Kawan Muka Buku

Pengenalan

Muka buku ialah laman web rangkaian sosial yang memudahkan anda untuk berhubung dan berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan secara atas talian. Dalam masa yang sama keunikan muka buku ialah keupayaan untuk berhubung dan berkongsi dengan orang yang diberi perhatian.

Kawan muka buku ialah seseorang yang ditambah kepada rangkaian anda pada laman web media sosial. Kawan muka buku ini boleh jadi seseorang yang pernah anda jumpa atau berinteraksi atau sebaliknya yang mana dia telah meminta ditambah kepada rangkaian anda atau anda telah mengesahkan dia ditambah kepada rangkaian anda.

Definisi

Kawan muka buku ialah seseorang yang berhubungan dengan orang lain melalui rangkaian sosial dengan nama yang sama. Kebiasaannya, kawan muka buku adalah pengguna laman web yang telah mengenali antara satu sama lain sebelum mendaftar dalam laman web atau telah mengenali masing-masing di luar daripada laman web tersebut. Kemungkinan mereka adalah kawan-kawan atau kenalan, atau telah mengenali masing-masing melalui sekolah, tempat kerja atau organisasi lain atau melalui rakan bersama. Seseorang mestilah memohon daripada laman web untuk menjadi kawan muka buku kepada kawan muka buku agar privasi kawan muka buku terpelihara. Kemudian kawan muka buku akan menerima atau menolak permintaan daripada kawan muka buku yang ingin berkawan itu.

Ikatan di antara kawan muka buku adalah perhubungan yang menghubung lebih daripada dua orang di dalam laman jaringan sosial setelah seseorang menjadi kawan muka buku kepada yang lain. Setelah terbentuknya sebagai kawan muka buku, kawan-kawan muka buku tersebut juga boleh melihat apa yang dihantar oleh mereka di ruang wajah tersebut. Kawan-kawan muka buku boleh melihat gambar-gambar, video dan lain-lain maklumat yang dihantar oleh kawan tadi. Bahkan pengguna lain yang bukan kawan kepada kawan muka buku tersebut juga boleh melihat senarai kawan-kawan muka buku kepada pengguna, yang membolehkan pengguna untuk melihat di antara orang yang mereka kenali dan orang lain dengan nama yang sama.

Seseorang boleh memilih kawan tertentu sahaja untuk melihat maklumat yang terdapat dalam laman muka bukunya.  Kebanyakan orang enggan semua orang untuk dijadikan sebagai kawan muka buku, termasuklah orang yang tidak dikenali untuk melihat muka bukunya. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengguna mempunyai setting privasi untuk mengelak orang lain daripada melihat maklumat mereka.

Seseorang yang merupakan seorang kawan muka buku juga boleh mempunyai chatperibadi dengan mana-mana kawan-kawan mereka yang log masuk ke muka buku pada masa itu. Ciri-ciri chat menunjukkan yang mana kawan-kawan muka buku pada masa itu pada laman web tersebut yang membolehkan pengguna sama ada untuk memulakan sesi bual. Kawan-kawan muka buku juga boleh tag” antara satu sama lain dalam foto dan video mereka. “Tagging” seseorang adalah untuk melabelkan orang-orang yang di dalam gambar atau video. Muka buku akan memaklumkan kepada kawan-kawan yang tagged mempunyai pilihan untuk untag” diri mereka jika mereka enggan dikenali.

Kawan-kawan muka buku juga boleh menghantar setiap mesej lain menggunakan sistem mesej laman web peribadi. Kawan dengan mudah boleh menghubungi antara satu sama lain dengan menghantar mesej pada wall antara satu sama lain, tetapi sistem mesej peribadi adalah lebih baik untuk mendapatkan maklumat yang mereka tidak mahu orang lain melihat. Pengguna dibenarkan untuk menghantar mesej peribadi kepada pengguna lain tidak kira sama ada mereka adalah kawan-kawan muka buku. Kadang-kadang mesej-mesej ini adalah pertanyaan mengenai sama ada pengguna tahu antara satu sama lain dan boleh mengajak pengguna menjadi kawan-kawan muka buku.

Ciri lain muka buku ialah memastikan kawan-kawan mengetahui berita-berita terkini. Apabila seseorang log masuk ke muka buku, dia akan melihat berita-berita terkini itu yang membolehkan dia mengetahui yang sedang berlaku dengan kawan-kawan muka bukunya. Berita-berita juga menyediakan pengguna dengan senarai aktiviti muka buku kawan-kawan mereka, seperti profil atau gambar profil yang dikemaskini, tarikh hari jadi dan perubahan dalam status hubungan.

Kefungsian kawan muka buku

Muka buku membantu anda bersosial dengan orang yang anda jumpa serta menambahkan individu sebagai kawan muka buku agar perhubungan anda dengan dia menjadi lebih rapat, boleh mengadakan temujanji, membuat kelompok untuk aktiviti istimewa, mencari sahabat lama yang telah lama tidak berjumpa, yang telah berpindah dan lain-lain. Kawan muka buku boleh menghilangkan kebosanan. Muka buku juga menunjukkan terdapat berita-berita yang akan datang berlaku. Lagipun, anda boleh berkongsi peristiwa-peristiwa dalam muka buku. Setting privasi juga terdapat dalam muka buku.

Impak positif

Muka buku memberi anda peluang untuk terus berhubung dengan keluarga atau kawan-kawan anda tidak kira sejauh mana anda berada. Rangkaian ini secara psikologinya memberi manfaat kerana ia memberi keselesaan bagi individu dan mengekalkan kesihatan mental dengan mendekatkan mereka dengan orang tersayang walaupun tidak secara fizikal tetapi melalui komunikasi. Melalui muka buku membolehkan kita meluahkan emosi secara mendalam atau meminta bantuan di saat-saat terdesak.

Muka buku memberi jaminan bahawa akan sentiasa ada seseorang yang anda boleh hubungi secara percuma tidak kira berapa jauh mereka dari anda. Ia juga boleh didapati secara aplikasi telefon pintar di mana orang yang anda kehendaki itu akan melihat mesej anda pada masa itu juga.

Selain daripada itu, kita boleh mencari rakan-rakan lama yang hilang melalui hanya menaip nama penuh mereka atau mencari mereka pada senarai rakan-rakan kenalan kepada mereka. Malah terdapat juga orang berjumpa pasangan hidup mereka di muka buku kerana kebanyakan daripada kita cenderung untuk merasa lebih mudah untuk memulakan perbualan dengan orang asing di muka buku. Kita mungkin tidak merasa terlalu gemuruh sepertimana berjumpa bersemuka secara peribadi.

Muka buku adalah berguna untuk berhubungan dengan berbalas-balas maklumat, penghantaran video dengan segera. Anda akan sentiasa berada dalam keadaan maklumat terkini sekiranya anda sentiasa mengemaskinikan status, gambar dan maklumat profil sendiri.

Pada masa sekarang adalah lebih mudah mengekspresi diri sendiri melalui muka buku. Perasaan malu dapat dikurangkan melalui internet berbanding secara peribadi. Oleh itu orang lebih mudah meluahkan perasaan melalui muka buku.

Impak negatif

Terdapat peluang untuk menjadi mangsa buli atau jenayah siber di muka buku yang bukan sahaja boleh membahayakan anda secara psikologi tetapi juga secara fizikal. Oleh itu, kita perlu berhati-hati apabila menggunakan rangkaian sosial dan terutamanya apabila menghantar maklumat peribadi, maklumat atau imej.

Walaupun muka buku dikenali sebagai penyatuan persahabatan, ia juga boleh memusnahkan perhubungan kerana perasaan cemburu mungkin timbul pada pasangan apabila pasangan mereka memuji teman wanita/teman lelaki yang lain pada gambar terbaru mereka.

Kadang-kadang gambar yang dikongsikan di muka buku adalah berkaitan dengan unsur keganasan dan seks di mana memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja. Ini boleh menjadi kelemahan besar akan pengggunaan muka buku di kalangan mereka.

Rakan muka buku seseorang yang tidak dikenali boleh berpura-pura dengan ingin bersahabat dengan anda dan memperoleh semua maklumat peribadi anda. Jadi seharusnya anda harus sedar akan kesan negatif selain daripada menikmati faedah muka buku.

Kesimpulan

Akhir sekali, muka buku adalah satu rangkaian sosial yang benar-benar luar biasa yang membolehkan anda sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan saudara-mara anda. Kita sepatutnya menyedari sepenuhnya kelemahannya di samping menikmati faedah dari segi positifnya.

Semakan Akhir : 13 Januari 2017
Penulis/Penterjemah : Hayati Sarbini binti Hasin
Akreditor : Ruhana binti Mahmud