A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Wabak jangkitan virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) adalah masalah kesihatan sosio – ekonomi yang telah melanda hampir kesemua negara – negara di dunia. Kes yang pertama dikesan pada tahun 1981 di California, USA. Pada akhir 2013, dianggarkan hampir 32 juta orang hidup dengan jangkitan HIV. Bagi Malaysia pula, kes pertama dikesan pada tahun 1986 dan pada akhir 2013 seramai 101,672 orang telah dikesan dijangkiti HIV. Daripada jumlah tersebut, seramai 16,340 telah meninggal dunia menjadikan seramai 85,332 orang yang masih hidup dengan jangkitan HIV.

Agen penyebab

Human Immunodeficiency Virus (HIV) – sejenis retrovirus yang ditemui pada tahun 1980an. Jangkitan ini menyebabkan kelemahan sistem daya tahan melawan penyakit dan akhirnya musnah sama sekali, juga boleh mengakibatkan barah.

Cara jangkitan

  1. Hubungan seks dengan pembawa HIV
  2. Darah/produk darah yang tercemar dengan virus HIV
    • Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan yang telah tercemar dengan virus HIV
    • Transfusi darah/penerima organ yang telah tercemar dengan virus HIV
  3. Jangkitan vertikal – dari ibu yang telah dijangkiti oleh virus HIV kepada anak samada semasa mengandung, proses kelahiran dan penyusuan ibu.

Bagaimana HIV/AIDS TIDAK merebak ?

Seseorang itu tidak boleh mendapat jangkitan HIV melalui :

  • Berpegangan tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam, misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas, pinggan, sudu dan lain – lain melalui makanan atau air.
  • Ciuman ringan/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  • Berkongsi buku (sekolah).
  • Berkongsi menggunakan tandas dan bilik mandi.

Peringkat jangkitan HIV

    1. “WINDOW PERIOD”
      • Jangkamasa daripada virus masuk ke dalam badan hingga pembentukan antibodi (Peringkat Acute Seroconversion).
      • 3 – 6 minggu (mungkin berpanjangan sehingga  6 bulan).
      • Pesakit berupaya memindahkan jangkitan jika mengamalkan tingkahlaku yang berisiko.
      • Keputusan ujian ELISA – negatif

 

    1. JANGKITAN HIV PRIMER (PERINGKAT ACUTE SEROCONVERSION)
      • Dialami oleh kira – kira 60 – 90% daripada pesakit
      • Tanda – tanda & Gejala – gejala
        • Selsema
        • Kelenjar membengkak
        • Ruam pada badan
        • Demam yang berpanjangan
        • Hilang selera makan
        • Hilang berat badan
        • Berpeluh di waktu malam
        • Sakit kepala dan lesu yang berpanjangan

 

    1. JANGKITAN HIV ASYMPTOMATIK (TEMPOH PENGERAMAN)
      • Tempoh di mana virus telah memasuki tetapi ianya tidak aktif – tidak menimbulkan kesan ketara kepada pesakit.
      • 5 – 15 tahun atau lebih.
      • Pesakit berupaya memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mengamalkan tingkahlaku berisiko.
      • Amnya semua pesakit yang mempunyai antibodi HIV positif lambat laun akan mengidap AIDS.

 

  1. PERINGKAT AIDS (ACQUIRED IMMUNE DEFICIENCY SYNDROME)
    • Peringkat akhir dari spektrum jangkitan HIV
    • Tahap pertahanan tubuh sangat lemah dan hampir lumpuh
    • Antara gejala – gejala yang mungkin dialami :
      • Kehilangan berat badan > 10% berat badan asal
      • Demam berpanjangan > 3 bulan
      • Cirit berpanjangan
      • Kelenjar membengkak
      • Kayap
      • Candida di mulut/esophagus
      • Pneumonia berulang –ulang
      • Pneumocystic cariniii pneumonia (PCP)
      • Kaposi Sarcoma (KS)
      • Penyakit TB

Epidemiologi

SITUASI HIV/AIDS DI ASIA PASIFIK

Sehingga penghujung tahun 2013, dianggarkan hampir 5 juta penduduk mengidap HIV di rantau ini, dengan jumlah jangkitan baru HIV sebanyak 370,000 kes. Daripada jumlah berkenaan, seramai 1.6 juta pesakit terdiri daripada wanita dan 170,000 pesakit adalah kanak – kanak. Jumlah kematian dianggarkan sebanyak 310,000 kes.

SITUASI HIV/AIDS DI MALAYSIA

Di Malaysia, kes HIV yang pertama di laporkan pada tahun 1986. Sehingga akhir 2013, jumlah kes pesakit yang mengidap HIV adalah sebanyak 85,332 kes dengan jumlah kes kumulatif HIV yang dikesan adalah sebanyak 101,672 dan jumlah kematian sebanyak 16,340 kes. Jangkitan HIV boleh berlaku kepada sebarang peringkat umur. Walau bagaimanapun, wabak ini lebih ketara berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 30 hingga 49 tahun. Golongan ini dikatakan aktif dicemari oleh virus HIV. Sehingga akhir tahun 2013 didapati pola jangkitan HIV telah berubah dimana cara penularannya dari faktor risiko penagihan dadah secara suntikan kepada faktor risiko melalui hubungan seksual. Di dapati cara penularan HIV melalui faktor risiko hubungan seksual menyumbang sebanyak 78.5% (69.8% heteroseksual & 30.8% homoseksual/biseksual). Kadar penularan melalui faktor risiko penagihan dadah secara suntikan semakin menurun,  menyumbang hanya 21.5% semenjak Program Pengurangan Kemudaratan (2006) & Pertukaran Jarum (2008) – Harm Reduction & NSEP. Kadar penularan melalui faktor risiko transmisi vertikal daripada ibu yang telah dijangkiti oleh virus HIV kepada anak juga dapat dikurangkan iaitu menyumbang sebanyak 1.5% sahaja semenjak program saringan HIV untuk ibu – ibu mengandung (PMTCT) mula dijalankan pada tahun 1998.

Rawatan

Belum ada ubat yang boleh menyembuhkan atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus HIV. Rawatan Antiretroviral (ARV) hanya   menghalang pembiakan virus HIV. Rawatan juga boleh diberi bagi jangkitan opportunis. Rawatan ARV lebih berkesan secara kombinasi. Rawatan ini bertujuan untuk meningkatkan survival dan melambatkan perkembangan ke peringkat AIDS. Amnya lawatan susulan ialah 6 bulan sekali bagi pengidap asimptomatik dan 2 minggu sekali  untuk pesakit yang menerima rawatan ARV atau mengalami infeksi oportunis. Keperluan kekerapan lawatan susulan bergantung kepada keterukan penyakit, keperluan pesakit, komplians dan perkembangan penyakit. Keputusan untuk memulakan atau menukar rawatan antiretroviral adalah berpandukan parameter makmal kedua – dua plasma HIV RNA dan bilangan sel CD4 dan T sel serta menilai keadaan klinikal pesakit. Pengukuran CD4 dan T sel pada pengidap HIV adalah pada setiap 6 bulan sekali. Manakala untuk pesakit yang menerima rawatan ARV, pengawasan paras CD4 dan T sel dilakukan setiap 3 bulan sekali.

Penjagaan peringkat AIDS

Penjagaan peringkat AIDS memerlukan komitment yang tinggi oleh kakitangan atau ‘caregivers’. Ianya meliputi sokongan dari segi emosi dan juga sokongan fizikal dan penjagaan. Penjagaan di Hospital/Rumah/Hospis perlu menitik beratkan :

“Standard precautions”

Kesan/implikasi HIV/AIDS

    1. KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA

 

  1. BEBAN KEPADA EKONOMI NEGARA

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Norhayati bt. Rusli
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Norhayati bt. Rusli

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,069,984

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia