A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Hepatitis B dan C

Hepatitis B dan C

Download:

Transkipsi
V/o
Ramai yang tidak mengetahui Hepatitis B dan C merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan berbahaya.
Kerana ia boleh menjadi kronik dan menyebabkan sirhosis dan kanser hati.
Hepatitis  ini  berpunca dari jangkitan virus Hepatitis B (HBV) dan C yang menyerang dan menyebabkan sel organ hati menjadi bengkak.
Tanda-tanda seseorang terkena jangkitan ini ialah:
– Selalu merasa mual dan muntah
– Mengalami cirit-birit
– Selera makan berkurangan
– Sering sakit kepala
– Merasa lemah dan keletihan
– Demam dan selesema.
Kesan daripada jangkitan virus ini mengakibatkan kulit akan kelihatan kekuningan, kencing berwarna teh pekat, perubahan warna pada najis dan rasa sakit pada sebelah kanan abdomen berpunca dari hati yang mula membengkak.
Virus Hepatitis B dan C merebak melalui cecair badan seperti darah , air mani dan air liur
Oleh itu orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati untuk mengawal dari virus ini dari merebak. Antaranya :

  • Jika pesakit menerima darah yang tercemar, Virus ini akan masuk ke dalam badan pesakit melalui salur darah. Ini termasuk luka di kulit, melalui tindik, tatu, dan akupuntur yang tidak bersih, kecederaan jarum yang tercemar dan perkongsian alat-alat peribadi.
  • Penagih dadah yang berkongsi jarum turut terdedah  kepada  risiko yang sama.
  • Begitu juga golongan homoseksual.
  • Bagi ibu yang mengandung dan mengidap penyakit ini, virus boleh di sebarkan kepada bayi melalui uri.
  • Begitu juga, bagi ahli keluarga yang mendapat virus ini, boleh berjangkit ke ahli keluarga yang lain.

Pencegahan boleh dilakukan dengan mendapatkan imunisasi hepatitis B. Selain itu saringan untuk hepatitis B dan C perlu di lakukan jika ada ahli keluarga yang dijangkiti virus ini.
Berbanding dengan hepatitis b, hepatitis c pula lebih berisiko untuk menjadi kronik
Virus hepatitis C boleh  merosakan organ hati dan boleh berkembang menjadi sirosis (pengerasan hati) dan sehingga kini belum ditemui lagi vaksin yang boleh mencegah nya.
Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan cara :
Tidak berkongsi barang orang lain seperti ketip kuku, berus gigi, pisau cukur dan sebagainya kerana ini boleh menyebabkan luka di mana virus boleh menular
Tidak melakukan hubungan seks secara rambang dan bertukar-tukar pasangan terutama kumpulan yang berisiko tinggi.
Jika ada titisan darah, perlulah segera dibersihkan.  Penggunaan agen peluntur dapat membersihkannya.
Pesakit adalah diingatkan supaya tidak menderma darah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan virus kepada penerima darah

H
Hepatitis A
Hepatitis B dan C

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,067,452

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia