A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu Hepatitis A?

Penyakit hati yang akut ini boleh menyebabkan gejala seperti demam, loya, sehingga boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati (hepatitis).

Apa yang menyebabkan Hepatitis A?

Virus Hepatitis A adalah salah satu virus yang menyebabkan jangkitan pada hati (Hepatitis) dan ia merebak melalui pencemaran najis.

Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia boleh diberi?

Vaksin ini mengandungi virus hepatitis yang telah dimatikan terlebih dahulu dan diberikan melalui suntikan ke dalam otot. Terdapat beberapa formulasi baru untuk kanak-kanak termasuk satu kombinasi dengan hepatitis B.

Ia boleh diberi selepas usia 12 bulan diikuti dengan dos ke 2 pada 6 bulan selepas dos pertama.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Terdapat vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Hepatitis A dikalangan kanak-kanak yang berisiko tinggi.

Kumpulan kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut;

  1. Sesiapa yang melawati negara yang mempunyai risiko infeksi yang sederhana ke tinggi (India, Far East, Eropah Timur) untuk jangka masa panjang terutamanya dan jika keadaan persekitaran kotor dan tahap kesedaran kebersihan makanan rendah.
  2. Pesakit dengan penyakit hepa kronik / hemofilia.
Semakan akhir : 25 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

 

Artikel Berkaitan

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis? Ini adalah sejenis jangkitan yang menyerang sistem

Demam Kepialu

Apa itu Demam Kepialu? Ini adalah jangkitan kuman bakteria pada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,369,212

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia