A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kanser Servik

Kanser pangkal rahim merupakan kanser ketiga terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal

Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit di mana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Merupakan kanser ketiga terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal
  • Pautan : http://myhealth.moh.gov.my/kanser-serviksss/

Siapakah berisiko mendapat kanser pangkal Rahim?

  1. Wanita yang mendapat jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang tertentu
  2. Wanita yang mempunyai antara factor berikut berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim:
    • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda. (kurang dari 17 tahun)
    • Mempunyai pasangan seks lebih dari 3 orang
    • Mengandung 7 kali atau lebih
    • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti ‘HPV’ (Human Papilloma Virus/wart virus)
    • Kelahiran anak pertama sebelum berumur 17 tahun
    • Merokok
    • Latar belakang sosio-ekonomi yang rendah
    • Penggunaan pil perancang keluarga lebih dari 10 tahun

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Saringan awal untuk kanser pangkal Rahim seperti pap smear atau ujian HPV
  • Mendapat vaksin HPV

Ujian Saringan

  • Semua wanita yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual yang berumur 30 hingga 65 tahun perlu disaring untuk kanser pangkal Rahim setiap 3 tahun
  • Wanita yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual tetapi berumur kurang dari 30 tahun, digalakkan untuk menjalani ujian saringan
  • Ujian saringan ini termasuk pap smear dan ujian HPV. Jika keputusan ujian tidak normal, wanita tersebut mungkin perlu menjalani ujian kolposkopi

1. Pap smear

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • Pap smear atau ujian Papanicolaou telah diperkenalkan oleh Dr George Papanicolou pada tahun 1940an
  • Ujian ini boleh mengenalpasti sel pangkal rahim yang tidak normal
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum kanser terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah satu prosedur yang mudah di mana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?

  • Anda mungkin merasa tidak selesa semasa prosedur dijalankan. Oleh itu, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?

Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu ‘wooden spatula’ atau berus yang kecil ‘cytobrush’ dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360°) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
  • Prosedur ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Nasihat kepada wanita

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan
  • Jangan lakukan ‘douche’ atau gunakan ’spermicide’ (perancang keluarga, kaedah halangan) atau menggunakan jelly ‘lubricant’ atau memasukkan ubat ke dalam vagina 24 jam sebelum ujian dijalankan
  • Pap smear boleh dilakukan kepada ibu mengandung

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan.
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Jika Keputusan adalah luarbiasa, anggota kesihatan akan memberi penerangan untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat (‘benign’ – bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan ‘electro coagulation’, ‘laser’ atau ‘cryosurgery’ untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

2. Ujian HPV

  • Human Papilloma Virus (HPV) adalah virus yang dijangkiti melalui sentuhan kulit ke kulit dan melibatkan kedua-dua lelaki dan wanita
  • Ia adalah virus yang paling biasa didapati di dalam penyakit kelamin
  • Ada lebih dari 100 jenis HPV virus, dan ia dibahagikan kepada virus berisiko tinggi dan berisiko rendah
  • Terdapat 14 jenis virus HPV berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kanser serviks dan juga kanser lain seperti kanser anus dan tekak.
  • Virus berisiko rendah boleh menyebabkan masalah ketuat di kemaluan

Apakah ujian HPV?

  • Ia adalah ujian yang mengenalpasti jenis virus

Siapa yang harus menjalani ujian HPV?

  • Semua wanita yang pernah atau aktif hubungan seksual yang berumur di antara umur 30 hingga 49 tahun. Wanita yang berumur kurang dari 30 tahun atau antara 50 hingga 65 tahun dinasihatkan untuk menjalani ujian pap smear

Bagaimanakah ujian HPV dijalankan?

  • Pengambilan sampel oleh wanita itu sendiri, atau
  • Pengambilan sampel oleh anggota kesihatan
  • Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya

Apakah makna keputusan terebut?

  • Jika keputusan adalah negatif, anda boleh mengulangi ujian setiap 5 tahun
  • Jika keputusan adalah positif, anda memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital
  • Ujian seterusnya adalah ‘liquid based cytology’ atau kolposkopi untuk melihat kewujudan sel pra-kanser atau kanser servis 

Rujukan

  • Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011
  • Clinical Practice Guidelines – Management of Cervical Cancer 2nd Edition 2015, Malaysia
  • Guidelines for Primary HPV Testing in Cervical Cancer Screening in Malaysia 2019
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nor Filzatun Borhan
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Kanser Payudara

Ia adalah kanser yang kerap dikesan di kalangan wanita. Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser di kalangan wanita.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,069,548

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia