A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kebenaran Rawatan Bagi Pesakit Keperluan Khas

Kebenaran Rawatan Bagi Pesakit Keperluan Khas

Kebenaran rawatan boleh didefinisikan sebagai kebenaran yang diberikan untuk menerima rawatan oleh individu yang layak selepas maklumat yang cukup diberikan dan difahami. Persoalannya, siapakah ‘individu yang layak’ tersebut dan bolehkah kebenaran diberikan oleh orang lain sekiranya pesakit tidak mampu untuk memberi kebenaran rawatan atas sebab ketidakupayaan dan kecacatan.

Pertimbangkan dua situasi berikut yang berlaku di klinik pergigian:

Situasi 1: (Palsi Serebrum)

Situasi 2: (Penyakit Alzheimer)

 

Dalam kedua-dua kes, anda mungkin berfikir bahawa anda adalah orang yang layak untuk memberi kebenaran rawatan. Bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk bersetuju dengan rawatan yang dicadangkan, anda perlu prihatin terhadap polisi sedia ada yang mengatakan seseorang adalah layak untuk memberi kebenaran rawatan untuk diri sendiri kecuali bukti mendapati bahawa individu tersebut adalah sebaliknya. Bagaimana anda tahu bahawa seseorang itu layak untuk memberi kebenaran rawatan atau tidak? Walaupun ia adalah tanggungjawab doktor gigi untuk memastikan siapa yang layak untuk memberi kebenaran, sedikit pengetahuan mengenai perkara ini boleh membantu anda dalam membuat keputusan untuk orang tersayang.

Secara umumnya, seseorang tidak layak untuk memberi kebenaran rawatan jika:

  1. Tidak sedarkan diri.
  2. Kanak-kanak berumur 16 tahun dan ke bawah (18 tahun di Malaysia).
  3. Seseorang berumur 16 tahun tetapi tidak boleh memahami sebab dan akibat daripada rawatan tersebut

Merujuk kepada Akta Kesihatan Mental Malaysia 2001 AKTA 615, dalam menentukan seseorang yang mempunyai masalah mental adalah layak untuk memberi kebenaran rawatan, kebolehan untuk memahami perkara berikut perlu dipertimbangkan:  

  1. Keadaan rawatan yang dicadangkan.
  2. Cara dan sebab rawatan diperlukan.
  3. Risiko-risiko terlibat jika rawatan dilakukan.
  4. Risiko-risiko terlibat jika rawatan tidak dilakukan.
  5. Adakah keadaan seseorang itu memberi kesan terhadap kebolehannya untuk memberi kebenaran rawatan.

Selain daripada itu, dalam membuat keputusan untuk individu di bawah jagaan anda, sila pertimbangkan:

  1. Keputusan yang dibuat adalah yang terbaik bagi pesakit sekiranya seseorang itu berkeupayaan untuk memberi kebenaran rawatan.
  2. Usaha telah dilakukan untuk mengenalpasti apa yang difikirkan oleh individu tersebut terhadap rawatan yang dicadangkan.
  3. Anda merasakan ianya adalah keputusan yang akan dibuat oleh individu terlibat sekiranya berkeupayaan untuk memberi kebenaran rawatan.

Adakah anda orang yang layak untuk memberi kebenaran rawatan bagi pihak orang lain?

Jawapannya ialah YA sekiranya:

  1. Anda adalah penjaga yang sah kepada seorang kanak-kanak atau ahli keluarga kepada individu dewasa yang tidak mampu untuk memberi kebenaran rawatan.
  2. Anda berminat dengan kebajikan individu terbabit.

Jawapannya ialah TIDAK sekiranya:

  1. Anda bukan penjaga yang sah atau ahli keluarga kepada individu terbabit.
  2. Individu terlibat berkeupayaan untuk memberi kebenaran rawatan.
  3. Anda tidak berminat dengan kebajikan individu terbabit.

Dalam situasi di mana penjaga atau ahli keluarga individu terbabit tidak boleh dijejaki, kebenaran rawatan boleh diberi oleh:

  1. Dua orang Pakar Psikiatri/ Perubatan/ Doktor gigi di mana salah seorang adalah merupakan Pakar Psikiatri yang merawat keadaan mental individu tersebut.

Kesimpulan

Senario 1:

Jika anak anda boleh memahami komunikasi dan rawatan yang dicadangkan, anda perlu berbincang dengan beliau mengenai rawatan yang telah diterangkan oleh doktor gigi, memastikan beliau memahami kebaikan dan keburukan rawatan dan membantu beliau membuat keputusan terbaik untuk dirinya. Anda perlu ingat bahawa keputusan tersebut tidak terletak seratus peratus di tangan anda walaupun anda adalah penjaganya yang sah. Anda boleh menangani borang kebenaran rawatan sekiranya beliau tidak boleh melakukannya kerana ketidakupayaan beliau tetapi beliau mempunyai hak sepenuhnya untuk menandatanganinya sendiri dengan menggunakan cap jari atau menggunakan kaedah lain yang telah dipersetujui.

Senario 2:

Ya, anda mungkin layak untuk membuat keputusan bagi pihaknya sama ada untuk melakukan rawatan yang dicadangkan atau tidak kerana anda adalah penjaga yang sah, berminat dengan kebajikan beliau dan keupayaan beliau untuk memahami keseluruhan rawatan boleh dipertikaikan. Oleh itu, beliau tidak boleh untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Bagaimanapun, dalam membuat keputusan tersebut, sila pertimbangkan sama ada keputusan tersebut adalah yang terbaik untuk beliau sekiranya beliau mampu untuk memberi kebenaran rawatan. Perbincangan dengan ahli keluarga yang lain juga akan membantu anda membuat keputusan.

Rujukan

  1. Dougall A., Fiske J., Access to Special Care Dentistry Part 3: Consent and Capacity, British Dental Journal, 2008, 205: 71-81
  2. Malaysian Mental Health Act 2001 ACT 615. Malaysia: Laws of Malaysia, The Commissioner of Law Revision Malaysia, 2006: 49-51

 

Semakan Akhir : 11 Mei 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah
Akreditor : Dr. Norjehan bt. Yahaya

 

 

Artikel Berkaitan

Rawatan Multidisiplin Ortodontik Dan Pembedahan

Tulang rahang perlu berada di kedudukan yang betul agar kedudukan gigi dan gigitan dapat diperbaiki. Jika saiz rahang berbeza dengan ketara, maka rawatan ortodontik sahaja tidak dapat memperbetulkan gigitan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,373,627

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia