A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Ibu Bapa Berleter

Remaja sering dileteri oleh ibu bapa. Ibu bapa sentiasa bertanya “Sudah siapkan kerja sekolah?”; “Sudah bersihkan bilik?”; “Bila nak balik?”. Berleter tanpa henti mungkin salah satu daripada bakat yang dimiliki oleh para ibu bapa.

Berleter merupakan satu masalah dan cabaran bagi ibu bapa yang cuba berlembut atau bertolak ansur. Ibu bapa cuba tidak memarahi anak tetapi berterusan bertanya soalan. Ibu bapa mempelajari tabiat ini daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa tidak tahu apakah cara yang betul untuk menyuruh anak-anak melakukan tugasan masing-masing. Kebanyakan ibu bapa belajar tentang ilmu keibubapaan melalui pengalaman mereka, setelah atau semasa menjadi ibu bapa.

Dengan berleter, ibu bapa menghabiskan banyak masa dan tenaga melatih anak-anak untuk memastikan mereka melakukan apa yang disuruh. Bagi remaja, satu-satunya cara untuk membebaskan diri daripada leteran ibu bapa adalah dengan meninggalkan rumah.

photo from www.sodahead.com

Mengapa ibu bapa berleter?

Kebanyakan ibu bapa berleter kerana ingin mengambil berat, mahu menjadi sebahagian daripada hidup anak-anak, dan mahu memahami anak-anak. Ibu bapa seharusnya mahu mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak, tetapi dalam masa yang sama perlu mengekalkan peranan sebagai ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-anak. Ibu bapa juga mahu mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Bantu ibu bapa berhenti berleter

  1. Dapatkan dateline bagi sebarang tugas yang diarahkan oleh ibu bapa.

    Kebanyakan ibu bapa terlupa menetapkan dateline setelah menyuruh anak-anak melaksanakan tugas. Selesaikan tugas dalam tempoh yang telah ditetapkan. Bincanglah dengan ibu bapa agar mereka tidak menimbulkan apa-apa leteran sebelum tiba dateline. Sekiranya anak-anak gagal menyiapkan tugas dalam tempoh yang telah dipersetujui, barulah ibu bapa berhak mengarahkan anak-anak menyiapkan tugas yang telah diberi dengan segera.

    Remaja boleh elakkan leteran ibu bapa. Siapkan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Yakinkan ibu bapa bahawa tugas dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan. Ibu bapa akan kurang berleter jika mereka yakin dengan anda.

  2. Beri ibu bapa maklumat yang mereka perlukan

    Ibu bapa tidak tahu berapa banyak kerja sekolah anak-anak; bila anak-anak akan menyiapkannya; berapa lama tempoh yang diperlukan oleh anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah. Apabila mereka tidak cukup maklumat, mereka akan berasa bimbang dan risau kerja sekolah tidak sempat diselesaikan. Maklumkan ibu bapa. Rancang bila dan bagaimana kerja sekolah akan disiapkan. Beritahu ibu bapa sebelum mereka bertanya. Kemudian maklumkan perkembangan semasa kepada ibu bapa. Ibu bapa tidak berleter setelah mengetahui apa yang anda lakukan.

  3. Sediakan jawapan bagi setiap pertanyaan 

    Sediakan jawapan soalan sebelum ibu bapa sempat bertanya. Soalan seperti “Nak pergi ke mana?’; ‘Bila nak pergi?’; ‘Bila balik?’; Pergi dengan siapa?’; “Tengok filem apa?” dan soalan-soalan lain yang sering ditanyakan ibu bapa. Berikan ibu bapa jawapan sebelum mereka bertanya. Ibu bapa pasti kagum dengan perubahan yang dilakukan!

Panduan untuk ibu bapa

Tidak guna berleter! Leteran hanya menimbulkan rasa kebencian. Anak-anak berhenti mendengar jika ibu bapa terus berleter. Leteran menjadikan anak-anak rasa terkongkong. Leteran adalah satu skil keibubapaan yang negatif kerana ianya memberi tumpuan pada tabiat buruk. Tabiat buruk akan kekal jika ibu bapa terus memberi perhatian pada tabiat buruk tersebut. Leteran hanya mencari kesalahan, melemahkan semangat dan tidak mematangkan anak-anak. Anak-anak akan mencontohi tingkah laku ibu bapa. Jika ibu bapa berleter, anak-anak juga akan turut berleter.

Sumber: www.shuttershock .com

Apakah alternatif selain berleter?

Nyatakan peraturan dengan jelas dan beritahu anak-anak akibat tingkah laku apa yang akan berlaku jika peraturan tidak dipatuhi. Sebagai contoh, jika ibu bapa mahu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, katakan ‘Jika kerja sekolah tidak disiapkan, awak tidak dibenarkan menonton TV sepanjang hari’. Kaedah ini membantu mengawal dan mendididik anak-anak agar bertanggungjawab ke atas perbuatan sendiri.

Beri perhatian dan fokus pada tingkah laku positif. Puji dan beri ganjaran apabila anak-anak berkelakuan baik.

Jika memberi arahan kepada anak untuk melakukan sebarang tugas, dapatkan perhatian anak sepenuhnya. Beri arahan dengan tegas, jelaskan had tempoh dan akibat jika tugas tidak diselesaikan.

Last Reviewed : 23 June 2015
Writer : Dr. Norharlina binti Bahar
Translator : Pn. Noorhayati binti Kassim
Accreditor : Dr. Norharlina binti Bahar

 

Artikel Berkaitan

Saya Ibu Remaja

Masalah remaja mengandung merupakan masalah sosial yang utama di dunia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,201,343

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia