A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Ginjal
  6. /
  7. Hidronefrosis & Antenatal Hidronefrosis

Hidronefrosis & Antenatal Hidronefrosis

Mengenali Sistem Urinari anak anda

Sistem urinari terdiri daripada empat bahagian: dua buah pinggang, dua saluran kencing (ureter), satu pundi kencing dan uretra (saluran di mana kencing dikumuh dari badan). Air kencing dihasilkan di buah pinggang dan ditakung dibahagian buah pinggang yang dipanggil “pelvis”. Air kencing kemudiannya mengalir melalui saluran kencing ke pundi kencing sebelum dikumuh melalui uretra.

Apa itu Hidronefrosis?

Apabila bahagian pelvis buah pinggang membengkak, keadaan ini dinamakan HIDRONEFROSIS. Adakalanya, ini boleh berlaku tanpa atau bersama-sama pembengkakan saluran kencing (ureter).

Hidronefrosis Antenatal

Dengan perkembangan teknologi ‘ultrasound’, hidronefrosis kini boleh dikesan semasa dalam kandungan. Jika Hidronefrosis Antenatal dikesan awal, rawatan bayi selepas kelahiran boleh dirancang dengan lebih awal. Di kes- kes yang telah di kesan, 90% kes dikesan selepas kandungan berusia 18 minggu dan 95% selepas kandungan berusia 22 minggu.

Kejadian hidronefrosis antenatal adalah 1 bagi setiap 150-170 kelahiran hidup, lebih lazimnya di kalangan keluarga yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang dari lahir. Ia boleh melibatkan sebelah atau kedua-dua belah buah pinggang.

Dua faktor penting penyebab berlakunya bengkakan ialah sumbatan pada saluran urinari atau pengaliran refluk air kencing dari pundi kencing ke saluran kencing semasa proses kencing. Faktor penyebab lain termasuk sebagai ciri-ciri sindrom genetik, sistem urinari yang berganda atau penyumbatan di pangkal pundi kencing (posterior urethral valve).

Apa yang dijangka semasa Proses Mengandung dan Penjagaan Selepas Kelahiran?

Semasa proses mengandung, ibu dengan janin yang bermasaalah hidronefrosis tidak memerlukan penjagaan khas selain daripada pemantauan berkala yang teliti. Tempoh mengandung boleh dibenarkan sehingga cukup bulan dan proses kelahiran yang normal boleh dibenarkan melainkan ada faktor-faktor lain yang tidak berkaitan.

Selepas proses kelahiran, bayi akan dirujuk kepada Doktor Kanak-kanak untuk pemeriksaan rapi.

Perawatan bayi yang terlibat setelah dilahirkan

SEMUA bayi yang mempunyai masalah ini akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak selepas kelahiran dan ini mungkin merangkumi pemeriksaan darah dan air kencing.

Ujian Ultrasound akan diatur untuk mengenalpasti masalah ini dengan lebih teliti. Langkah-langkah perawatan yang seterusnya akan bergantung kepada hasil kajian Ultrasound selepas bayi dilahirkan.

Pada kebanyakan masa, bayi memerlukan ujian ultrasound ulangan sebulan selepas ujian yang pertama untuk memastikan yang tahap hydronephrosis sudah berkurang . Lazimnya, lebih 80% bayi yang mempunyai diagnosa Hidronefrosis Antenatal TIDAK mengalami masalah yang serius dan akan didiscaj dari rawatan susulan.

Bagi kes-kes hidronefrosis sebelah yang serius atau kes yang melibatkan kedua-dua buah pinggang, bayi tersebut memerlukan rujukan kepada Pakar Pediatrik Nefrologi.

Apakah risiko mendapat masalah yang sama kepada anak yang seterusnya?

Hidronefrosis yang minimal bukanlah suatu masalah keturunan. Sekiranya punca hidronefrosis disebabkan masalah penyumbatan, kemungkinan mendapat masalah yang sama di kandungan yang akan datang setinggi 50%.

Ibu-ibu dinasihatkan mendapat ujian Ultrasound semasa mengandung yang terperinci semasa trimester kedua untuk mengkaji perkembangan struktur saluran kencing dan buah pinggang anak dalam kandungan.

Rujukan:

  1. Understanding Hydronephrosis, Carmen and John Thain Centre of Prenatal Pediatrics, Columia University Medical Centre.
  2. Overview of Antenatal Hydronephrosis. UpToDate Version 11.0
Semakan Akhir : 15 Oktober 2014
Penulis : Dr. Lee Ming Lee

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,422,867

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia