.mycologyonline.adelaide.edu.au)
  4. Gemmer, et al(2002).  Fast, Noninvasive Method for Molecular Detection and Differentiation of Malassezia Yeast Species on Human Skin and Application of the Methoo Dandruff Microbiology.  Journal of Clinical Microbiology 40 (9): 3350–3357.
Semakan Akhir : 3 Mac 2017
Penulis : Kamaladevi a/p K.Subramaniam
Akreditor : Keah Kwee Choo

 

Artikel Berkaitan

Ketuat – Dewasa

Ketuat disebabkan oleh jangkitan virus, human papillomavirus (HPV). Ia boleh melibatkan bahagian kulit dan mukosa seperti di bahagian alat kelamin lelaki dan perempuan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,193,806

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia