A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hipermobiliti Benigna

Apakah itu hipermobiliti benigna?

Hipermobiliti benigna ialah pergerakan sendi yang melebihi daripada julat pergerakan yang sepatutnya dan disebabkan oleh kelonggaran tisu-tisu berdekatan.

Untuk memahami keadaan ini, sendi anda terbentuk pada pertemuan dua tulang dan terdapat bendalir sendi di antara tulang-tulang ini untuk membolehkannya bergerak. Sendi juga dilitupi tisu-tisu lain seperti otot, tendon dan ligamen. Jika tisu-tisu ini longgar, sendi itu akan bergerak melebihi daripada yang sepatutnya.

Siapa yang mengalami hipermobiliti benigna?

  • Budak perempuan lebih kerap mengalaminya berbanding dengan budak lelaki dan begitu juga dengan kanak-kanak berbanding dengan remaja.
  • 7 hingga 40 peratus kanak-kanak bersekolah didapati mempunyai keadaan ini.
  • Terdapat ahli keluarga lain yang mempunyai sejarah sendi yang hipermobil.

Apakah tanda-tanda hipermobiliti benigna?

  • Kanak-kanak dan remaja biasanya tidak mengadu kesakitan pada sendi yang hipermobil.
  • Sendi-sendi ini biasa tidak mengalami masalah pada jangka masa panjang.
  • Jika anak anda mengadu kesakitan pada sendi-sendi yang hipermobil, anak anda mungkin mengalami sindrom hipermobiliti benigna. Jika anda mengesyaki anak anda mengalami masalah ini, sila bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor.
  • Kadang-kala selain daripada sendi yang hipermobil, mungkin terdapat tanda-tanda lain seperti masalah mata, injap jantung dan kelonggaran kulit. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda lain, sila bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor untuk penilaian yang terperinci kerana ia mungkin tanda-tanda penyakit lain.

Bagaimana diagnosis hipermobiliti benigna dibuat?

Anda boleh melakukan 5 pergerakan khusus yang tersenarai di bawah untuk mengenal pasti keadaan ini :

  1. Ibu jari anak anda dapat dibengkokkan ke bawah pada bahagian pergelangan tangan sehingga ibu jarinya boleh menyentuh lengannya.
  2. Jari kecil anak anda dapat dibengkokkan ke belakang sehingga lebih daripada 90 darjah.
  3. Bila anak anda berdiri lurus, lutut anak anda kelihatan membengkok ke belakang bila dilihat dari sisi.
  4. Bila anak anda meluruskan tangannya ke depan, lengannya kelihatan membengkok ke bawah bila dilihat dari sisi.
  5. Bila anak anda berdiri dengan lutut yang lurus dan disuruh untuk membongkok ke bawah untuk menyentuh lantai, anak anda dapat menyentuh tapak tangannya pada lantai.

Sesetengah kanak-kanak yang mengalami sendi yang hipermobil mungkin dapat membuat kesemua pergerakan di atas tetapi sesetengah kanak-kanak mungkin hanya dapat melakukan satu ataupun lebih daripada satu pergerakan tersebut di atas.

Bagaimana hipermobiliti benigna dirawat?

  • Keadaan ini tidak memerlukan rawatan kerana otot-otot dan sendi anak anda akan bertambah kuat semasa beliau membesar.
  • Terdapat aktiviti fisioterapi yang dapat menguatkan otot-otot yang spesifik dan juga senaman-senaman yang dapat menguatkan otot-otot dan sendi-sendi anak anda seperti berenang, berjalan dan menaiki basikal.

Apakah ekpekstasi jangka masa panjang untuk hipermobiliti benigna?

  • Kanak-kanak dan remaja yang hipermobil biasanya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti gimnastik, tarian moden dan balet. Aktiviti-aktiviti ini perlu dikurangkan atau diberhentikan jika anak anda mengalami kesakitan pada sendi-sendi beliau untuk mengelakkan daripada kerosakan.
  • Hipermobiliti benigna pada kebiasaannya tidak menyebabkan artritis pada masa hadapan.
  • Elak sendi anak anda terkilir terutamanya pada sendi bahu dan lutut kerana anak anda boleh menghidap masalah pada sendi-sendi itu.
  • Kajian pada warga emas yang mempunyai hipermobiliti benigna juga mendapati mereka mempunyai keupayaan fizikal yang lebih baik daripada warga emas lain.
  • Ekspektasi jangka masa panjang untuk hipermobiliti benigna adalah positif jika dijaga dengan betul.
Semakan Akhir : 03 Januari 2014
Penulis : Dr. Cham Weng Tarng

 

Artikel Berkaitan

Merokok

Download:   Transkipsi Katakan tidak pada Rokok ! Ramai daripada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,225,809

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia