A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Implan

Implan merupakan rawatan alternatif untuk mengganti gigi yang hilang. Implan boleh mengubah cara hidup seseorang dengan memberikan keselesaan dan keyakinan untuk makan, bercakap dan menikmati kehidupan seharian.

Latar belakang

Implan merupakan rawatan alternatif untuk mengganti gigi yang hilang. Implan boleh mengubah cara hidup seseorang dengan memberikan keselesaan dan keyakinan untuk makan, bercakap dan menikmati kehidupan seharian.

  alt
     
  alt

alt

Satu skru ditanamkan di rahang.

Kenapa perlu mengganti gigi yang hilang?

Kehilangan gigi perlu diganti untuk:

  • mengelak gigi berhampiran tersesar atau bergerak mengisi ruang gigi yang hilang.
  • memastikan pertuturan tidak terganggu.
  • mengekalkan keselesaan mengunyah.
  • memperbaiki paras rupa.

Apa fungsi implan gigi ?

Implan gigi digunakan untuk:

  • Menggantikan sebatang gigi yang hilang dengan korona.
  • Menggantikan beberapa gigi yang hilang dengan jambatan pergigian.
  • Menggantikan kesemua gigi atas atau gigi bawah dengan gigi palsu (dentur).

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat implan?

Implan diperbuat daripada aloi titanium – bahan yang bersesuaian dengan tulang dan tisu manusia.

Adakah semua orang boleh menerima implan gigi?

Tidak semua orang boleh menerima implan gigi. Untuk memastikan keberkesanan jangka panjang menggunakan implan, kriteria-kriteria berikut adalah perlu :

  • Gusi dan gigi lain di dalam mulut yang sihat.
  • Tidak merokok.
  • Kebersihan mulut dan gigi yang baik.
  • Kesihatan yang baik. Sebarang masalah kesihatan (contoh kencing manis) adalah dalam keadaan terkawal.

Bagaimana rawatan implan dilakukan?

Prosedur ini memerlukan pembedahan kecil dan keseluruhan rawatan mungkin memakan masa 3 hingga 6 bulan. Tulang rahang akan digerudi; dan implan akan ditanam ke dalam tulang. Ianya akan dibiarkan sehingga sembuh sebelum korona atau jambatan dipasangkan. Panduan penjagaan implan

Berminat?

Lawati klinik pergigian untuk mendapatkan maklumat lanjut dan untuk menentukan adakah anda sesuai untuk menerima rawatan implan gigi.

Soalan-soalan yang kerap ditanya

  1. Mengapa rawatan implan gagal?Jawapan:  Rawatan implan mungkin gagal kerana :
    • Jangkitan
    • Kebersihan mulut dan gigi yang tidak baik
    • Perokok yang tegar
    • Kegagalan implan bersatu dengan tulang rahang
  2. Berapakah kos rawatan implan?Jawapan: Aloi Titanium digunakan untuk implan dan ianya diketahui sangat mahal; kos rawatan bergantung kepada bilangan implan dan biaya rawatan sehingga selesai.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Chew Yoke Yuen
    Dr. Norrizan bt. Basir
    Dr. Doreyat b. Jemun
    Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

 

Artikel Berkaitan

Nafas Berbau

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit.

Rawatan Untuk Pengasahan Gigi

Pengasahan gigi adalah aktiviti pergerakan gigi luar kawalan otak melibatkan pergerakan  seperti mengetap dan mengisar gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,104,354

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia