A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hidup Dengan Penyakit Kronik

Apa itu penyakit kronik

Penyakit kronik merujuk kepada sebarang penyakit yang berlanjutan lebih dari 3 bulan dan juga mengganggu kehidupan harian seseorang.

Penyakit kronik boleh dirawat tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya.

Hidup dengan penyakit sangat mencabar khususnya bagi remaja yang sedang melalui perubahan fizikal dan psikologi yang mendadak. Ia boleh membawa masalah psikologi.

Contoh penyakit kronik adalah asma, kencing manis, serebral palsi, epilepsi, terencat akal dan penyakit mental.

 

Apakah kesan penyakit kronik terhadap diri saya sebagai seorang remaja?

Penyakit kronik boleh memberi kesan terhadap keluarga, kesihatan fizikal dan psikologi serta beban kewangan.

Ia boleh menganggu persekolahan, nilai diri serta pergaulan sesama rakan.

 

Matlamatremaja yang menghadapi penyakit kronik:

  • Membina dan mengekalkan kesihatan.
  • Melibatkan diri dalam sukan yang disukai.
  • Mendapat tidur secukupnya.
  • Menghadiri hari-hari persekolahan sebanyak mungkin.
  • Mengawal penyakit kronik melalui ubat yang kurang kesan sampingan.
  • Rasa selesa dalam menjalani rawatan penyakit kronik.

Bagaimana untuk menghadapi penyakit kronik?

  • Cuba faham penyakit yang dihidapi.
  • Dapatkan bantuan daripada doktor atau ahli keluarga.
  • Hadapi penyakit dengan tabah.
  • Disiplin diri sangat penting supaya rawatan pada tahap optimum.

Bagaimana ibu bapa boleh membantu?

Ibubapa perlu membantu remaja memahami penyakit mereka dan kesan jangka panjang penyakit dengan:

  • Tekankan mengenai kepentingan rawatan.
  • Ajar mereka cara berdikari.
  • Ajar mereka mengatasi konflik.
  • Galakkan mereka bergaul dengan rakan.
  • Dapatkan bantuan kaunseling atau kesihatan mental jika perlu.

Semakan Akhir : 26 Mac 2012
Penulis : Dr. Thiyagar Nadarajaw

 

Artikel Berkaitan

Sindrom pra-haid

Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) adalah keadaan di mana gadis atau wanita akan mengalami gangguan emosi dan gejala fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala hilang selepas kedatangan haid.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,343,814

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia