Home > Remaja > Kesihatan Seksual > Keinginan & Kawalan Seksual

Keinginan & Kawalan Seksual

Apakah keinginan seksual

  • Keinginan seksual merujuk kepada minat seseorang dalam seks
  • Dorongan seksual adalah suatu perasaan dan desakan yang normal
  • Ia mempengaruhi pemikiran, kelakuan dan fantasi

Adakah keinginan seksual itu normal?

  • Perasaan ini adalah normal dan ia adalah sebahagian dari proses pembesaran
  • Setiap individu akan mengalami perasaan ini, ia disebabkan oleh perubahan hormon
  • (Lihat Memahami Remaja)
  • Hormon ini penting untuk fungsi reproduktif dan seksual

 

Bilakah keinginan seksual menjadi tidak sihat?

  • Keinginan seksual yang tidak terkawal dan mendorong ke arah keganasan    seksual (contohnya, rogol)
  • Tarikan seksual terhadap kaum sejenis, kanak-kanak dan haiwan

 

Apakah faktor yang mempengaruhi keinginan seksual?

Faktor yang bertanggungjawap termasuklah :

Dorongan dalaman

  • Sebagai seorang remaja yang normal, anda akan mempunyai perasaan dan minat seksual.
  • Anda akan merasai tarikan seksual dan emosi terhadap kaum berlainan jenis, anda terdorong untuk menjalinkan hubungan fizikal.
  • Pendedahan kepada pesanan-pesanan lucah
    • Pendedahan yang berterusan terhadap maklumat yang akan menaikkan nafsu syahwat dalam bentuk media (contohnya, tayangan, television, majalah, internet dan lain-lain).
  • Kurang penyeliaan dan bimbingan dari orang dewasa yang bertanggungjawab.
    • Anda mungkin mendapat informasi yang salah tentang seksualiti di tempat-tempat seperti cybercafe tanpa bimbingan orang dewasa.
  • Situasi persekitaran
    • Bersendirian dengan pasangan anda di tempat yang sunyi seperti taman, dalam kereta, bilik, rumah dan tempat-tempat yang lain boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.

 

Bagaimana saya boleh mengawal keinginan seksual?

  • Berwaspada terhadap ransangan dalaman anda serta persekitaran yang boleh meningkatkan nafsu syahwat anda.
  • Percaya dan berpegang pada nilai yang ada dalam diri anda.
  • Elakkan diri daripada situasi yang boleh membawa kepada peningkatan nafsu syahwat.
  • Jika keinginan seksual timbul, anda harus :
    • Hormati batasan masing-masing
    • Ketahui batasan anda
    • Belajar cara berkomunikasi dan bertolak ansur. Berani berkata TIDAK
    • Bertanggungjawab dan mengetahui akibat dari tindakan anda (Konsep 3R dan seksualiti)

Dapatkan informasi dari sumber yang boleh dipercayai :

  • Ibubapa anda
  • Guru
  • Doktor
  • Guru Agama

Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang membina kemahiran. Contohnya :

Luahkan perasaan anda dan berkomunikasi dengan ibubapa anda atau orang dewasa yang boleh dipercayai.

Melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang sihat. Contohnya: menjadi seorang sukarelawan dalam aktiviti kebajikan: www.befrienders.org.my) dan aktiviti agama : (www.mccbchs.bobjots.org)

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nik Rubiah Nik Abd. Rashid
: Miss Lim Siow Yen
Penyemak : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid