A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HIV/AIDS

HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.

Apa itu HIV?

HIV (Virus Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut yang Teruk) merupakan peringkat meruncing yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl.

Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan, lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan sentiasa membawa virus dan dapat memindahkan virus tersebut sepanjang hayat mereka. HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks, berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah atau daripada ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung (sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu).

Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, atau pun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kali pada tahun 1986 sehingga tahun 2016, sejumlah 111,916 kes jangkitan HIV berlaku di Malaysia.

Apakah gejala dan tanda?

Pada mulanya bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Apabila kesan jangkitan berterusan dan sistem imunisasi menjadi lemah, gejala jangkitan akan muncul seperti:

  • Pembengkakkan pada nodus limfa, hati atau limpa.
  • Ruam pada kulit.
  • Serawan Mulut (tompok-tompok putih dalam mulut iaitu jangkitan kulat).
  • Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.
  • Demam yang berpanjangan atau cirit-birit.
  • Pertumbuhan terbantut.

Gejala-gejala ini biasanya berlaku dalam tempoh dua tahun kelahiran bayi yang dijangkiti HIV. Pada peringkat akhir, pesakit akan mati akibat pelbagai jangkitan dan kanser

Apakah komplikasinya?

HIV adalah jangkitan berterusan yang serius. Komplikasi berlaku dengan melemahkan sistem imunisasi badan secara berterusan hingga menyebabkan pendedahan jangkitan dan kanser. Pada kanak-kanak, penyakit HIV akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut bukan saja daripada segi fizikal malah perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?

Setakat ini masih tiada rawatan bagi jangkitan HIV yang boleh dihilangkan/dipulihkan (cure) seseorang daripada penyakit ini tetapi ada rawatan ubat. Akan tetapi, rawatan ubat  hanya melemahkan virus HIV daripada terus membiak. Rawatan yang terdiri daripada kombinasi beberapa ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan sistem imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit jika seseorang pesakit itu terus menerus mengambil ubat itu sepanjang hayat beliau.

Adakah ia dapat dicegah?

Jangkitan HIV dapat dicegah dengan:

  • Elakkan berkongsi jarum suntikan.
  • Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat atau pun seks secara rambang.
    • Elakkan berbilang pasangan.
    • Gunakan kondom.

Akhir-akhir ini rawatan anti viral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Ujian HIV untuk ibu-ibu mengandung adalah diberi percuma di hospital dan klinik kerajaan. Jika seseorang ibu mengandung didapati menpunyai penyakit HIV, ada rawatan bagi ibu ini untuk mengurangkan risiko jangkitan virus HIV kepada janin/anak yang belum lahir.

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor).

Maklumat lanjut atau pun kaunseling boleh diperolehi daripada:

Malaysian AIDS Council (website:www.mac.org.my)
Tel: 03-40474222
Email:contactus@mac.org.my

Malaysian AIDS Council (MAC) boleh juga didapati dilaman sosial facebook (http://www.facebook.com/Malaysian.AIDS.Council) serta twitter.

Anda juga boleh berhubung dengan kumpulan sokongan HIV/AIDS tempatan di kawasan anda (untuk maklumat lanjut hubungi doktor anda) untuk bantuan dan kaunseling.

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Chan Kwai Cheng
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

HEPATITIS A

Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang boleh menyebabkan hepatitis berlaku daripada jangkitan virus ke ubat serta alkohol.

Hepatitis B bagi Kanak-kanak

Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B iaitu HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti

SARS

Pengenalan SARS telah dilaporkan di selatan China, tetapi pada masa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,233,332

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia