Home > Dewasa > Kecederaan > Apa Itu Kecederaan

Apa Itu Kecederaan

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkan semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan serta penyebab kematian di negara kita. Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalangan yang tidak disengajakan dan kecederaan yang disengajakan. Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

  • Kemalangan jalan raya
  • Terjatuh
  • Keracunan
  • Terbakar
  • Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:

  • Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan
  • Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Muhammad Fadhli Mohd Yusoff
    Dr. Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Penyemak : Dr. Marzida Abd Latib