Home > Remaja > Kesihatan Fizikal > Kekal Sihat > Kekal Sihat (+ 23)

Kekal Sihat (+ 23)

Serbuk protein semakin popular sebagai makanan tambahan yang berkhasiat di kalangan pengemar gimnasium. Jika anda ke gimnasium anda mungkin perasan sesetengah dari mereka mengoncang dan meminum serbuk protein tersebut selepas melakukan senaman. Sesetengah dari mereka juga bercakap mengenai di mana boleh mendapatkan produk tersebut http://onf.coop/protein-powders-101/ Sekarang ini, anda boleh mendapatkan ...
Baca Lagi
Menaikkan otot pada tubuh telah menjadi satu aliran baru dalam kalangan remaja masa kini. Membina otot terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta nutrisi yang seimbang. Makanan nutrisi tambahan seperti serbuk protein (hyperlink) dan formula penambah berat badan boleh berkesan sekiranya remaja kurang mengambil nutrisi dalam diet seharian mereka ...
Baca Lagi
Remaja mengambil berat tentang imej fizikal mereka. Remaja yang lebih berat badan atau obes akan mengalami imej diri negatif dan keyakinan diri yang rendah Mereka teringin berat badan body mass index (BMI) yang ideal. Ada yang akan berusaha mencapai BMI serendah mungkin. Pada tahun 2006, kajian yang dijalankan oleh University ...
Baca Lagi
Kenapa penting untuk menjaga tulang belakang? Penjagaan tulang belakang adalah penting bagi mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan. Apakah cara untuk menjaga tulang belakang? Satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur kita. Cara kita berdiri, duduk, baring ...
Baca Lagi
Pengenalan Berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar. Aktiviti perkhemahan ini telah menjadi popular sejak awal abad ke-20 an. Perkhemahan adalah salah satu program penting dalam pertubuhan-pertubuhan remaja dan belia di seluruh dunia, seperti persatuan pengakap. Aktiviti ini dilakukan untuk mengajar remaja dan belia hidup berdikari dan kerja berpasukan. Sebelum ...
Baca Lagi
Perkhidmatan ini disediakan di semua klinik kesihatan kerajaan untuk remaja 10-19 tahun selaras dengan dasar kesihatan remaja negara yang menekankan kesejahteraan remaja secara menyeluruh dari aspek fizikal, sosial, mental dan kerohanian. "Bilakah perkhidmatan ini bermula? Semenjak tahun 1996 di bawah perkembangan skop Program Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM. Tujuan perkhidmatan ini ...
Baca Lagi
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Cara mendapat kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan semasa bersukan biasa semasa menjalankan aktiviti sukan lasak atau aktiviti sukan. Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan? Pertembungan di antara satu sama lain Hentakkan secara ...
Baca Lagi
Adakah ia normal? Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal. Ia mungkin: Berlaku pada kedua-dua belah atau sebelah buah dada Sakit sekiranya dipicit Berukuran antara 1–5 sentimeter di sekitar puting Lebih dari 90% saiz buah dada akan ...
Baca Lagi
1.      Patut kah saya rasa bimbang? Ada banyak penyebab bengkak di leher. Ia mungkin sebahagian dari proses pembesaran yang biasa,atau disebabkan sesuatu yang merbahaya dan memerlukan pemeriksaan/perhatian doktor. 2.      Apakah ia sebenarnya? Ia mungkin: Bengkak pada kelenjar tiroid adalah perkara biasa dan sebahagian dari proses pembesaran Mungkin disebabkan jangkitan biasa ...
Baca Lagi
1.       Pengenalan Kadangkala kanak–kanak dan remaja boleh mengalami paras kolesterol tinggi. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh factor keturunan dan dikenali sebagai Hiperkolesterolemia Familial. Anda mungkin berasa sihat dan tidak sedar akan masalah ini sehingga anda melakukan ujian saringan untuk kolesterol. Penting membuat ujian saringan untuk kolesterol sekiranya: Ada ahli keluarga ...
Baca Lagi
1.      Pengenalan Adalah penting bagi anda menjalani ujian paras gula darah sekiranya: Anda mempunyai berat badan yang berlebihan Anda mengalami kehilangan berat badan mendadak walaupun anda berselera makan Ibu atau bapa anda penghidap diabetes Anda kerap merasa dahaga, keletihan dan kerap kencing Anda kerap kali mendapat kudis dan jangkitan Sekiranya ...
Baca Lagi
1.      Pengenalan Adalah penting untuk anda memeriksa tekanan darah setiap kali anda berjumpa doktor. Semakin usia meningkat, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan: Serangan sakit jantung Lumpuh (strok) Buah pinggang tidak berfungsi Buta Anda mungkin rasa sihat dan tidak sedar yang tekanan darah anda tinggi sehingga anda membuat pemeriksaan ...
Baca Lagi
1.      Apa itu kecergasan? Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan. Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian. Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan ...
Baca Lagi

BERSUKAN DENGAN SELAMAT

Boling merupakan salah satu sukan rekreasi yang menjadi kegemaran ramai. Namun ada yang menjadikan sukan ini sebagai kerjaya mereka. Walaupun boling adalah sukan yang tidak melibatkan sentuhan di antara pemain, namun anda masih boleh mendapat kecederaaan jika tidak bermain dengan cara yang betul. Contohnya; mengangkat bola boling di atas permukaan ...
Baca Lagi
Bola sepak terus menjadi sukan yang paling dimainkan seluruh pelusuk dunia dan mempunyai jutaan peminatnya. Oleh kerana ianya menjadi sukan yang kerap dimain oleh golongan remaja, kecederaan yang berkaitan dengannya juga makin meningkat. Terdapat banyak kajian yang dilakukan FIFA dalam mengenalpasti faktor risiko bagi kecederaan. Kajian telah menunjukkan terdapat empat ...
Baca Lagi
Hoki boleh dianggap sebagai salah satu sukan yang digemari di negara kita. Terdapat pelbagai perancangan untuk memastikan sukan ini mendapat pengiktirafan dunia. Mengetahui bahawa hoki adalah sejenis sukan yang melibatkan perlanggaran antara pemain, kecederaan boleh berlaku dari yang sederhana seperti pada kecederaan  tisu badan sehinggalah yang mendatangkan kemudaratan. Kadar dan ...
Baca Lagi
Sukan memanjat cerun atau dinding memberikan keseronokan dan cabaran kepada penggemarnya walaupun boleh mendatangkan bahaya. Aktiviti memanjat memerlukan tumpuan dan fokus yang tinggi selain sentiasa mengutamakan keselamatan. Dalam sukan ini, anda akan melakukan apa sahaja untuk kekal memanjat dan tidak terjatuh akibat tarikan graviti. Keselamatan perlu dititikberatkan dan untuk itu ...
Baca Lagi
Terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri dan setiap satu mempunyai risiko tersendiri untuk menyebabkan kecederaan kepada pengamalnya. Dengan peredaran masa, beberapa langkah dan peraturan telah dimasukkan ke dalam sukan-sukan ini bagi memastikan keselamatan dan mengelak kecederaan kepada mereka yang menyertainya. Setiap jenis seni pertahanan diri menggunakan pakaian seragam dan peralatan ...
Baca Lagi
Ragbi merupakan sukan yang memerlukan  kemahiran seperti kelincahan, kelajuan serta kekuatan. Sebilangan besar kecederaan berlaku akibat pertembungan Berikut merupakan lima jenis kecederaan yang lazim berlaku dalam sukan ini: Koyak otot hamstring Regangan atau koyak pada gentian otot dan tisu sekeliling. Rawatan bergantung pada tahap keterukan bermula dari konservatif sehinggalah pembedahan ...
Baca Lagi
Kecederaan semasa bermain tenis jarang berlaku. Namun, ianya masih boleh berlaku jika tiada kesedaran tentang langkah keselamatan. Mungkin sesetengah dari kita pernah terdengar kondisi “tennis elbow”. Ini disebabkan oleh pergerakan berulang dalam sukan ini yang akan menyebabkan kecederaan lewah guna (overuse). Kecederaan akibat trauma boleh juga berlaku seperti buku lali ...
Baca Lagi
Papan laju dan kasut lereng merupakan suka rekreasi yang semakin terkenal di kalangan remaja terutamanya kaum lelaki. Ianya sukan yang seronok dan mencabar yang memerlukan kemahiran serta impak aerobik yang rendah. Adalah penting untuk berlatih sukan ini menggunakan peralatan keselamatan. Anda boleh bersuka ria tetapi keselamatan harus dititikberatkan terlebih dahulu ...
Baca Lagi
Bola keranjang adalah satu sukan yang seronok dan senaman yang bagus untuk dimain. Oleh kerana bola keranjang melibatkan pertembungan pemain, kecederaan boleh berlaku. Semua orang bermain sukan ini kerana minat mereka. Kecederaan lewah guna (overuse) boleh berlaku dengan mudahnya kerana ada yang bermainnya sepanjang tahun. Kenapa keselamatan bermain bola keranjang ...
Baca Lagi
Badminton merupakan salah satu sukan yang popular di negara kita. Walaupun ia sukan yang tiada sentuhan badan antara pemain, kecederaan masih boleh berlaku. Kecederaan badminton selalunya jenis cedera lewah guna (overuse) yang terjadi disebabkan oleh penggunaan berulang pada tubuh badan yang terlibat. Kecederaan pada anggota atas seperti bahu, siku dan ...
Baca Lagi