A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kaca Mata Keselamatan

Apakah yang dimaksudkan dengan kacamata keselamatan ?

Kacamata keselamatan terdiri daripada beberapa jenis kacamata khas yang digunakan bagi tujuan perlindungan mata dan kawasan di sekeliling mata. Perbincangan di sini hanya berkisar pada kacamata keselamatan dalam konteks penggunaannya bagi mengelakkan kecederaan mekanikal sahaja, dan bukannya yang terlibat dalam perlindungan radiasi berbahaya. Bagi tujuan perlindungan sinar radiasi, kanta penapis tertentu digunakan.

Gambar menunjukkan contoh kacamata keselamatan yang digunakan oleh pekerja

Keperluan memakai kacamata keselamatan ?

Aktiviti rutin tertentu seperti pekerjaan, bersukan dan melakukan hobi membuatkan kita terdedah kepada persekitaran berbahaya yang boleh mencederakan mata. Kecederaan mekanikal pada mata dan sekelilingnya boleh berlaku dalam keadaan berikut:

  1. Jenis sukan tertentu:
    1. Skuasy
    2. Kriket.
    3. American football
    4. Tenis
  2. Industri pengilangan, aktiviti di rumah dan semasa berkebun,untuk perlindungan dari:
    1. zarah yang berterbangan
    2. percikan cecair berbahaya
    3. habuk
    4. asap

Gambar menunjukkan aktiviti/jenis kerja yang memerlukan penggunaan kacamata keselamatan

Pemilihan kacamata keselamatan yang tepat.

Secara amnya, pemilihan kacamata keselamatan yang tepat bergantung kepada pemilihan jenis kanta yang terlibat dan saiz kanta tersebut.

Jika aktiviti bekerja hanya melibatkan pendedahan kepada habuk, asap dan percikan bahan kimia, kacamata dengan kanta CR39 boleh digunakan.

Jika aktiviti bekerja, berkebun atau bersukan melibatkan pendedahan kepada impak mekanikal yang kuat seperti zarah yang berterbangan dari batu atau hentaman bola tenis, kacamata dengan kanta polikarbonat lebih sesuai digunakan.

Saiz kacamata keselamatan yang menutupi sekeliling mata atau keseluruhan wajah yang dipilih bergantung juga kepada aktiviti yang terlibat contohnya ketika bekerja, berkebun atau bersukan.

Saiz kacamata yang betul penting kerana ia boleh melancarkan pergerakan dan meningkatkan keselamatan sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Shah Farez Othman
Akreditor : Profesor Dr Azrin Esmady bin Ariffin
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Kaca Mata Hitam

Pengenalan Kaca mata hitam adalah alat pelindung mata yang digunakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,278,726

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia