A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Kanser
  8. /
  9. Kanser Pangkal Hidung

Kanser Pangkal Hidung

Apakah “Kanser Pangkal Hidung”?

Kanser Pangkal Hidung ialah kanser yang bermula di pangkal hidung/“nasofarinks”.

Di manakah terletaknya nasofarinks?

Terletak di bahagian belakang hidung dan di bahagian belakang atas tekak (rujuk gambar)

Insiden Kanser Pangkal Hidung

Lapuran dari Daftar Kanser Kebangsaan (National Cancer Registry) 2003-2005 menunjukan Kanser pangkal Hidung adalah diantara sepuluh kanser yang kerap berlaku di Semenanjung Malaysia.

Faktor-faktor Risiko

  • Risiko Genetik: Insiden yang tinggi dikalangan kaum China, boleh berlaku pada kaum Melayu, tetapi sangat jarang berlaku pada kaum India.
  • Diet : pengambilan dengan kadar yang banyak makanan-makanan berjeruk dan masin (seperti ikan, telur atau daging) dari umur yang muda.
  • Jangkitan oleh kuman Virus: Ebstein Barr Virus (EBV)
  • Pekerjaan: banyak terdedah kepada asap dan habuk.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan.

Tanda-tanda Kanser Pangkal Hidung

Pesakit mungkin mengalami salah satu atau lebih tanda –tanda berikut:

  • Hidung berdarah
  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Kurang pendengaran ( selalunya sebelah telinga sahaja)
  • Bunyi dengung didalam telinga (tinitus)
  • Telinga tersumbat.
  • Bengkak di leher
  • Sakit kepala
  • Penglihatan menjadi dua (Penglihatan ganda) – Diplopia
  • Kebas di bahagian muka
  • Kesukaran membuka mulut.
  • Kelopak mata atas tertutup (drooping of upper eyelid)
  • Suara menjadi serak
    • Mungkin tiada tanda-tanda, di peringkat yang sangat awal
    • Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Diagnosa

Pemeriksaan oleh doktor menunjukkan:

  • Pembesaran kelenjar leher/ pembekakan di leher
  • Pemeriksaan telinga
    • Gegendang telinga tidak normal
    • Hilang pendengaran konduktif
  • Pemeriksaan saraf menunjukkan:
    • Saraf kranial yang lumpuh ( bermakna tahap yang teruk)
    • Saraf kranial yang selalu terlibat di dalam Kanser Pangkal Hidung ialah saraf kranial No.5,6,12
    • Kebas di bahagian muka – saraf kranial no.5
    • Penglihatan ganda – saraf kranial no. 6
    • Lidah menjadi senget– saraf kranial nerve no.12

      Kalenjar leher membengkak


      Gegendang telinga normal


      Gegendang telinga tidak normal

Pemeriksaan “Nasoendoskopi” :

Prosidur yang dijalankan untuk pemeriksaan didalam hidung menggunakan peralatan yang dinamakan Nasoendoskop (seperti yang di tunjukan didalam gambar) Doktor boleh melihat ketumbuhan (seperti yang di tunjukan didalam gambar)


Prosidur Nasoendoskopi


Ketumbuhan

Pemeriksaan Radiologi

  • CT Scan ( Computer tomography)
  • MRI ( Magnetic Resonance Imaging )

Dapat menunjukkan ketumbuhan( Kanser Pangkal Hidung) dan tahap perebakan ketumbuhan tersebut. (Lihat gambar)


CT Scan


MRI

Biopsi

Pengambilan sedikit tisu dari ketumbuhan untuk pakar kajipenyakit melihatnya di bawah mikroskop sel-sel tisu. Dengan ini kehadiran sel-sel kanser dapat di pastikan dengan tepat.(UJIAN PENGESAHAN ).

Rawatan

  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Kombinasi Radioterapi dan Kemoterapi
  • Pembedahan
    • Pilihan rawatan bergantung kepada tahap penyakit
    • Pembedahan hanya dilakukan kepada pesakit yang tidak menunjukkan respon kepada radioterapi.

Komplikasi

Kanser Pangkal Hidung boleh merebak (metastasis) keluar dari nasofarinks. Ia boleh merebak ke bahagian yang berdekatan (regional metastasis) seperti ke kelenjar leher atau boleh merebak ke bahagian yang jauh (distant metastasis) seperti tulang,paru-paru dan hati.

Pencegahan

  1. Elakkan dari memakan makanan yang berjeruk, masin seperti ikan, telur atau daging masin dalam kuantiti yang banyak.
  2. Perlindungan yang betul dari tersedut asap/debu pada mereka yang bekerja di industri-industri yang berkenaan.
  3. Vaksin untuk jangkitan EBV (masih didalam peringkat percubaan)
  4. Berhenti merokok
  5. Berhenti dari pengambilan alkohol.
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Narizan Ariffin
Penyemak/td> : Dato’ Dr. Narizan Ariffin

 

Artikel Berkaitan

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis ialah satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal

Masalah Menelan selepas Strok

Masalah menelan boleh menjejaskan kualiti kehidupan kepada pesakit strok dan berisiko tinggi untuk mendapat masalah jangkitan paru-paru.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,321,276

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia