A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kenapa manusia perlu tidur?

Tidur sangat penting untuk otak manusia, seperti pentingnya udara, makanan serta minuman.

Tidur yang cukup membantu otak membaik pulih tenaga serta  memantapkan segala maklumat dalam sistem saraf otak.

Tidur juga membantu otak untuk membaik pulih saraf lama dan membentuk saraf baru.

 

Kenapa tidur penting untuk remaja?

Ia membolehkan kita rehat dan berasa segar untuk menjalani aktiviti hari esok.

 

Saya seorang remaja. Banyak mana tidur yang saya perlukan?

Remaja perlu tidur selama 8.5 hingga 10 jam sehari.

 

Kenapa sesetengah remaja mengalami masalah untuk tidur?

  • Perubahan fizikal dan psikososial berlaku di zaman remaja.
  • Sejenis hormon yang digelar  melatonin mungkin membuatkan anda lewat tidur!

 

Bagaimana untuk mendapat tidur yang selesa dan mencukupi?

  • Waktu tidur yang konsisten
  • Cuba tidur pada waktu yang sama setiap hari .

Gaya hidup yang sihat:

  • Bersenam membantu remaja tidur dengan lebih senang dan nyenyak.
  • Elakkan minuman yang mempunyai kafein.
  • Makan malam sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.
  • Laksanakan aktiviti harian seperti kerja sekolah dan latihan sukan awal. Jika tidak sukar untuk relaks dan tidur.
  • Elakkan menonton TV, permainan komputer dan bersembang lama di telefon sebelum tidur.
  • Cuba dengar muzik yang menenangkan atau lakukan meditasi yang boleh membantu anda senang tidur.
  • Jadikan bilik tidur gelap dan senyap supaya senang tidur.

Tidur sekejap di waktu siang

Tidur selama kurang dari 1 jam di waktu siang membantu anda menjadi  lebih segar selama 6-8 jam berikutnya.

 

Kenapa sesetangah remaja tidak mendapat tidur yang mencukupi?

  • Sesetengah remaja menghadapi masalah untuk tidur.
  • Mungkin disebabkan tekanan di sekolah, masalah keluarga atau masalah dengan rakan.
  • Bincang masalah anda dengan orang yang boleh dipercayai seperti ibu bapa, guru, saudara dan kawan.

Apakah kesannya jika remaja tidak mendapat tidur yang mencukupi?

  • Ia boleh menjejaskan kesihatan.
  • Anda akan mengalami kesukaran bangun waktu pagi
  • Mengganggu tahap konsentrasi anda dalam pelajaran
  • Mungkin timbul masalah bergaul dengan rakan, guru dan ahli keluarga
  • Mungkin senang naik marah dan hilang “mood”.
  • Boleh mengakibatkan stres dan membawa masalah kulit seperti jerawat.

Semakan Akhir : 26 Mac 2012
Penulis : Dr. Thiyagar Nadarajaw

 

Artikel Berkaitan

Remaja & Solekan

Remaja dan seseorang yang ingin belajar bersolek, mungkin tertanya-tanya apa yang perlu dibeli dan bagaimana untuk memulakannya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,389

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia